18. Spark ah tu!

2.4K 128 1
                                    

Fasha mengeluh sendirian, dah hampir setengah jam dia menunggu di dalam butik mewah kepunyaan Puan Sri Zaleha itu namun batang hidung si pemilik butik itu masih belum kelihatan.

" Appointment pukul 12 kejap lagi, lunch dengan klien. Petang kena survey kain baru untuk new design Mahsuri, Tun Teja dengan Puteri Gunung Ledang. " skrin Ipad ditekan-tekan sambil memeriksa jadualnya untuk hari ini. Sesekali tangan naik memperbetulkan shawl satin yang coraknya dilukis sendiri olehnya.

Ting!

Bunyi notifikasi masuk mengejutkan Fasha yang masih serabut sendiri, dia memandang sekeliling butik mewah itu. Dia perlu berjumpa dengan Puan Sri Zaleha ini berbincang tentang acara fashion show yang akan berlangsung bulan depan. Puan Sri Zaleha mahu dia memperagakan semua design terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak Fashalofa.Exclusive. Puan Sri Zaleha juga mahu dia melukis design-design baju pengantin untuk majlis perkahwinan anak Puan Sri itu walhal sejak dahulu lagi Fashalofa.Exclusive bukannya mengeluarkan gaun indah atau menerima tempahan baju untuk majlis gah.

Fashalofa.Exclusive merupakan syarikat yang mengeluarkan baju-baju kurung sama ada dari design yang lama mahupun design moden. Fashalofa.Exclusive merupakan jenama yang mahu mengekalkan warisan melayu dengan baju kurung yang dikeluarkan. Di samping itu juga, Fashalofa.Exclusive mengambil peluang membina empayar tudung sendiri. Tudung-tudung yang dikeluarkan semuanya hasil rekaan tangan Fasha sendiri. Gah? Memang tapi ramai yang tidak kenal dengan founder jenama mewah itu. Siapa saja yang kenal pemilik rangkaian pakaian terkenal itu? Fasha tak pernah menonjolkan diri di dada akhbar mahupun majalah ternama. Mereka hanya tahu pemilik jenama mewah itu Fashalofa dan langsung tak tahu nama sebenar CEO syarikat itu.

Jadi dia perlu berbincang secara elok dan berhadapan dengan Puan Sri yang tak faham bahasa ni! Dah cakap dah dia bukan fashion designer, ada certain baju saja yang dia design manakala yang lain semuanya di design oleh fashion designer syarikatnya. Selalunya setiap kali ada acara peragaan design baru, dia hanya akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan Puan Sri, Puan Sri sebab dia tak suka berbincang dengan spesies cerewet ini tambah-tambah Puan Sri Zaleha ni!

" Ye mama abang tahulah, abang muda lagilah ma. Tunggu je Kak Qira kahwin dulu lepas tu mama mintaklah dia cucu. " suara garau bernada manja itu menarik perhatian Fasha. Dia menoleh, kelihatan kelibat seorang lelaki berjaket hitam sedang berbual melalui telefon.

" Ha yelah ma, nanti-nantilah abang cari calon. Abang muda lagi apa! Baru 28 tahun itupun belum officially. " kata suara itu lagi, Fasha tahan ketawa. Amende kira birthday ikut bulan ni?

" Hurm tengoklah macam mana lagipun siapa je nak anak mama ni? Abang mana kerja, nak cakap hensem tu bolehla tapi macam cute je eh boleh boleh ah. " dihujung ayat, tawa kecil kedengaran. Fasha pula sudah terhinggut-hinggut ketawa tanpa bunyi. Pfft lelaki kalau call mak dia macam ni ke?

" Ish mama ni, abang straight la. Ni malas cakap dengan mama ni. " kali ini suara itu kedengaran berjauh hati.

" Mama kahwinkan je Kak Qira dengan Qeel, abang okey je dah nak masuk three series pun saham mencanak lagi tak ada hal lah ma. " ujar lelaki itu masih bernada lawak, selamba sahaja dia melangkah mengelilingi butik itu. Tangannya mencapai gantungan gaun putih dengan corak ringkas itu sebelum menelek dua minit kemudian diletakkan kembali.

" Apa-apa jelah ma, malas ah abang fikir pasal kahwin-kahwin ni. Abang dah doa dekat sana, kita tunggu je. Abang dah give up ma nak usaha cari, abang malas. Ada jodoh, on. Tak ada jodoh, move on. " balas suara itu lagi, masih tak sedar si gadis yang sedang mencuri dengar perbualannya.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now