32. Dah jatuh cinta ke?

2.1K 112 1
                                    

Dua biji pau ayam dijinjingnya bersama sebotol air Pepsi, dia melabuhkan duduk di bangku sekitar kaki lima kawasan wad yang kurang tumpuan ramai itu. Plastik pau itu diletakkan di sisi sebelum sebuah keluhan terbit di bibir, mata hanya memandang kosong laluan yang kurang manusia lalu itu.


Daripada celahan poket white coat yang dipakainya, telefon miliknya bergetar. Telefon itu dicapai malas-malas, melihat sahaja nama yang tertera pantas telefon itu dicampak ke sininya. Tak kuasa nak angkat. Tak puas lagi ke lelaki itu sakitkan hatinya? Khairunnisa mengeluh lagi mendengar telefonnya seronok berdering.

Nadim is calling..

Nak apa pulaklah mamat ni? Hish! Pantas, telefon itu ditukar ke flight mode.

Jujur Khairunnisa katakan, dia dah lama jatuh suka pada Nadim tapi lelaki itu terlalu bodoh untuk menilai, tak nampak agaknya kewujudan dia ni? Cukuplah Khai, dia dah nak bertunang Khai. Dia takkan pernah jadi milik kau Khai, takkan pernah. Lepas apa yang dia nampak malam itu, dia benar-benar tekad untuk melupakan lelaki tu. Tapi tak semudah yang disangka.

Tak semudah itu untuk dia lupakan kenangan mereka berdua, tak semudah itu untuk dia dilupakan abang basketball, tak semudah yang disangka tambahan lagi dia pernah menerima pertolongan lelaki itu saat dia benar-benar memerlukan bahu untuk meluah rasa. Angkara Nadim jugalah akhirnya dia terlepas daripada ikatan pertunangan bodoh itu.

Nadim, cuba cakap macam mana aku nak lupakan kau?

Lelaki itu juga selalu menemani tiap malamnya dengan mesej-mesej dan balasan kelakar. Walaupun perkenalan yang terjalin baru sahaja lagi namun dia terasa sudah lama mengenali lelaki itu bahkan lelaki itu jugalah yang selalu muncul disaat dia memerlukan bantuan.

Indahnya kalau dia punya peluang menjadi suri hati lelaki itu?

Ah, apa kau merepek ni Khai? Dia bakal menjadi tunangan orang tak lama lagi Khai, kau tak patut punya perasaan begitu Khai. Kau mudah sangat jatuh hati. Salah kau, pandai-pandai sendirilah tanggung akibatnya.

Satu lagi keluhan berat dilepaskan sebelum perlahan-lahan dia mengoyak pau itu lalu digigit perlahan. Memandang kosong papan kenyataan dengan pelbagai info mengenai jantung itu langsung tak menarik perhatiannya. Dia cuma tengah fikirkan cara mahu lupakan lelaki bernama Nadim Andika itu secepat mungkin.

Dia baru sahaja menyambut dua kelahiran bayi tadi dan baru sekarang dia punya masa untuk mengisi perut yang terasa lapar. Itulah malam semalam Bat ajak makan kek kau tak nak, jual mahal! Sekarang kebulurlah seorang diri! Melayan sangat sedih tu sorang-sorang ni lah padah dia! Tadi masa Alef ajak breakfast pun kau tolak, sekarang dah habis lunch hour baru nak turun. Mereputlah seorng diri! Pemalu dengan doktor lain, inilah jadinya!

Hambur Khairunnisa sendiri dalam hati. Perlahan sahaja dia mengunyah sambil memandang ke hadapan.

" Jumpa pun. " getus seseorang tersenyum di hujung laluan kaki lima itu.

" Ish apa ni, kata pau ayam. Apasal ada inti kacang ni? Ke aku salah ambik? "

" Itulah kau Khai, fokus kelaut. Kacang dengan ayam pun dah tak kenal. Siang pun high masalah ah macam ni. "

Rungutan itu mendatangkan tawa perlahan seseorang.

Khairunnisa melepaskan keluhan berat.

" Tak baik mengeluh. " satu suara mengejutkannya yang sibuk membuka penutup air Pepsi. Wajah Khairunnisa berubah melihat figura yang melabuhkan duduk di sebelahnya.

" Kenapa tengok aku macam tu? Cukup hensem tak? " tawa kecil itu membuatkan Khairunnisa tergamam. Kalau korang terer mesti cam punya gerangan yang suka ketawa itu

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now