17. Count on me

2.4K 130 2
                                    

Suasana malam itu dingin, sedingin-dingin hatinya. Bintang pun tak nampak di dada langit, bulan pula malu-malu nak keluar, macamlah nak jumpa bakal suami! Huh!

Bilik itu gelap, bilik dengan nama Batrisha terpampang sebesar-besar alam itu selalunya meriah sahaja tapi tak tahulah kenapa, satu hari ini penghuninya hanya berkurung di dalam tu. Bilik itu kelihatan suram, sunyi dan gelap semacam.

" Mengikut perkiraan akulah, dah 13 jam tau perempuan tu berkurung dalam bilik tu. Dah mati ke apa? " soal Farrah agak kasar, dia dengan selamba mencapai balang kerepek ubi sebelum duduk di sofa bersama Fasha yang sibuk menaip sesuatu di dalam Macbook miliknya.

" Biarlah, kau ni pun. Adalah tu masalah dia, menyibuk jela kau ni. " balas Khairunnisa datang dengan semangkuk megi bersila di hadapan televisyen yang tertayang cerita Suri Hati Mr Pilot, dah empat tahun dah cerita ni tapi aku tak pernah ship Fattzura.

Monolog Farrah sendirian.

Fasha terus bangun, menutup kasar Macbook miliknya dan terus mengangkat punggung meninggalkan mereka berdua.

" Apa hal tu? "

Bum!

Bunyi hempasan pintu membuatkan Batrisha yang sedang mengelamun itu sedar ke dunia nyata. Usai solat Isyak tadi, dia hanya berbaring di single bed miliknya yang menghadap tingkap bilik sambil merenung dada langit. Kalau dulu waktu kecik, memang tak adalah nak letak katil sebelah tingkap siap buka langsir lagi memang taklah. Gila ke apa? Buatnya ada 'benda' lain yang mengintai tak ke terus dia gol je ke Rahmatullah?

Dah macam orang putus cinta pun ada mangkuk ni. Dengan serabai, pakai seluar pendek je dengan plain shirt warna hitam duduk berselubung dalam selimut dengan nampak kepala je. Ikatan rambutnya longgar, muka barai habis dengan iPad Pro yang tertayang cerita Fabricated City yang rasanya lebih lima kali diulang tayang tapi tak ada siapa tengok. Bilik gelap, tak buka lampu langsung oh buka, lampu tandas. Dengan aircond pergi buka sampai 16° C ni kenapa? Parah minah ni!

Sampai sahaja di hadapan rumah pagi tadi dengan Kash, dia terus menonong jalan masuk tanpa kata atau apa-apa epilog pada Kash. Salam tak ada, terima kasih tak ada, maaf tak ada terus je masuk rumah gaya tak bersalah. Masuk je terus hempas pintu eh tak sebab bila fikir balik ni bukan rumah dia. Karang tercabut pintu rumah yang dia yakin dari kayu jati yang diterbangkan khas dari Bali, Indonesia itu tak memasal pula rabak poket dia nak mengganti.

Dengan kotak besar tiba- eh kotak tu!

Lampu tidur dibuka dan dibantu dengan cahaya lampu dari tandas, Batrisha terus memandang kembali kotak besar di tepi pintu biliknya. Kotak besar itu memang tertulis namanya sebagai penerima tapi apa isinya dan siapa pengirimnya?

Dah macam nenek kebayan, dia menarik kotak besar itu naik ke atas katil. Gunting di atas meja kerjanya diambil dengan bersusah payah almaklumlah pemalas nak bangun, dia boleh je pergi mengesot macam tu betapa malasnya dia.

" Apa ni? "

Bahagian atas kotak digunting, dengan penuh bernafsu ehem i mean penuh ketidaksabarannya Batrisha membuka penutup kotak itu. Serentak dengan itu senyumannya mati, perasaan teruja yang baru nak keluar tadi kembali termati.

" Allah... " suara itu lemah, kolam air mula memenuhi tubir mata. Tergamam dia seketika melihat isi di dalam kotak besar itu. Sticky note biru yang tertampal di atas bahagian kotak kecil diambil lalu dibaca sepintas lalu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now