24. Aku ada

2.3K 132 0
                                    

Khairunnisa duduk di taman hospital seorang diri, memandang permaidani rumput tempat yang dia pijak kini. Entah kenapa dia jadi tak bersemangat selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Batrisha soal Nadim. Entahlah. Dia keliru, dia celaru, kenapa dia harus rasa begitu? Perasaan sakit yang begitu mendalam di mencengkam tangkai hati, sakitnya hati Tuhan sahaja yang tahu. Dia rasa kosong.

Patutlah selama ini sudah lama dia tak bersua muka dengan lelaki itu, sibukkan hal tunang rupanya. Ah! Kenapa harus begini? Khairunnisa mendongak memandang dada langit yang mula jingga, resah tadi hilang sedikit melihat mentari yang bakal menyorok kembali. Namun tak lama, resah dan sakit datang lagi. Sakitnya ya Allah..

Kenapa kau buat aku macam ni Nadim?

Kenapa kau buat aku jatuh suka pada kau?

Kenapa kau selalu ada disaat aku berduka?

Kenapa Nadim?

Khairunnisa tertanya-tanya, sudahlah sebelum ini dia langsung susah nak rapat dengan mana-mana lelaki. Ada juga seorang dua namun itupun selepas bertahun-tahun kenal, kalau takat sekali jumpa sahaja terus rapat memang taklah. Tapi dengan Nadim lain, dia jadi mudah pula berbicara dengan lelaki itu. Aura dan karisma yang dibawa lelaki itu cukup buat dia selesa.

Ini yang dia cukup benci bila rapat dengan lelaki, dia mudah jatuh suka pada lelaki yang rapat dengannya. Ah dia benci betul! Soal Farez Adrel sudah selesai, itupun kerana dia ceritakan hal sebenar pada maknya kalau tak habis telinga diceramah dari sebelum Maghrib sampai Subuh pagi esok.

" Hoi, tenung apa? Ingat boyfriend ke apa? " Khairunnisa melepaskan keluhan saat satu suara menegur. Tubuh lelaki berkot putih itu membuatkan Khairunnisa mengeluh lagi.

" Tak baiklah mengeluh gila. Kau kenapa? " lelaki itu tampak kemas dengan tangan yang diseluk ke dalam poket white coat yang dipakainya. Dia tersenyum lebar sebelum menanggalkan butang hujung lengan baju kemeja yang dipakai.

" Aku tak ada mood lah, kau buat apa dekat sini? Tak ada patient ke? " balas Khairunnisa, masih lagi mata tertunak pada permaidani rumput yang dipijak tanpa menoleh langsung memandang wajah rakannya itu.

" Saja jalan-jalan, aku baru keluar operation theater. Kau buat apa? Mengulat? " soal lelaki itu, dia masih lagi memandang Khairunnisa yang menunduk.

" Tak adalah, mana ada. Saja release tension. Patient makin ramai kan, aku penat sikit. " ujar Khairunnisa berdalih, walaupun lelaki di hadapannya ini dia sudah kenal sejak di UK lagi namun soal Nadim tak perlulah dia bercerita rasanya.

" Kau ada problem ke? " kali ini lelaki itu menyoal dengan posisi berdiri sambil memeluk tubuh menghadap Khairunnisa yang duduk.

" Tak. "

" Tipulah, kata member. Cerita ah, aku dengar. " lelaki itu senyum saat Khairunnisa mengangkat wajah.

" Hish kau ni! Suka buat aku rasa serba salah. Yelah aku cerita. Crush aku dah nak bertunang. Puas hati? " balas Khairunnisa namun suaranya kembali mengendur. Lelaki itu terdiam.

" Eh dah 27 pun ada crush lagi ke? Sedih do kau ni hahahaha. " kurang asam punya makhluk! Khairunnisa menjeling tajam.

" Diam ah kau, tahulah girlfriend lawa. Maleh aku dengan kau ni. Dahlah pergi main jauh-jauh! " halau Khairunnisa sebelum kembali termenung memandang rumput. Lelaki itu ketawa.

" Parah betul minah ni! Dahlah jom aku belanja aiskrim. "

" Ingat aku budak kecik ke hah? "

" Haah, kecik dari aku! "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now