33. Langit tak selalunya cerah

2K 119 2
                                    

Batrisha meraup wajah kasar, memandang kota metropolitan itu dari atas bukit tempat dia melepak. Cahaya-cahaya neon membanjiri suasana bandar yang tak lekang dengan bunyi hiruk-pikuk, tak kira siang mahupun larut malam. Dia hanya menyandarkan diri pada bahagian hadapan kereta miliknya sebelum memandang dada langit pula sambil menunggu kelibat Kash yang ajak lepak tadi.

Tak ada bintang.. tak ada bulan..

Nak hujan agaknya?

Batrisha bangun, memanjat bahagian hadapan keretanya sebelum merebahkan tubuh di situ. Dada langit dipandang penuh minat, dia tahu nak hujan tapi dia malas nak balik lagi. Khairunnisa sejak pulang dari hospital, asyik berkurung di dalam bilik sahaja sampai dia give up nak ajak gadis itu berborak. Broken sikit lockdown diri sendiri, rileks lah.

Tepat pukul 10 malam tadi terus dia terjun daripada sofa, sarung hoodie hitam dengan topi lepas tu terus ragut kunci kereta dan sekarang dia dekat sini. Terkandas dalam kenangan silam dengan rasa sengsara yang sama.

Kadang-kadang dia terfikir, sampai bila dia nak hidup penuh benci dan dendam ini? Sampai bila dia harus lalui semua ini? Ayah sendiri pun ada kehidupan sendiri jauh di sana, disebabkan kekangan masa waktu dia kecil jadi dia dengan Encik Rayden memang tak rapat. Dia hanya hidup untuk ibu.

Hanya ibu..

Dia puas, puas akan hukuman yang dikenakan pada lelaki jahanam itu namun kenapa hati ini masih tak tenteram? Batrisha memandang lagi dada langit, kali ini dia terkejut mendengar bunyi guruh yang datang bertandang tak bagi signal.

Pukul 11:30 malam, atas bukit sorang-sorang, bukit tempat mat rempit melepak. Kalau kena kenduri ni, Nauzubillahiminzalik!

" Masa aku tengah melayan sendu hours ni jugaklah nak hujan pun. " rungut Batrisha sendirian. Satu keluhan dilepaskan.

Tahu.. ramai orang mengeluh lately ni.

Bosan duduk rumah la tu.

Berbalik pada cerita, Batrisha rasa ada yang belum lengkap. Hampir semua ahli keluarga dia pergi angkara lelaki jahanam itu, jadi dia juga perlu buat hampir semua keturunan lelaki jahanam itu menggelupur diseksa. Ah, dia bukan serial killer nak bunuh orang. Dia cuma nak jatuhkan satu-persatu keturunan lelaki itu. Nasib lelaki jahanam tu memang baik, dia tak ada anak mahupun isteri lain jadi target dia sekarang saudara mara lelaki itu.

Pin! Pin!

Suara bingit dan panahan silau lampu membuatkan Batrisha terkelip-kelip memandang sekumpulan lelaki bermotor. Ah sudah, cari nahas betullah malam-malam ni! Sudahlah dia baru sahaja jumpa tempat atas bukit ni, pakej sekali dapat jumpa mat rempit atas ni! What a life?!

" Hai cik adik, buat apa malam-malam dekat sini? Nak hujan ni? " soal seorang tersengih menampak braces yang semestinya fake berwarna hitam menghiasi giginya. Eu, macam gigi rongak ingat cool ke?

" Suka hati akulah. " balas Batrisha kasar, matanya memanah tajam. Dia tak boleh tunjuk dia gementar walaupun dekat depan dia hampir 10 orang lelaki bermotosikal sedang memandang ke arahnya.

" Woah sombongnya, tak nak ikut abang? Jomlah ronda-ronda seround dua? Ada angin, sejuk ooo. Abang naik Honda tau.. " kali ini lelaki berambut karat di bahagian jambul pula bersuara gatal siap dengan bunyi-bunyi tikus tanah lagi. Batrisha melompat turun daripada bahagian depan kereta dengan tawa sinis.

" Honda? EX5? Sorrylah bro, bukan nak kata tapi aku Honda Civic. Bukan setakat angin, dia punya sejuk, salji pun boleh dekat dalam. Ada bran? " penuh sinis Batrisha berkata, dia menarik sedikit awning hoodie yang dipakai.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now