27. Date me

2.2K 121 3
                                    

" Aku tak ada esok so tolong behave, lusa terus pergi mahkamah. Hari Rabu pulak aku kena ke KK sampai hujung minggu ni. Jangan buat benda bukan-bukan and jangan lupa apa aku pesan. " pesan Adam, bersandar di pintu hadapan keretanya.

" Yelah yelah, macamlah aku budak-budak lagi! Acah je. Dahlah, aku masuk dulu. Dah lewat ni, chaw. " Batrisha berlalu pergi begitu sahaja, dia terus melangkah menuju ke pintu gril rumah. Adam ni tiba-tiba sahaja rajin sangat nak ikut diorang sampai rumah kononnya nak pastikan diorang tak merayaplah apalah. Acah!

Farrah mengeliat kecil usai keluar dari kereta Civic milik Batrisha, pintu kereta dihempas perlahan. Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil.

" Farrah, sini kejap! " Adam memanggil, tersenyum manis dengan tangan di dalam poket seluar. Farrah menoleh sebelum penuh longlai mengatur langkah ke arah lelaki itu.

" Ada apa ni? "

" Nanti tolong tengok-tengokkan Batrisha tu, otak dia bukan boleh pakai sangat tu. Kalau dia ada buat benda pelik-pelik tu terus bagitahu abang. Bak sini phone. " Farrah yang tadinya mengantuk terus celik mendengar kata-kata Adam.

" Nak buat apa phone? "

" Nak save nombor abang la, apa-apa hal jadi senang. Meh phone. " tangan ditadah sambil tersenyum, matanya memanah wajah gadis bercermin mata bulat dengan lesung pipit menghiasi kedua belah pipi.

" Oh, nah. " Huawei p20 muncul daripada poket seluar gadis itu lalu tanpa ragu-ragu dihulurkan pada Adam. Dia tersengih dalam diam.

" Thanks, kerja ke esok? " soal Adam dengan mata tertumpu pada skrin telefon gadis itu.

" Haah. Err abang tak kerja? "

" Kerjalah, esok abang kena turun site. Farrah ni doktor kan? Rajinnya belajar sampai jadi doktor. "

" Haah, rajin sangat sampai diri sendiri pun stress banyak kerja. "

" Okey nah, janganlah kerja kuat sangat sampai jatuh sakit. Okeylah, abang balik dulu. Ada apa-apa, just give me a call. Jaga diri and kirim salam semua. Pergilah masuk, Assalamulaikum. " Adam senyum manis sebelum melambai tangan dan membuat isyarat ingin masuk ke dalam kereta.

Farrah senyum sambil tangan membalas lambaian Adam. Aaaaaaa kenapa dia kiut sangat!

Usai Ford Ranger itu hilang daripada pandangan, Farrah menoleh ingin masuk namun dia kembali tertoleh saat terdengar bunyi kereta datang menghampiri. Farrah berdiri menanti si pemandu kereta itu keluar, dia menguap kecil. Keluar sahaja si pemandu itu terus Farrah melaung kuat ke dalam rumah.

" Bat!! Papa Yaya datang ni! "


***


Suasana kafe itu riuh namun mereka sedari tadi hanya membisu, hanya kedengaran bunyi hembusan nafas Kash sahaja sedari tadi. Batrisha pula hanya berdiam diri sambil menikmati aiskrim yang dipegangnya. Entah apa pulak mimpi Kash tiba-tiba sahaja mahu berjumpa dia malam-malam begini, sudahlah angka jam hampir menginjak ke angka 12 tengah malam jadi mereka hanya buat keputusan untuk melepak di kafe di sekitar kawasan itu sahaja. Kash menyisip Hot Latte di dalam cawannya sebelum mata memandang gadis itu.

" Batrisha.. "

Batrisha yang tadi sibuk dengan mangkuk aiskrim terus memandang ke arah Kash yang memanggilnya. Tiba-tiba dia jadi kelu pula melihat anak mata lelaki itu sedang merenung tepat ke arahnya. Mangkuk aiskrim tadi diletak ke tepi. Hati tiba-tibaberdebar mendengar suara itu menyeru namanya. Eh, kau kenapa?

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now