61. One step closer

2.1K 109 7
                                    

" Kuliah kau start bila? "

" Lagi tiga minggu, aku tengah cuti semester sekarang ni. " balas Attar selamba menyedut jeli di dalam tiub miliknya.

" Selalu kau tak balik cuti sem, kau buat apa je dah kenapa pulak nak ikut aku balik Perth ni? Baliklah Melbourne sana. " sindir Batrisha, Attar sengih seraya membalas.

" Saja, boleh aku kacau kau. " balas Attar kononnya. Batrisha mencebik.

" Watashi wa anata ga totemo yoku shitte iru. (Aku kenai sangat hang ni kid, kacau aku konon.) " balas Batrisha, Attar senyum bersama lantas bersama bahu terangkat. Acah.

" Dah sampai Perth pun nak speaking Japanese lagi ke? Penatlah dengar. " celah Farrah bersama Vanilla Latte miliknya. Batrisha diam, tak berniat mahu membalas.

" Bat tak nak awak tahu yang dia tengah kutuk awak hehehrhe. " balas Attar tersengih berbohong. Batrisha senyum dan lantas dengan itu kakinya bergerak pantas.

Buk!

" Peace no war. " sengih Batrisha selepas selamba menendang betis kering Attar yang dilapisi seluar.

Attar merungut.

" Ika reta on'nanoko! (Perempuan gila!) " sebelum merebahkan duduk di atas couch di dalam rumah itu. Tak mereka takkan menetap sekali sebab Attar juga hanya memegang title sepupu dan masih bukan mahram Batrisha dan rumah ini juga akan didiami oleh tiga orang anak dara.

Jadi awal-awal lagi Batrisha dah halau lelaki itu suruh mencari hotel berdekatan sini dan Attar yang memang faham dengan situasi mereka hanya mengikut akur. Walaupun mereka berada di Perth mereka masih membawa nama sebagai seorang Muslim. Batrisha dan Attar tak akan lupa tentang itu.

" Aku dengarlah kid! " laung Batrisha yang sudah masuk ke ruang dapur. Attar mencebik. Dia menyedut jeli di dalam tiub itu sebelum mengangkat kaki dan bersila di atas sofa bersama earphone yang disumbat ke dalam telinga.

Farrah diam, menikmati Vanilla Latte yang dibeli di lapangan terbang tadi. Televisyen yang menyala diendahkan. Otaknya ligat berputar mengingati peristiwa yang berlaku antara dia dan Aryan. Sama seperti Attar, Farrah menarik earphone di dalam beg tangannya sebelum dipasang. Membiarkan diri yang penat itu hanyut dalam arus muzik.

Salsabella masih belum pulang waktu-waktu begini kerana dia pastinya masih lagi berada di pejabat dan Batrisha sudah sedia maklum dengan perkara itu.

" Woi kid. " laung Batrisha, Attar yang hanya meletak muzik yang didengarinya pada nada yang rendah mengangkat wajah.

" Apa? "

" Nak megi tak? "

" Kau reti masak ke? "

" Megi je kot, lebih daripada retilah. "

Attar mencebik.

" Boleh jugak. "

" Tanya minah tu sekali, dia nak tak? Aku nak buat lebih kalau nak. " balas Batrisha selamba. Attar mengangguk namun melihat Farrah yang seperti hanyut dalam lamunan sendiri, lelaki itu bangun membawa diri ke dapur. Mahu bertanyakan sesuatu.

" Kanojo ni nanika ga okotta nodesu ka? " soal Attar bertanyakan jika ada apa-apa berlaku terhadap Farrah.

" Apa jadi apa? "

"Īe, Farrah ga otoko ni atta nochi ni shizuka ni naru to, sore wa kimyō ni kanjimasu. Weird. (Taklah, Farrah nampak makin senyap selepas bertemu dengan lelaki itu.) " balas Attar, Batrisha berkerut. Ya memang dia perasan, selepas gadis itu tiba di bilik hotel hampir pukul 5 setengah pagi dua hari lepas.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now