38. Kerana dia

1.9K 109 3
                                    

Batrisha senyum sepanjang langkahnya. Dia rasa seronok melihat wajah-wajah hipokrit tadi seperti tercekik asam boi sahaja. Baru sahaja dia ingin menarik pemegang pintu, namanya sayup-sayup kedengaran dipanggil. Batrisha menoleh sebelum tersenyum pada susuk tubuh itu.

" Hoi wassup, kemain kekwat ya tadi! " Tengku Attar tersenyum sambil melangkah ke arah Batrisha. Batrisha ketawa mendengar sindiran itu.

" Kau tahu aku macam mana kan? Padanlah muka tiga ekor tu. " balas Batrisha, dia melatak fail di tempat duduk sebelum berdiri menghadap Tengku Attar.

" Dah jadi COO dah, jaga company elok-elok. Aku tak ada dah nanti. "

" Tu lah yang kau blah awal-awal apa hal? " soal Batrisha, dia tak faham kenapa lelaki itu meletak jawatan padahal bukannya dia mahu sangat jawatan COO itu, dia tahu Attar akan keluar negara sebab itu dia memohon jawatan itu hanya untuk mengganti tempat lelaki tu seketika tapi dia tak sangka Attar akan terus meletak jawatan.

" Aku nak further study la sis. " balas Attar selamba, Batrisha tercengang.

" Kepala otak! Kau dah ada degree, dengan master kot. Kau nak belajar apa lagi? Gila otak kau ni! " tutur Batrisha, dia terkejut.

" Kau tahu kan, aku tak minat business ni. Aku sambung animation sambil monitor company dekat sana sebab tu aku resign lagipun yang ambil tempat aku tu kau jadi tak adalah aku risau nanti. " lelaki itu bersandar pada Honda Civic milik Batrisha.

" Sumpahlah? Kau tak takut company ni lingkup ke kalau ada aku? " soal Batrisha sekadar buat kelakar namun dia ada niat juga begitu.

" Nope, suka hati kaulah sis janji bahagia. Kau masih marahkan dia ke? " soal Attar, lebih kepada soalan sensitif.

" Malas aku cakap pasal dia. Boleh pergi mampos je lah. Dahlah aku nak balik ni. Bila kau gerak Australia? " soal Batrisha malas. Potong mood dia sahaja apabila Attar menyoal begitu.

" Minggu depan lepas settle kerja dekat sini sikit. Oh by the way kenapa kau tak mahu staf tahu yang kau COO baru? " soal Attar yang pelik mendengar syarat yang dikenakan Batrisha tadi.

" Adalah, fail syarikat yang aku minta tu dah standby belum? Aku nak check something. Ada projek aku nak monitor. " soal Batrisha.

" Perh baik ah belum masuk kerja dah nak monitor projek. Tak ada hal, semua fail pasal Xaviera Residensi tu aku dah letak dekat almari dalam pejabat. Tunggu kau geledah je. " balas Attar tersenyum. Siapa Attar ni?

" Okey kalau tak ada apa-apa, aku gerak dululah. Aku nak pergi ambil anak aku. " beritahu Batrisha.

" Anaklah sangatkan! Adam bagitahu tu budak yang kau babysit. " tutur Attar, Batrisha sengih. Baru berniat nak goreng lelaki tu sekali tak jadi daa!

" Hehe okey bye Assalamualaikum! "

" Waalaikumsalam! Drive safe! " pamit Tengku Attar, tak sedar yang beberapa mata memerhatinya sedari tadi.

Ah pasti hangat nanti beritanya dengan Batrisha. Malashlah dia peduli!

Tengku Attar melangkah masuk kembali ke dalam bangunan 18 tingkat itu dengan riak wajah serius.

***

Nadim berjalan laju usai keluar daripada perut Accord miliknya. Dia akan lunch seorang diri hari ini memandangkan Kash tiba-tiba ada hal yang harus diselesaikan dan Nadim malas mahu ambil pusing. Adalah tu yang tak kena dengan lelaki itu. Nak diajak tunangnya itu? Memang taklah, dia kurang senang sebenarnya dengan Intan sejak mereka bergelar tunang ini. Semua yang dia lakukan rasa serba tak kena.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now