72. TakdirNya tak pernah salah

2K 115 47
                                    

Batrisha menunduk, tunduk sahaja menghadap nasi minyak yang berada di dalam pinggannya. Farrah bangun, semestinya pergi melayan tetamu. Fasha pula berada di dalam rumah, menyusukan baby Qir.

" Nah. "

" Wife kau takkan happy kalau kau dekat dengan aku macam ni Nadim, blah aku tak perlu simpati. "

" Tak ada siapa nak simpatikan kau. Aku cuma tak nak korang buat drama lagi. "

" Tak, aku takkan buat drama lagi. Terima kasih. "

" Ni, aku cuma nak bagi ni. " satu sampul surat coklat besar diletakkan di hadapan Batrisha. Berkerut wajah gadis itu.

" Apa? "

" Xaviera Residensi tengah naik. Kash tak tahu lagi pasal tu. "

Batrisha menganggukkan kepala.

" Tahniah, tak perlu bagitahu dia. Cukuplah kau yang tahu. Dahlah, blah. "

" Bongkak betul. "

" Jaga Khai. "

Nadim berlalu. Sampul surat coklat itu dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Nasi yang berbaki dibiarkan, Batrisha mengangkat pinggan. Tak, bukan. Dia nak termuntah mungkin sebab diserang emosi secara tiba-tiba sahaja tadi, perut dia jadi tak selesa. Sebu dan rasa nak termuntah. Dia mahu masuk ke dalam, mahu berjumpa dengan ibu kepada Farrah dan gadis itu sendiri sebelum beransur pulang.

Kerusi ditolak, Batrisha menoleh sebelum terkedu sendiri.

" Erm hai. " sapa Khairunnisa tersenyum canggung. Batrisha senyum, selamba seperti biasa.

" Hai.. congrats on your wedding. Insya Allah till jannah. " balas Batrisha, juga kekok. Dia menunduk.

" Err thanks. Kau.. kau sihat? " soal Khairunnisa. Kelu.

" Alhamdulillah sihat. Err kalau tak ada apa, aku masuk dulu. Nak jumpa tuan rumah. " Batrisha senyum, ingin melangkah pergi namun belum apa-apa lengannya ditahan.

" Kau marah aku? "

" Tak. "

Jeda.

" Kenapa kau tak datang masa aku tunang? Masa aku kahwin? "

" Aku tahu aku tak layak dan aku tak diundang, cukuplah aku sakitkan hati kau dulu. Aku tak nak sakitkan hati sesiapa lagi. " balas Batrisha tenang, tangan Khai dilepaskan perlahan.

" Aku sentiasa doakan kau. Tak kisahlah kau anggap aku sebagai kawan atau tak tapi aku sentiasa doakan kau. "

" Kau marah aku lagikan Bat? Kau dah bencikan aku? "

" Kenapa aku kena marah kau? Apa yang kau cakap tu semua betul. Aku tak nafikan. Aku masuk dulu. " balas Batrisha sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Khairunnisa dalam kebingungan.

Bukan sombong, bukan bongkak, cuma sedikit terasa. Kebas di muka mungkin hilang, tapi luka di hati? Allah sahaja yang tahu.

" Makcik, saya nak balik dah ni. Insya Allah nanti Farrah kahwin saya kepala katering! " ujar Batrisha gembira saat ternampak ibu Farrah.

" Pandailah kamu, ingatkan tak datang tadi. "

" Hehe lambat sikit, jalam jem. Saya pulak lupa bawak roti. Haih memang lambatlah cerita dia. " ujar Batrisha berloyar buruk, ah dia kalau tak merepek tak sah. Farrah yang tengah berborak sesuatu dengan Aryan itu dipandang.

" Merepek kamu ni tak sudah. " Batrisha sengih.

" Saya jumpa Farrah dululah, nak balik dah ni. " beritahu Batrisha sebelum meminta diri. Mendekati pasangan tunang itu senyap-senyap.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now