47. Aku menyesal kenal kau

2.1K 109 22
                                    

cerita ni sinetron sikit sbbtu smua dia nak kait, korang layan jela apa aku mengarut ni. nak delete tapi dh dekat 50 chap. tibai jela apa pun sksksks

+++

" Jadi selama ni kau adalah anak saudara kepada jantan tak guna tu? " soal Batrisha, suaranya sudah parau. Wajah Kash dipanah tajam.

" Kau tahu tak apa dia dah buat dekat keluarga aku?! "

" Kau tahu tak kesengsaraan yang kami satu keluarga hadap disebabkan pakcik kau yang sial tu!? "

" Jawablah Kash!? "

" Batrisha, stop it. Malu orang dengar! " celah Adam, dia bukan apa. Keadaan sudah malam, sudah pukul 10 malam pun. Dia tak mahu suara lantang, tengkingan dan jerkahan gadis itu menganggu jiran yang lain.

" Kau diam! Kau tak faham apa yang mak dengan adik aku lalui! Kau lahir-lahir je hidup dalam keadaan sempurna, dengan didikan dan kasih sayang ibu bapa! Aku? Aku perlu menagih simpati pada orang-orang yang tak nak pun tolong aku!? " bentak Batrisha kuat, cukup menarik perhatian Khairunnisa yang sedang mengetap bibir.

Tak, Batrisha langsung tak rasa malu dengan hal itu. Dia lagi malu kalau orang perkotak-katikkan kisah silam dia yang dia tak mahu ingat tu!

" Kau tak terkejut pun Kash huh.. Baguslah, maknanya kau dah tahu. Jadi kau dah tahulah yang aku anak tiri pakcik kau?! " soal Batrisha, kali ini suara itu menjulang tinggi. Penuh kebencian dan kekesalan.

Batrisha memandang tajam wajah Kash yang jelas sekali tak beriak, seolah-olah sedang mengejek dia yang terlalu beremosi. Wah wah!

" Aku tak sangka.. langsung tak sangka! Yang kau berkongsi darah yang sama dengan lelaki bangsat tu... " suara Batrisha mengendur, menunjukkan yang dia kesal dengan itu. Kash sedari tadi hanya diam, memberi peluang gadis itu meluahkan segalanya.

Dia sudah tahu akibat daripada kebenaran yang akan terbongkar, cukup lengkap segala biodata yang dia dapat tentang gadis itu dan dia juga langsung tak sangka malah dia juga seperti Batrisha. Malu nak mengaku yang dia punya pakcik berperangai binatang sebegitu. Kisah perkahwinan pakciknya dahulu menggemparkan keluarga mereka.

Nenek kepada Kash memang tak setuju dan benar-benar marah akan pakciknya yang bernama Rashid itu tapi dia tak sangka. Dia tak sangka pakciknya itu lebih keji daripada binatang dan sewaktu perbicaraan mahkamah dahulu baru Kash sedar yang pakciknya ini telah banyak menconteng arang pada nama keluarga mereka.

Dituduh mendalangi sindiket pelacuran dan menjadi tokan dadah? Memalukan! Kash sendiri jijik dengan semua ini sebab itulah mereka langsung tak tahu menahu tentang keluarga baru pakciknya sebab dah masak dengan perangai teruk pakciknya yang satu itu. Sebab tu tiada ahli keluarga yang mahu ambil tahu tentang pakciknya.

Dan Kash benar-benar kesal kerana keluarga Batrisha terlibat dengan pakciknya yang memalukan itu. Kash kesal sebab dia dan keluarganya tak ambil tahu akan hal pakciknya dahulu. Setidaknya mereka boleh menghalang pakciknya daripada melakukan sesuatu yang lebih teruk.

Isteri pakciknya iaitu mak kepada Batrisha telah meninggal kerana sakit HIV disebabkan dipaksa menjadi pelacur oleh suami sendiri? Kash terkilan, benar-benar terkilan. Dia sendiri tak sangka pakciknya sanggup berbuat sebegitu. Memperkosa anak tiri sendiri sehingga menyebabkan trauma dan bunuh diri? Allahuakbar!

" Kenapa kau diam?? Kenapa kau diam Kash?  Kau tahu kan aku anak tiri pakcik kau? Kau dah tahu kan?! " marah Batrisha lagi, dia menolak kasar bahu lelaki itu bersama tubir mata yang sudah penuh dengan air mata.

" Kau kejam Kash! Kau kejam! Family aku mati sebabkan pakcik kau lah gila!? " tengking Batrisha, dia meraup wajah. Terkilan, benar-benar rasa tertipu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now