66. Don't mess with me

2K 111 15
                                    

Farrah menyedut Strawberry Pudding miliknya sementara menanti kelibat Aryan. Entah mimpi apa lelaki itu mahu mereka singgah sebentar di rumahnya, mahu mengambil sesuatu.

Selesai sahaja menghadiri majlis pertunangan Khairunnisa, Aryan mengajaknya untuk keluar berhibur sebentar memandang mereka sudah lama tidak bertemu. Soal di Osaka? Ah, biarlah hanya mereka yang tahu apa yang terjadi. Farrah malas mahu ulas lebih. Hehehe.

Tergesa-gesa sahaja Aryan menariknya masuk ke dalam kereta tadi memandang mereka meninggalkan majlis itu lebih awal jadi untuk tidak bersoal jawab dengan tuan rumah dan Black Eagle yang suka menyibuk itu Aryan terus memecut laju meninggalkan kawasan rumah keluarga Khairunnisa. Alah, bukan orang perasan pun. Semua sibuk tengok bakal pengantin tu.

Dan kini Farrah berada di dalam kereta, di hadapan rumah keluarga Aryan. Menanti lelaki itu mengambil sesuatu di dalam rumah. Seriau jugak Farrah kalau-kalau dia terserempak dengan Datin Celina itu namun Aryan sudah memaklumkan yang wanita itu tiada di rumah kerana menghadiri parti hari lahir anak kawannya.

Berkerut jugak Farrah.

Anak kawan mak Aryan ni umur berapa sampai birthday pun nak sambut meriah macam tu? Birthday party? Euw.

Farrah menggigit sedikit roti Subway yang dibeli Aryan, ah lelaki itu mahu mengajaknya berkelah. Rasa mahu ketawa sahaja dengan karenah Aryan yang kebudak-budakan ini, nak berkelah petang-petang macam ni? Haih, suka hati kaulah. Tengoklah, penuh di bahagian kakinya dengan beg kertas berisi makanan.

Itu belum plastik 7 Eleven yang penuh dengan keropok, coklat dan pelbagai jenis makanan ringan di tempat duduk belakang. Farrah ikut sahajalah memandang Aryan yang beria. Tengoklah, tak sempat pun tukar baju. Mereka masing-masing masih mengenakan baju kurung dan baju Melayu.

" Aduh, mana dia ni? Ambik barang ke buat barang? Entah barang apa entah dia nak ambik. " rungut Farrah sendirian bersama roti Subway menemani. Tak lupa Tealive Strawberry Pudding miliknya.

Sedang dia sibuk mengintai pelakon jdrama terbaharu di Instagram sambil mengunyah roti Subway, sebuah kereta berjenama Mercedes memusing masuk ke dalam perkarangan rumah mewah milik keluarga Aryan. Farrah terhenti kunyahannya sambil memandang empunya kereta mewah itu. Sudahlah bawak laju macam dah sedia nak jumpa malaikat Izrail.

Boleh pula dia belok macam tu je, nasib baik tak langgar kereta Aryan ni. Bodoh, buta ke apa?! Farrah memerhati dari dalam kereta.

Dia bukan apa, dia tak puas hati sebab kereta Mercedes itu hampir sahaja melanggar BMW milik Aryan. Bukan BMW biasa tapi BMW 5 Series terbaharu. Nak menangis rasanya bila baca harga kereta ini.

Haih, oh to be Aryan Zachary.

Tuk! Tuk!

Terkejut Farrah apabila cermin kereta di bahagian tepi pemandu yang kosong itu diketuk. Berkerut dahi Farrah melihat figura seorang wanita dari dalam kereta. Eh kejap apa hal ni? Pantas cermin kereta diturunkan.

" Aryan ba.. wait who are you? " suara gadis itu kedengaran kuat apabila melihat bukan Aryan yang berada di dalam kereta itu namun Farrah.

" Kawan Aryan? " jawab Farrah teragak-agak, dia terganggu dengan tali spaghetti strap tops yang dipakai wanita itu. How tf, dia tak rasa terdedah ke pakai macam ni?! Dengan potongan leher berbentuk V.

Farrah termalu sendiri.

" Kawan? Hei, you buat apa eh dalam kereta my fiance ni? Who are you!? "  ah sudah, kali ini perempuan itu beralih pula pada tingkap sebelah pemandu iaitu tempat yang diduduki Farrah.

" Hei, you buka sekarang!? " jerit perempuan itu, Farrah terpinga-pinga. Apa jadah perempuan ni? Sakit mental ke apa?

Tanpa membuang masa, roti Subway itu diletak kembali ke dalam beg kertas sebelum sempat dia menyedut Strawberry Pudding yang masih berbaki sebelum dengan selamba Farrah membuka pintu kereta itu. Let see, this is Farrah Alisha from Black Knight. You mess up with the wrong person, lady.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now