57. Tinggal kenangan

1.9K 112 5
                                    

Batrisha memandang jam yang melekat pada pergelangan tangannya, menanti kedatangan sahabat yang sudah lama tak bersua muka. Dari sekolah suka buat kerja last minutes, jumpa pun semua plan last minutes. Batrisha menyedut susu kotak miliknya sebelum berpeluk tubuh kesejukan maklumlah dekat sini sudah 15°C suhunya. Hoodie yang dipakai ditarik sedikit sambil bersandar santai menanti kehadiran gadis itu.

Batrisha memandang laluan ketibaan itu, entah kenapa dia teringatkan masa lalu. Dimana dia melalui balai ketibaan dan bersua dengan mereka. Ya, ketika itu semuanya ceria. Tiada siapa yang perlu tahu apa yang terjadi. Mereka bersua kembali selepas 8 tahun dia pergi. Semuanya manis sahaja, dia dapat lihat wajah Farrah, Fasha dan Khairunnisa menanti kehadirannya.

" Ketua Black Knight! "

" Welcome back to Malaysia! "

" Long time no see man! "

Dia menoleh. Kelihatan ketiga-tiga orang gadis itu melangkah teruja ke arahnya, dia tersenyum lebar menapak mendekati tiga batang tubuh yang sudah lama tidak bertemu.

" Hai! " tegurnya, mereka memeluk bahu sesama sendiri.

" Hai, I'm Farrah Alisha from Black Knight. "

" Khairunnisa Khayrin, just call me Khai! "

"  Fasha Arluna, hai! "

Masing-masing ketawa.

" Rindu gila wei! Peh berapa lama hang tak balik Malaysia ni woi? " soal Fasha, bahu Batrisha ditepuk sedikit.

" Ye do, kau ni! Dahlah blah macam tu je, nasib baik tak lupa member kalau tak dah lama ku cepuk cepuk kepala kau! " balas Khairunnisa pula, dengan geram dia menampar lembut pipi Batrisha sebelum tertawa pulas.

" Nice meeting you again, sis. Kau sihat? " soal Farrah pula, dia hanya tersenyum memandang Batrisha.

Batrisha senyum tipis, memandang laluan ketibaan dan terbayangkan figura dirinya bersama ahli Black Knight yang lain. Siapa sangka pertemuan dan perkenalan sejak dari bangku sekolah menengah itu kekal sehingga kini kecuali setahun yang lepas. Satu keluhan dilepaskan. Benarlah, apa yang berlaku di dalam mimpinya dahulu. Akhirnya dia akan bergaduh dengan Khai..

Peristiwa setahun lalu kembali tertayang di dalam minda, Batrisha menunduk. Sakitnya masih berbekas.

" Kalau Kash penipu, kau dengan dia sama jelah Bat. Kau pun penipu! " satu suara kedengaran kuat menjerkah.

" Kau pun penipu! Aku tak ada kawan yang penipu macam kau lah Bat.. " suara Khairunnisa.

" Apa makna persahabatan kita kalau masalah kau pun kau tak mahu share dengan kitorang? Bahkan kau tipu lagi kitorang, blah macam tu je pergi overseasal! Kau sebenarnya salah seorang pewaris sah Tengku's Group kan? Nama sebenar kau kalau ikutkan bukan hanya Nurin Batrisha? Am I right? "

" Aku tak faham kenapa Bat nak sorokkan semua benda daripada kitorang. Apa aku, Farrah dengan Fasha ni apa bagi kau? Kitorang kawan kau tapi kau sorok semua benda seolah-olah tak percayakan kitorang!? Black Knight ni apa sebenarnya bagi kau? Blah pergi overseas macam tu je, sembunyikan soal family kau! Kau memang tak percayakan kitorang?! Macam tu ke Tengku Nurin Batrisha Ar-Rainia? "

" Kalau kau tak ada title Tengku dekat nama kau mustahil kau pegang jawatan as salah seorang pengarah besar dekat Tengku's Group kan Bat? " sinis.. sinis suara Khairunnisa.

Love , Cik Babysitterحيث تعيش القصص. اكتشف الآن