13. Abang Basketball

2.6K 134 6
                                    

Malam itu Khairunnisa meminta kebenaran pihak atasan untuk keluar awal dari hospital, dia benar-benar tak larat hari ini. Mujurlah tak ramai patient yang perlu dia handle untuk hari ini, kalau tak makin berdenyutlah kepala dia yang terasa macam nak meletup dah ni. Nasib baik dia cepat-cepat menelan sebiji Paracetamol tadi sebelum melangkah keluar dari lobi hospital. Shift kerjanya habis pukul 11 malam namun dia mahu pulang lebih awal tapi tak adalah awal mana pun, sekarang dah pukul 9 malam dah.

" Aduh.. " pelipis diurut perlahan, minyak angin di dalam poket beg silangnya dikeluarkan. Sejak dua menjak ini dia tak mampu langsung beri perhatian pada kerjanya, semua ini kerana hal pertunangannya yang mulai heboh.

Hal putus tunang yang menyebabkan mereka tiga sekawan bergaduh besar, ah serabut! Penghawa dingin diluruskan, panas betul hari ini sebab tu makin lama semakin berdenyut kepala dia. Khairunnisa bersandar lemah pada tempat duduk pemandu.

Mahu berehat sebentar sebelum bergerak pulang, karang kalau dia terus memandu ada yang sampai ke rahmatullah ni! Hampir sepuluh minit menenangkan diri akhir Honda City itu meluncur laju membelah jalan malam itu namun dia tidak terus menuju balik ke rumah. Dia pasti waktu-waktu sebegini mereka akan melepak di ruang tamu.

Buat sakit hati saja kalau dia pulang sekarang jadinya Honda City itu mula membelok masuk kawasan McD drive thru. Satu set Chicken McDeluxe, Oreo Mcflurry dan kek Red Velvet dipesan. Last sekali dia makan pagi tadi, itupun sebab Batrisha menghantar bekas nasi lemak kepadanya selepas menghantar Yaya ke sekolah pagi tadi.

" Terima kasih. "

Usai mengambil apa yang dipesan, laju sahaja Honda City itu bergerak membelah jalan. Kawasan taman berdekatan dengan tasik itu dituju, namun dia bukan mengambil tempat di hadapan tasik tetapi berdekatan gelanggang bola keranjang yang diterangi lampu dan riuh dengan suara pemain di dalam gelanggang itu. Kerusi batu berdekatan situ menjadi tempatnya berlabuh duduk.

" Laparnya.. " sambil-sambil menikmati burger, dia juga tertarik dengan permainan bola keranjang di hadapannya. Ah dia bukanlah aktif bersukan sangat namun pernah juga beberapa kali dia main bola keranjang ini ketika di bangku sekolah dan zaman universiti.

" Hmph sedapnya! " nikmat betul dia makan  bersendirian di situ sambil mata melilau memandang abang-abang basketball beraksi penuh karisma.

Bum!!

" Arghh opocot makcik kau terkejut! "

Kuat bunyi bola menghentam bahagian pagar gelanggang membuatkan Khairunnisa spontan melatah dengan fries yang dipegang sudah melayang sebelum menyembah tanah. Ketawa kecil dari arah gelanggang sekali lagi membuatkan Khairunnisa diserang rasa malu. Aduh kena gelak lah pulak! Tertunduk-tunduk dia menyembunyikan wajah.

" Err.. are you okay miss? " satu suara garau menegur membuatkan Khairunnisa memanggung kepala.

" Eh? "

" Khairunnisa? " Nadim terkejut melihat wajah gadis yang sudah lama tak bersua muka dengannya.

" Nadim? Kau buat apa dekat sini? " spontan Khairunnisa menyoal Nadim yang hanya memakai baju-t tanpa lengan serta seluar pendek paras bawah lutut dan kelihatan berpeluh-peluh itu.

" Tengah main basketball lah, kau buat apa makan sini sorang-sorang? " soal Nadim pula masih berdiri di hadapan Khairunnisa yang sudah serba tidak kena di situ.

" Hoi Dim, buat apa ngorat awek tu? Cepatlah, nak start ni! " satu suara memanggil Nadim membuatkan lelaki itu menoleh.

" Kejap. " balas Nadim lalu kembali memandang Khairunnisa.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now