74. Dia suami orang..

2.3K 111 14
                                    

Pintu wad itu dikuak perlahan. Inilah padahnya bila asyik nak sembunyikam diri sajaja, masa orang lain dah balik baru dia melawat. Sudahlah sekarang bukan waktu melawat, nasib baik dia dibenarkan masuk. Itu pun sebab dia tipu, dia cakap dia ahli keluarga lelaki ini. Batrisha berkerut melihat sekujur tubuh terlantar kaku dan lesu di atas katil pesakit.

Mesin defibrilator yang berada di sisi katil itu dipandang, denyutan jantung itu stabil. Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam ruang wad itu. Katil hospital itu di dekati dengan hati yang berdebar. Takut. Sekujur tubuh kaki dengan balutan pada kepala dan wajah yang bercalar. Namun wajah lelaki itu masih tenang. Tenang dalam lenanya.

Batrisha memandang. Merenung wajah Kash yang terpejam dan kaku itu. Wajah itu lesu, ada kesan calar mungkin akibat daripada serpihan cermin kereta yang berkecai. Kepala Kash berbalut, berbalut dengan bandage. Begitu juga tangan kiri lelaki itu. Walaupun penuh kesan calar, sedikit pun tak merosakkan wajah tampan itu. Tak langsung.

" Kash.. aku datang ni. " ujar Batrisha. Kash dikatakan masih tidak sedarkan diri namun keadaan lelaki itu agak stabil. Isteri lelaki ini, masih lagi berada dalam dewan bedah kerana kecederaan kepala yang serius.

" Kash..ni aku.. kakak Oreo Yaya. " suara itu bergetar, sekian lama dia tak berada sedekat ini dengan lelaki itu. Kerusi di sisi Kash didudukinya.

" Cepat sedar tau. " hanya itu yang keluar dari bibirnya sebelum dia menunduk menahan rasa yang bergelora. Berkecamuk dan lemas dalam lautan emosi sendiri.

" Aku tak pernah benci kau. Aku tipu Kash, aku tipu yang aku cakap aku menyesal kenal kau. " ujar Batrisha lagi, dia menunduk. Mengenggam kuat hujung baju kurungnya kerana ledakan emosi.

" Aku tak pernah menyesal. "

" Kash Aldrin Rahman from Black Eagle? " omel Batrisha namun didengari lelaki itu dan dia turut terkejut.

" Did I know you miss? " di pihak Kash dia terkejut mendengar nama penuhnya disebut seorang gadis tak dikenalinya. Siapa dia ni? Black Eagle adalah badboy group yang dianggotai dia dan tiga lagi rakannya namun itu cerita dulu di zaman sekolah menengah. Apa kes ni?

" Student of Sekolah Menengah Sains Indera, am I right? " soal Batrisha sekali lagi, Fasha sudah mengerutkan dahi. Apa kena minah ni?

" Ya tapi kau ni siapa? Ex student SMSI? Mana kau tahu semua ni? " soal Kash, dia mendukung Yaya sambil mata memanah memandang wajah Batrisha.

" Mustahil aku benci kau, kau crush aku dari mimpi, Kash. "

" Bangunlah Kash, gelakkan aku sekarang sebab aku dah fall in love dengan kau. Bangunlah, kau dah menang. " rintih Batrisha sendiri. Dia menunduk memandang jari Kash yang kaku tak bergerak.

" Bangunlah.. "

Wajah pucat lelaki itu direnung penuh minat, manalah tahu ini kali terakhir mereka bersua-muka sekurang-kurangnya dia tak adalah melarat sangat nanti. Dia memandang sahaja jari Kash, ah dia belum gila lagi nak sentuh jari itu. Apa-apapun mereka tetap bukan mahram dan takkan ada ikatan.

Ingat tu.

Terutamanya yang cuba-cuba nak guna hashtag #BatKash tu.

" Kash.. aku.. aku tak sangka kau dah kahwin. Aku tak sangka yang kau dah jadi milik orang. Dah beristeri.. "

Mata dipejam. Menerima hakikat.

" Tahniah, finally kau jumpa orang yang layak untuk jadi mommy Yaya. Aku doakan kau bahagia tau Kash? Jaga Yaya dengan wife kau elok-elok.. "

Love , Cik BabysitterDonde viven las historias. Descúbrelo ahora