69. Mom izinkan

1.9K 104 5
                                    

" Hai. " sapa Nadim awal pagi itu, memandang Khairunnisa yang sedang mengoncang pan Tefal itu. Fulamak, masa bujang suruh masak pun macam nak kena heret masuk dapur. Ini goncang kuali macam pro eh! Huh!

Khairunnisa hilang diksi, tak bersedia bertemu muka dengan Nadim pagi-pagi sebegini. Ya Allah kenapa dia malu sangat ni! Gila, dia tak pernah rasa malu sampai macam ni. Rasa macam nak menyorok masuk dalam kabinet dapur kondo Nadim ni. Ya Allah, minta oksigen lebih sikit!

" Awal bangun. " tegur Nadim, tak adalah selamba mana sebab telinga dia dah merah walaupun hanya memandang belakang badan Khairunnisa.

Khairunnisa dalam hati rasa nak menyumpah sahaja, gila tak awal? Lebih baik dia bangun awal sebab dia tak nak terserempak dengan Nadim di atas katil pagi-pagi ni. Untuk pertama kali dalam hidup, dia tak tidur lepas subuh dan ajaibnya dia terus bangun basuh baju siot. Ni semua Nadim punya pasallah! Nasib baik Nadim rilek je sambung tidur, pergi mampos lah nak buat apa pun sebab lelaki itu pun penat.

Ha jangan nak fikir bukan-bukan, diorang tak buat apa-apa pun sebab masing-masing penat gila semalam. Bayangkan, lepas nikah terus sanding sudahlah mereka kena menukar persalinan baharu terlebih dahulu. Khairunnisa anggun mengenakan gaun pengantin berwarna lilac dan Nadim dengan satu sut tuxedo hitam. Sampai ke lewat malam.

Inilah yang jadi bila jemput saudara-mara, boleh pulak ada anjuran karaoke semalam. Nasib baik Nadim dan dia jenis yang tak masuk bab-bab berhibur menyanyi seperti ini jadi mereka hanya melihat sahaja yang lain melalak. Tapi ingat duduk saja ke, banyak kali jugaklah Khai dan Nadim merah-merah muka maklumlah masing-masing malu-malu tahi kucing.

" Senyap je. " tegur Nadim lagi, geli hati melihat belakang badan isterinya yang tegak sahaja menghadap dapur di dalam rumah itu. Dia pun malu jugak tapi tak adalah sampai tak mahu bercakap. Nadim bergerak perlahan-lahan mendekati Khairunnisa yang memakai baju tidur Elmo itu.

Haih, sebelum kahwin punyalah garang tahu-tahu ada baju tidur kartun. Isteri siapa yang comel sangat ni. Wah kau Nadim, isteri eh wah! Nadim malu sendiri. Tak semena-mena, Nadim melingkarkan tangannya pada pinggang Khairunnisa.

" Akh! " Khairunnisa terundur sedikit ke belakang, terkejut lantas tangannya tersentuh kuali panas. Nadim yang baru sahaja ingin mengusik, terhenti.

" Yah jangan terkejutkan aku macam ni lah. " ujar Khairunnisa sedikit geram melihat tangannya yang sudah memerah. Nadim menarik tangan itu dan pantas mematikan dapur induksi yang masih menyala. Tangan Khai ditarik menuju ke singki sebelum paip air dibuka. Dilalukan jari itu pada aliran air yang mengalir. Senyap tak bersuara.

Dan masa inilah baru Khairunnisa perasan yang Nadim mengenakan baju lengan panjang berwarna hitam yang lengan bajunya labuh sehingga menghilangkan tangan lelaki itu. Comel! Sudahlah rambut lelaki itu macam dilanda ombak, ada yang jatuh menutupi dahi. Wah selalu dia nampak Nadim sentiasa kemas sahaja, dia tak pernah nampak version yang ini.

Nampak soft and cute! Kyaaa no wonder dia sanggup tunggu lelaki itu sampai setahun.

" Hei, sakit-sakit pun sempat berangan ke? " tegur Nadim usai meletakkan plaster yang diambil dari dalam first aid kit yang berada dalam kabinet dapur.

Khairunnisa diam, hanya melihat sahaja Nadim yang juga memandangnya. Meneliti wajah itu senyap, hanyut dalam panahan mata itu, mereka berbalas pandang sebelum akhirnya Nadim tersenyum.

Cup!

Tangan Khairunnisa yang berbalut tadi dikucup Nadim selamba sebelum lelaki itu bangun dari duduknya.

" Duduk situ diam-diam, aku settlekan yang lain. " arah Nadim, menyinsing lengan baju yang meleret sebelum mengambil alih ruang dapur itu.

" Kau pandai masak ke? "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now