34. Bahagia?

2.1K 113 1
                                    

Batrisha termenung sendiri sambil memandang skrin iPad miliknya, dia menyedut sedikit baki air suam yang dipesannya. Usai pulang daripada menghantar Yaya ke tadika, dia terus menuju ke sebuah kafe untuk bersarapan memandangkan harini tiada siapa di rumah melainkan dirinya.

Fasha masih di kampung, Farrah sibuk dengan kerjanya dan Khairunnisa pula kelihatan tak mahu diganggu jadi dia pun buat pilihan untuk tak ambil peduli dan buat hal sendiri. Batrisha memandang skrin iPad, perbualannya dengan Adam masih terpapar di situ.

Perbualan tentang maklumat keluarga lelaki tak guna tu.

Deringan telefon membuatkan Batrisha tersentak daripada lamunannya, pantas jemari mencapai Samsung S9+ itu sebelum melihat pada skrin nama yang tertera. Ternyata, ianya panggilan daripada Adam! Ikon hijau dilarik bagi menjawab panggilan daripada si pemanggil.

" Assalamualaikum. " sapa Batrisha sebelum menolak sedikit piring Chocolate cheesecake miliknya.

" Waalaikumsalam, apa khabar saudari? " usik Adam dihujung talian, Batrisha ketawa mendengar suara garau itu. Rindu pula dia pada lelaki ini huh tapi takkanlah dia nak mengaku? Tak macholah nanti!

" Khabar baik, sis apa khabar? Sihat ke? How's KK? " balas Batrisha pula, tangan sebelah lagi sibuk mengutip resit yang digumpal tadi sebelum dicampak ke dalam beg sling miliknya.

" Aku okey. KK? Okeylah lagipun aku datang kerja lah bukan makan angin. Sibuk dekat site adalah. So macam mana kau dengan Kash? Sibuk bercinta nampak! Sejak bila pulak terbuka hati nak bercinta ni bos? " soal Adam masih lagi dengan nada mengusik, Batrisha senyum sahaja.

" Kawan jelah, kau ingat aku senang ke nak percaya lelaki macam tu je? Dia ajak aku date je and aku volunteer untuk participate dalam date tu. Kash not bad apa, hensem je daripada kau heheh. " balas Batrisha, air suam miliknya disisip sedikit.

" Wah wah wah, dah pandai lupa member eh sekarang. Aku hensem okey, macam Shawn Mendes. " balas Adam siap dengan suara mendengus kedengaran itu memecahkan tawa Batrisha. Shawn Mendes tak hensemlah!

" Euw, Shawn tak hensemlah. "

" Diamlah kau, buta hati! "

" Wah wah, kau tu yang rabun. Dahlah maleh cakap dengan kau, apahal call aku? Rindu aku ke my friend? " Batrisha menyoal, kali ini soalan berbaur serius.

" Tak ada masa aku nak rindu kau. Sajalah call, manalah tahu ada sesiapa kacau kau sepanjang aku tak ada ni. "

" Memang ada pun. " selamba Batrisha berkata.

" Siapa?! Asal tak cakap pun? "

" Ingat tak bukit yang kita lepak tu, aku hampir kena kenduri dengan mat rempit. "

" Hah?! Hoi, kau okey ke tak? Nak aku suruh adik aku pergi tengok kau ke?! "

" Tak payah, tak payah. Aku cakap hampir je, tak kena pun. Kash ada masa tu. "

" Wau, hero datang ah ni? Come on sis, takkan aku dah ada pesaing? "

Ketawa mereka bersatu.

" Merepek jelah kau ni, dahlah aku letak dulu. Karang habis kredit aku borak lama-lama. "

" Nenek tua ni kan, aku yang call kau jadi kredit aku yang habis. Otak kau dah cacat separuh ke sejak aku takde ni? " marah Adam dihujung talian. Batrisha sengih, macamlah Adam nampak!

" Sampai hati cakap otak aku cacat! Maleh ah kawan kau. "

" Eh sejak bila kau gedik eh Nurin Batrisha? Kau dah feminin ke? "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now