46. Hakikat sebenar

2K 109 20
                                    

" So korang tunang ni bila nak kahwin? " sampuk Aryan, selamba dia menarik plastik keropok yang dipegang Farrah sebelum isinya digigit.

" As soon as possible. " balas Que, Nadim ketawa kecil.

" Jangan tunjuk sangat gelojoh kau tu bro. " celah Adam daripada sana, selamba sahaja dengan ketawa bersisa. Que mencebik.

" At least aku tak single, dasar single. " balas Que, pecah ketawa Alef yang baru nak meneguk air. Nasib baik tak tersembur.

" Fine, kau menang. Kau jelah terpaling ada girlfriend. " balas Adam bersama jelingan, sengaja je pun nak meriahkan suasana.

" Entah, kau jelah terpaling taken. "

" Stop sembang macam rempit please. " celah Batrisha tiba-tiba dan sekali lagi Alef ketawa bersama Nadim. Entah apa yang kelakarnya bengonglah dua ekor ni!

" So macam mana korang ni kenal? " soal Farrah, dia mencapai mangkuk berisi kek coklat yang dibawa Nadim dan Que tadi.

" Member masa dekat UK dulu. And kitorang satu hospital sekarang. " jelas Alef memotong Khairunnisa yang baru mahu buka mulut.

" Abang dengan Bat, adik dengan Khai? Kahwin jelah do korang ni. " celah Fasha tiba-tiba namun bukan Khai ataupun Bat yang tersedak tetapi Nadim. Dia gelak banyak sangat sampai tercekik air liur agaknya. Tak tak dia cuma tersedak sebab minum laju sangat.

" Mana Bat nak campak Kash ni kau ni pun. " tambah Farrah pula.

" Otak kau, aku pulak. Sepatutnya korang tanya Khai sebab dia yang tengah tunggu someone. " sambung Batrisha, Khairunnisa yang sedari tadi memandang skrin televisyen terus mengangkat wajah.

" Eh, asal aku pulak? "

" Patutlah single, main pass baton. " kata Adam tiba-tiba.

" Diamlah. "

" Dahlah jangan mengarut, Kash cakap dia nak datang pukul berapa? " celah Aryan tiba-tiba tanpa nada. Tangan sibuk mengacau kek di dalam mangkuk Farrah. Dua ekor ni kan, get a room please!

" Entah tapi dia straight dari airport, maybe lambat sikit. " balas Nadim, mereka mengangguk. Batrisha bangun menuju ke dapur bagi mencuci tangan, Fasha pula sudah bangun menambah makanan yang berkurangan di atas meja memandangkan ada tetamu yang belum sampai.

" Khai, cookies tadi mana? " laung Batrisha dari dapur mencari biskut yang gadis itu makan tadi namun lain yang dia cari, lain pula yang datang. Terkejut dia melihat Nadim yang tiba-tiba berdiri di tepi peti sejuk.

" Weh Bat, nak tumpang solat boleh tak? " soal Nadim, Batrisha terkejut sebelum menanggukkan kepala.

" Kau ni, jangan ah buat macam kenal dengan aku nanti Khai syak apa-apa nanti. Kau solatlah dalam bilik sana, dah ada sejadah dalam tu. " bisik Batrisha, tak mahu sesiapa perasan akan kelibat Nadim yang berdekatannya. Kalau Khairunnisa nampak, mampus dia!

" Okey. " hanya itu balasan Nadim sebelum lelaki itu berlalu, Batrisha mendengus perlahan. Sejak daripada soalan Nadim hari tu, dia jadi kurang suka dengan lelaki itu. Nampak sahaja pendiam tapi penyibuk jugak ye sebenarnya!

" Buat apa tu? " satu suara datang menyapa, Batrisha ketawa. Sebab dia dah boleh agak gerangan yang bertanya itu.

" Tengah main tingting. " balas Batrisha sarkastik. Adam mencebik.

" Otak anda. "

" Dah tu yang kau tanya soalan tak bijak tu kenapa? Dah terang-teranglah aku tengah geledah peti ais ni. " balas Batrisha, dia mengalah akhirnya selepas balang cookies yang dicari tak ditemui. Botol air Tropicana berperisa epal dicapai.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now