71. I'm happy for you

1.9K 117 55
                                    

" Kenapa kau tak biar aku mampos je tadi? Biar mayat aku tenggelam dan kembung dekat dalam tasik ni? " soal Batrisha lirih, dia memeluk lutut dengan wajah sugul.

" Aku nak matilah Kash!! Kenapa kau biar aku hidup?! " kali ini Batrisha pula membentak kasar.

" Kau tak takut tercampak dalam neraka dengan bunuh diri macam ni? Kau ada masalah apa sampai kena buat macam tu ha Nurin Batrisha?! " Kash melabuhkan duduk dengan wajah yang juga tegang.

" Apa beza neraka tu dengan hidup aku dekat dunia ni?! Apa beza dia?! "

" Dekat dunia ni kau masih diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya, kau masih diberi peluang untuk mengumpul amalan kau tapi kalau kau bunuh diri selamanya kau akan tercampak dalam neraka jahanam tu Nurin Batrisha! Apa masalah kau sekarang ni? " mendatar sahaja suara Kash kali ini. Menyoal penuh kelembutan.

" Kau diamlah Kash, kau tak faham apa aku rasa. Kau tak ada dekat tempat aku! " tempelak Batrisha kasar.

" Memang. Memang aku tak faham, tapi tak ada masalah dalam dunia ni yang tak ada jalan penyelesaiannya. "

" Bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya Barisha, kalau tak mampu tanggung segalanya, luahkan. Aku pernah cakap kan, if you need me, I'll be in space. Kalau kau tak sayang diri kau, at least fikir pasal orang yang sayangkan kau, uncle Rayden, Yaya, your girls squad..."

Wajah Kash yang memandangnya redup itu ditenung Batrisha, menanti ayat yang bakal keluar daripada bibir itu.

" ...dan sentiasa fikir pasal aku.. "

Jeda.

Pandangan mereka bersabung.

" ...sebab aku dah mula sayangkan kau. "

Batrisha kelu lidah.

Kash memandang sepi wajah yang sudah lama tak bertemu itu, begitu juga Batrisha. Tak lepas merenung wajah itu, mata masing-masing tak mahu kalah merenung satu sama lain. Mewujudkan rasa yang pernah hadir suatu ketika dahulu. Tak, tak pernah. Batrisha mengalihkan pandangan.

Tipulah, tipu kalau dia tak rasa apa-apa. Mata itu, mata yang dia sering tentang pandangannya dahulu. Wajah itulah yang selalu menemani hari-harinya sepanjang setahun yang lalu. Wah, wajah itu tak berubah. Masih segak seperti setahun yang lepas. Dan yang penting, masih beku. Dia jadi hilang diksi, melihat wajah ceria Yaya tadi.

Kau mesti bahagia, kan Kash?

Dia memandang Yaya yang mengenggam erat tangan wanita di sebelah Kash itu. Batrisha senyum namun senyumannya dibalas jelingan oleh Yaya. Batrisha terkesima. Kelu sendiri.

" Bat? " Farrah yang baru melangkah keluar itu terkejut melihat apa yang berlaku.

" Congrats on your engagement. " datar suara Batrisha mengucap kata. Dia berundur sedikit.

" Kau balik bila? " soal Farrah tak percaya, Fasha juga mendekati gadis itu. Tak percaya yang figura itu berdiri di hadapan mereka.

" Err kita cakap pasal benda ni nanti. " balas Batrisha, nada suaranya perlahan sahaja. Baru sahaja dia ingin menarik Farrah ingin memaklumkan sesuatu, suara Aryan secara tiba-tiba memintas.

" Eh? Kash? Bila kau berbaik dengan Batrisha ni? " soal Aryan yang baru turun daripada kereta, membuatkan mereka terdiam. Farrah saling berbalas pandang dengan Fasha manakala Que memandang Nadim. Meminta jawapan.

" Er tak, aku datang dengan wife aku. " nafi Kash sekaligus membuatkan Aryan berkerut.

" Kau dah kahwin dengan Batrisha? " kerana soalan Aryan itu, wajah wanita yang berada di sebelah Kash berubah. Keruh.

Love , Cik Babysitterजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें