2. Makcik Weng

4.1K 174 8
                                    

Batrisha memandang skrin televisyen yang sedang tertayang drama While You Were Sleeping, hanya jasad sahaja di situ. Fikiran sudah menerawang entah ke mana. Sesekali dia menguap menahan kantuk, jam pada dinding dipandang sekilas, 9:30 malam. Khairunnisa tiba-tiba datang melabuhkan duduk disebelahnya menyertai dia, Farrah dan Fasha.

" Cerita apa? " soal Khairunnisa bodoh, padahal dekat skrin tu dah tulis.

" Apa hal Bat tadi? Macam mana kau boleh kenal dia? " soalan Fasha membuatkan semua mata tertumpu pada Batrisha yang bersila di atas sofa.

" Apa benda ni? "

" Kenal apa siot? " balas Farrah dan Khairunnisa serentak. Batrisha terdiam, tak tahu apa nak cakap.

" Tak ada apalah. " balas Batrisha, bangun dari sofa membawa muk yang sudah kosong. Ingatkan sudah boleh lari daripada soalan mereka namun Khairunnisa, Farrah dan Fasha sehati sejiwa pula mengikutnya ke dapur.

" Kau ada related ke dengan dia? " soal Fasha lagi mengambil tempat di kerusi meja makan.

" Ya Allah korang ni! "

" Siapa doh siapa? " Khairunnisa kalut.

" Tadi ada sorang mamat ni, hensem, hot gila weh tapi dia duda. Duda anak satu. Kau tau tak, Bat bantai pergi sebut nama penuh mamat tu. Betul pulak tu! Siap tahu mamat tu sekolah mana lagi! Tak ke pelik bin ajaib. Bat kan dah 8 tahun tak balik Malaysia tup tup ada kawan dengan duda. Duda hot pulak tu!! " tokok Fasha lagi membuatkan Khairunnisa tergedik-gedik nak tahu.

" Yakin je kau eh duda anak satu bagai, sekali member ada bini lagi. " balas Batrisha menjuihkan bibirnya, yakin je eh!

" Sampai hati kau tak cakap kau ada related dengan duda hot macam tu! " balas Khairunnisa tersengih-sengih.

" Ye doh, aku dah bau nasi minyak ni! " sahut Farrah pula, amboi melebih nampak!

" Mana ada, takde apa-apa pun. " dalih Batrisha, duda hot? Kash Aldrin Rahman? Macam tak masuk akal je.

" Tak ada kaitan dengan korang, dah jangan menyibuk! " Batrisha sengih berlalu membawa diri di hadapan televisyen.

" Eleh gini ah member, entah-entah kahwin nanti pun diam-diam yelah dulu fly pergi overseas pun diam-diam je! " balas Khairunnisa dalam nada berjauh hati, Batrisha ketawa kecil.

" Aku macam pernah nampak jelah, rilek la lagipun aku akan make sure korang semua kahwin dulu daripada aku hehe. " Batrisha menepuk bahu Fasha, Farrah pula tersengih.

" Ni mangkuk ni ah! Advance siot siap ada tunang lagi! " Fasha menarik rambut Khairunnisa yang terikat satu itu. Mengaduh kecil gadis itu. Fasha dan Farrah saling berbalas jelingan menghantar isyarat yang hanya mereka sahaja faham.

" Haip tunang-tunang ni jangan sebut! Hormat orang single! " balas Farrah pula dan mereka ketawa.

" Tapikan, asal kau tahu nama dia apa semua? " soal Fasha lagi membuatkan mereka kembali memandang Batrisha. Fasha ni kan!

" Entah, aku teringat someone kot. " balas Batrisha malas, memperbetulkan kedudukan baju t yang dipakai dan tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan. Dia bangun.

" Acewah, pakwe overseas ke tu? " usik Khairunnisa memperbetulkan baju tidur yang melorot di bahagian bahu.

Kash Aldrin.. siapa kau sebenarnya?




" Papa kenal ke akak tadi papa? " soal Yaya, sibuk membaca buku cerita tentang Puteri Salju dan 7 Orang Kenit sambil menemani Kash yang sedang menonton siaran bola sepak.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now