21. Barai gila

2.2K 128 0
                                    

Angin malam meniup ganas langsir tingkap bilik berlatarbelakangkan warna putih itu. Dalam kedinginan malam itu, disaat para penghuni rumah sudah berlayar ke alam mimpi masih ada seorang manusia belum melelapkan mata. Duduk memeluk lutut menghadap jendela yang terbuka sedikit, merenung bulan yang menyinar menerangi kegelapan malam. Disebelahnya terdapat sebuah kotak yang sudah dibuka dan terkeluar isinya.

Suasana dingin dan suram itu menambahkan lagi kesedihan hatinya, bingkai gambar dalam genggamannya diletakkan di sebelah. Hatinya meruntun sedih namun wajah masih mempamirkan riak beku tanpa setitis air mata membasahi pipi. Sampul surat yang sudah dibuka kelihatan berselerak di dalam kotak. Album gambar besar, sehelai telekung bersulam nama Hanani Hamzah itu diletakkan disebelah. Kotak besar itu ditarik, isinya dibongkar lagi satu-persatu

Terdapat seutas jam tangan Daniel Wellington, topi Nike serta baju kurung berbunga kecil yang bersaiz kanak-kanak. Dia tergamam melihat tiga barangan itu, serentak dengan itu minda berputar mengingati zaman silam.

" Jam ni je paling murah, hehehe aku beli dekat pasar malam. Kalau tak mau, bagi balik. " seorang remaja dalam lingkungan 13 tahun menghulurkan seutas jam tangan DW tiruan itu.

" Nak nak, mana boleh bagi minta balik! Terima kasih tau kakak. " si adik berumur 11 tahun tersenyum menampakkan kedua lesung pipit menghiasi pipinya.

" Jaga baik-baik tau, kalau adik rindu aku. Tenung je jam tu kerana setiap detik bersamamu begitu berharga. Cewah ayat aku, kemain hahahahah. " si kakak pula ketawa melihat mata juling yang dibuat si adik.

" Ni pergi asrama ni jangan jadi kera sangat. " usik si adik dengan ketawa. Terasa saat itu semuanya manis belaka. Alangkah indahnya jikalau ruang masa itu dapat diputar kembali...

" Yelah, ni aku pi asrama ni. Kau tidur sorang-soranglah nanti! Padan muka, nanti hantu datang bawah katil hehe.."  usik si kakak.

Pap!

" Hang ni kakak!!! "

Lalu tawa dua beradik itu pecah sebelum si kakak bergerak masuk ke dalam bangunan asrama, si adik melambai. Merelakan pemergian kakak merangkap sahabat sepermainannya. Itulah kali terakhir mereka bergembira seperti itu..

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now