39. Marah aku ke?

2K 109 4
                                    

Farrah mengeluh, entah kenapa sejak kebelakangan ini Aryan seperti menjauhkan diri daripadanya. Ya sudah lama tak keluar kisah mereka sebab apa? Sebab tiada apa-apa yang berlaku pun, sudah lama dia tak berborak dengan lelaki itu. Sebab itu jugalah dia selalu sibukkan diri kebelakangan ini.

Aryan juga menyepikan diri, jika ditanya di aplikask WhatsApp pasti ada sahaja alasan diberi lelaki itu dan pasti sahaja Aryan asyik mengelak. Dia jadi mati kutu sendiri. Dia ada buat salahkah atau Aryan sudah tak mahu berkawan lagi dengannya? Ah entah, dia tak faham.

Farrah melangkah keluar dari wad pesakit, sarung tangan getah dicabut sebelum dibuang ke dalam tong sampah khas lalu disanitasi tangannya. Dia melangkah pula ke wad sebelah bagi menyemak kesihatan pesakitnya di situ. Farrah seorang doktor bedah umum jadi jika tiada pembedahan yang memerlukan dirinya, dia akan membantu kakitangan di wad yang tak pernah sepi dengan manusia.

Sudahlah keadaan di rumah tunggang-langgang, dengan kepala otak dia sekali serabut melihat kawan-kawannya. Yang seorang sibuk membuat persiapan, habis bersepah rumah itu dengan kotak goodies bag. Yang seorang sibuk melayan perasaan, lockdown diri sendiri dalam bilik. Yang lagi seorang, terlalu perahsia. Bukan Farrah tak ambil tahu tapi dia dah terlebih tahu.

" Doktor, nanti ada new patient. Doktor Zafri suruh inform siap-siap sebab dia nak jumpa bila doktor free. " tegur seorang assistant. Farrah mengangguk.

Farrah kembali mengelamun, perangai Aryan berubah membuatkan dia tak termasuk lagi dengan perangai Khairunnisa yang tiba-tiba berubah pasif. Fasha yang selalu positif pun hilang motivasi diri nak memujuk Khai supaya keluar dari bilik.

Adam?

Usai membuat pemeriksaan pada pesakit di wad itu, Farrah melangkah keluar daripada wad lalu membasuh tangan. Dia perlu ke office untuk berjumpa dengan Doktor Zafri, seniornya di sini. Entah pesakit penting apa pula dia harus handle kali ini.

Farrah berjalan ke pejabat sambil otak merewang memikir hal lain. Sesampainya di tingkat atas, dia bergerak ke pejabat milik doktor senior itu. Pintu bilik itu diketuk.

" Assalamualaikum. "

" Come in. " Farrah melangkah masuk dan melabuhkan duduk di hadapan doktor itu.

" Yes doc, new patient? What case? " soal Farrah ingin tahu.

" Panic attack. "

" Eh? Kenapa tak refer pakar psikologi? " soal Farrah hairan, bukankah panic attack semuanya berkaitan psikologi kenapa pula pesakit itu berada di sini? Kenapa pulak dia selaku general surgeon kena handle patient psiko macam tu?

" Sebab dia dah kelar tapak tangan dia dan kelar leher sendiri. "

" Huh? Gila ke apa? Mental illness? "

" I don't know, family dia cakap patient terlampau stress dan tertekan. " balas doktor berusia hujung 30an itu.

" So what's next? Apa yang saya kena buat? "

" Saya nak awak handle patient ni, dia ada dekat kecemasan. Lepas tu boleh refer jabatan psikologi, biar mereka uruskan sebab kejap lagi saya ada operation. Boleh Doktor Farrah? "

" Tak ada hal lah doc. "

" Family patient tu sendiri nak awak handle. " tambah doktor Zafri membuatkan dahi Farrah berkerut.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now