5. Aku bukan stalkerlah!

3.1K 150 2
                                    

" Hoi! " sergah Batrisha membuatkan tiga orang manusia itu terperanjat sekaligus membuatkan Yaya tersenyum.

" Eh akak ni lah! Hai akak! " sapa Yaya teruja mendekati Batrisha yang memegang kamera Nikon miliknya lalu mengendahkan Khairunnisa dan Nadim yang masih pegun.

" Hey sweety! " Batrisha mencangkung bagi menyamai ketinggian budak comel itu.

" Hai akak, buat ape dekat sini? " Yaya tersenyum comel dengan pipi membulat itu

" Hello, apa makcik ni buat dekat sini eh? Dia menggatal dengan bro ni ke? " soal Batrisha sekali dengan menyindir kedua makhluk yang hanya memerhati dia dan Yaya. Bukannya dia tak perasan Khairunnisa yang terjeling-jeling sedari tadi. Gatal!

" Entahlah akak, tadi Yaya tengah swim lepas tu makcik ni ada dekat sini dengan uncle hensem. " balas Yaya masih lagi tersenyum, begitu juga Batrisha.

" Woah.."

" Yaya!! " dari kejauhan kedengaran suara seseorang menjerit memanggil Yaya dan dengan itu juga ada dua orang lelaki menuju ke arah mereka membuatkan Batrisha tergamam. Terkejut dan terkesima. Oh man, diorang wujud?

Sekali lagi Batrisha ternganga melihat kedua jejaka itu, Ya Allah memang sama! Mirip benar, betul-betul sama melihat senyuman senget dan gaya memeluk tubuh itu. Jadi inilah Black Eagle ya? Tapi mana lagi seorang? Bukankah sepatutnya empat orang?

" Eh Dim, mengorat ke tu? " suara Aryan giat mengusik membuatkan Nadim yang tadi hanya dia terus memerah mukanya.

" Aryan Zachary Edrus Rills. " tanpa sedar Batrisha mengomel sesuatu namun didengari Kash yang sudah melirik penuh curiga padanya.

" Taklah, aku tolong cik ni tadi topi dia terbang. " jelas Nadim, dia mengusap belakang leher tanpa sebab.

" Nadim Andika Ahmad Izham. " omel Batrisha sekali lagi, kali ini wajah Kash sudah tegang. Dasar stalker!

" Kau stalk kitorang eh? " tuduh Kash melulu, terkejut Batrisha. Nasib baik tak terpelanting kamera yang dipegangnya.

" Encik Kash Aldrin Rahman ni tak boleh ke tegur elok-elok hah!? Kalau jatuh kamera aku ni kau nak bayar ke hah? " wajah Batrisha menyoal garang, memandang tajam wajah Kash yang juga memandangnya tajam.

" Kau tu yang kenapa? Kau stalk kitorang kan? Macam mana kau tahu nama Aryan dengan Nadim hah?! " tengking Kash kuat, mukanya merah, jelas dia sangat marah sehinggakan Yaya pun sudah memegang Khairunnisa secara tak sedar.

" Aku..aku.. " Batrisha seakan mencari kata, takkan dia nak bagitahu lelaki itu yang dia pernah mimpikan mereka suatu ketika dahulu? Oh sangatlah tidak logik!

" Asal ni Kash? " soal Aryan pelik, kenapa ni?

" Perempuan ni stalker kau tahu tak! Dia tahu nama, aku, kau dengan Nadim." bentak Kash kuat, Farrah dan Fasha sudah mendekati mereka ingin turut serta mendengar dan melihat apa yang berlaku.

" Kenapa ni? " tanya Fasha berbisik pada Khairunnisa yang masih terpaku disitu.

" Baik kau cakap apa motif kau hah?! " sekali lagi suara Kash naik seoktaf memandang tajam gadis yang terasa kerdil sahaja di hadapannya ini.

" Motif? Kau fikir kau siapa aku beria sangat nak stalk? Hensem sangat ke korang ni sampai aku gila sangat nak skodeng? " oh kali ini Batrisha sudah tidak boleh bersabar, terasa mahu sahaja dia hempuk lelaki itu dengan kamera Nikon miliknya ini. Sesedap rasa sahaja dia tuduh orang ye!

" Huh, stalker mana yang mengaku diri dia stalker! Psiko! " sinis Kash membalas dengan senyuman sengetnya itu.

" Aku bukan stalker lah gila! Kalau aku cakap pun kau percaya ke hah! Eh sedara, kau ingat muka kau tu wanted sangat ke sampai aku kebulur nak stalk kau! Apa rumah kau tak ada cermin, huh? " sindir Batrisha tak mahu kalah, amboi ini dah melebih ni!

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now