67. On 15th, next month

1.9K 112 11
                                    

" Nah. " Aryan menarik sweater yang tergantung di tempat duduk belakang sebelum menghulurkannya pada Farrah. Farrah yang masih selamba menggigit roti Subway miliknya terangkat kening.

" Asal? " soal Farrah, lupa agaknya baju kurung biru berbunga putih yang dipakai sudah dicarik pada bahagian bahu oleh perempuan gila itu tadi.

" Bahu kau. " balas Aryan, mata memaku pada jalan raya. Sedikit pun tak menoleh ke arah Farrah yang juga kembali tersedar akan keadaan bahunya yang terdedah.

" Erm.. oh thanks. " hanya itu balasan Farrah, kekok. Roti Subway diletakkan kembali di dalam paperbag sebelum membuka sweater Adidas milik Aryan itu.

" Sarunglah terus. " arah Aryan selepas melihat yang Farrah hanya meletak sweater itu di atas bahunya.

" Peliklah, aku pakai baju kurung kot. "

" Wear it properly, it's your aurat. "

Tegas.

" Fine. " mendatar sahaja jawapan Farrah lalu sweater hitam itu disarung, sebenarnya bahunya tak adalah terkoyak besar sangat dan masih lagi boleh ditutup jika dia menarik sedikit tudung yang dipakainya. Ah, Aryan je yang over.

" Kau..kau pura-pura tak dengar jelah apa yang perempuan tadi cakap. " suara Aryan memecahkan kesunyian. Farrah menoleh, menyambung kembali kunyahan rotinya.

" Asal? " soal Farrah sengaja. Wah dahlah kena carik, boleh pulak Aryan suruh dia lupa macam tu je. Banyak cantik muka dia. Huh.

" Forget about- "

" So betullah dia bakal tunang kau? " pintas Farrah selamba bersama kunyahan yang masih belum habis.

" Tak, tak betul. "

" Oh, okey. Better suruh dia jauhkan diri daripada aku, takut patah riuk pulak anak orang. " balas Farrah cukup selamba, siap menyedut baki airnya.

Aryan ketawa kecil.

" Dia, my mom punya calon, mak aku suruh kahwin dengan dia. " beritahu Aryan tanpa dipinta, dalam diam Aryan mengeluarkan iPhone 11 miliknya sebelum diletakkan pada lubang kecil di tepi pintu kereta. Cuba berbuat sesuatu.

" Oh. "

" Tak nak tahu? "

" Continue. "

" Aku tolak. "

" Why? She's sexy, body goals, pretty as hell, perangai pun macam hell, kaya and naik Merc- "

" Sebab aku nak kau. " kali ini Aryan yang memintas. Farrah tercengang. Dia terlupa nak bersedia bila kena attack macam ni.

" Okey. " hanya itu balasan Farrah sebelum membuang pandang ke arah luar. Malu? Sikitlah.

Klik! Klik! Klik!

Aryan senyum. Dapat.

" So aku kena tunggu lagi berapa tahun ni? " soal Aryan sekadar mencuba nasib.

" Kita nak piknik dekat mana sia panas-panas ni, kau tak ada hari lain ke nak piknik pun. Orang sibuk majlis tunang member, kau datang ajak piknik. " balas Farrah menghiraukan pertanyaaan Aryan.

Selepas melihat aksi perempuan bernama Emilie tadi Farrah rasa dia dan Aryan tak akan berjodoh, cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi. Dia bab benda lain okey tapi kalau bab restu keluarga lagi, Farrah tak boleh kompromi. Dia tak mahulah Aryan jadi anak derhaka disebabkan dia. Wah sejak bila ko jadi Muslimah sangat ni?

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now