22. Anak ayah

2.4K 133 0
                                    

Batrisha memandang Fasha yang rancak bergelak ketawa bersama Yaya. Riuh-rendah rumah itu, usai bangun tengah hari tadi, Fasha pulang dengan bungkusan makanan untuk makan tengah hari. Penuh meja itu dengan kotak makanan daripada DahMakan.Tiba-tiba gadis itu bangun daripada duduknya.

" Kau tak masuk kerja? " soal Batrisha sebelum berlalu ke dapur, balang kaca berisi biskut Famous Amos itu diambil lalu dibawa semula ke ruang tamu.

"  Tak, aku half day hari ini lagipun aku tak ada mood lah nak buat kerja. " balas Fasha yang, dia mengambil remote bagi menukar siaran Astro yang asyik mengulangkan cerita yang sama. Yaya pula asyik dengan buku warnanya. Senangnya jadi orang kaya, takde mood je tak payah kerja. Duit masyuk juga haih.

" Nak minta tolong sikit boleh? " soal Batrisha ragu-ragu, sekeping biskut disuap ke dalam mulut.

" Tolong? Tolong apa? "

" If you don't mind, boleh tak tolong jagakan Yaya sekejap? Aku ada hal lah nak kena settle. " pinta Batrisha berbohong, bukan klien yang dia nak jumpa. Dia mahu ke suatu tempat yang sudah lama dia tak jejakkan kaki di sana.

" Lah..aku ingatkan nak minta tolong apa tadi! Boleh je lagipun kejap lagi aku nak keluar jumpa Khai so bolehlah bawak Yaya sekali. Yaya nak ikut kakak jumpa makcik Weng tak? " soal Fasha pada Yaya namun Yaya hanya diam dan mengendahkan pertanyaan Fasha seperti angin lalu.

Fasha mendengus.

Budak ni kan!? Kau pulaukan aku!

" Aku mungkin balik lambat, kalau Kash datang ambil Yaya sebelum aku balik. Tolong bagi Yaya mandi eh? Pukul 4 nanti make sure Yaya makan vitamin Champ dia tu lepas tu tolong check phone Yaya dalam beg dia tu kalau-kalau ada information daripada tadika dia. Lastly, bagitahu Kash yang aku ada emergency bukan sengaja tinggal anak dia. Oh ya just in case kalau Kash marah ke apa suruh dia mesej aku. I'll let him know about this. " pesan Batrisha panjang berjela, balang biskut diletakkan di atas meja.

" Kau nak pergi mana ni? Macam lama je? "  tanya Fasha dengan wajah berkerut, keningnya berkerut seakan mahu bercantum dengan wajah bingung tertayang. Kau fikir comel ke bangang?!

" Erm..kau..kau ingat tak rumah family aku? Aku kena pergi sana kejap."

" Oh haah kenapa? Family kau stay sana lagi ke? Tak pernah nampak pun sebab selalu jugak aku lalu situ tiap kali aku balik sana. Nak intai kau kot-kot kau ada balik before this tapi rumah tu nampaknya dah kosong. Tak ada orang pun tiap kali aku berhenti. Kenapa kau nak balik sana? Mak kau dekat mana sekarang? Lama do tak jumpa Acik Nani! Last aku jumpa mak kau masa kita ambil result Pt3, dah lama gila bhai. " soal Fasha masih bingung, dia mencapai balang biskut tadi.

" Aku saja je balik sana, tak ada apalah. Nanti aku cerita. Aku nak pergi naik tukar baju kejap. " ujar Batrisha tergesa-gesa, dia tak boleh dedahkan terlalu banyak. Dia tak mahu Black Knight tahu. Sebab apa? Dia tak mahu bebankan mereka.

" Ha yelah. "

Di tingkat atas, Batrisha menyarung baju kurung kapas berwarna biru berbunga kecil. Tak bukan dari Fashalofa.Exclusive tapi keluaran Primavalet. Tudung bawal hitam dipakai sebelum hujung belahan tudung dipin pada kiri dan kanan bahu. Ah dia bukan pandai sangat berfesyen, cukuplah menutup apa yang patut. Dia bukan Fasha yang bergaya sakan itu. Stokin hitam dengan kartun Simpson disarung pada kedua belah kaki.

Pantas beg galas diragut bersama jam tangan Apple itu diambil. Sandal hitam diambil dari dalam rak kasut di dalam biliknya. Alah rak kasut seperti Cupcake Aisyah si Youtuber terkenal itu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now