20. Gateinya!

2.5K 131 0
                                    

Akhirnya Passat milik Kash berhenti di taman perumahan yang didiami Batrisha. Tali pinggang keledar dileraikan daripada membelit tubuh, dia menoleh memandang tempat duduk sebelah pemandu. Lah..tidur dah? Batrisha terlena mengerekot dibaluti sweater milik Kash.

" Dah sampai. " hujan diluar masih lebat mendatangkan lagi kedinginan pada malam itu.

Tubuh itu bergerak sedikit sebelum Batrisha terjaga.

" Dah sampai ke? " ketawa kecil Kash meletus mendengar suara Batrisha.

" Dah, tunggu sini. Aku ambil payung, kejap lagi aku ambik kau. " balas Kash, pantas tangan mencapai topi Adidas yang berada di atas dashboard lalu pintu kereta dibuka. Batrisha pula bersiap sedia menggalas beg miliknya.

Tuk! Tuk!

Dia menoleh, kelihatan wajah Kash dibawah payung diluar kereta memandang ke arahnya, pantas pintu kereta Passat itu dikuak dan melangkah masuk ke bawah payung.

" Sini sikit, kena tempias hujan. " suara Kash tenang mengarah, nasib baiklah payung itu agak lebar, tak adalah bahu mereka bergesel.

Remote pagar ditekan oleh Batrisha sebelum pagar rumah teres itu perlahan-lahan terbuka, mereka melangkah masuk ke halaman rumah di bawah bumbung. Halaman rumah itu mampu memuatkan empat biji kereta sekaligus, dari kiri terparkir gah sebuah Ford Mustang berwarna merun dengan nombor plat F45H4 manakala bersebelahan kereta mewah itu terparkir keretanya, sebuah Honda Civic, dibelakang Mustang itu pula, Honda City milik Khairunnisa serta Honda Jazz milik Farrah yang terparkir secara double park. Jangan tanya macam mana laman rumah tu muat.

Diorang kaya kot, duduk Premiere Residents tu sepatutnya sewa sebulan beribu weh kalau ikut rumah dekat situ, sewa boleh pergi 5k ke atas tapi disebabkan itu rumah kakak sepupu Fasha jadi dapatlah semurah seribu lebih itupun lepas Fasha bodek nak sponsor baju raya dari Fashalofa.Exclusive setiap tahun. Kaya kan.. cerita melayu kan klise.

" Aku balik dululah. " suara Kash membuatkan Batrisha yang sibuk membuka pintu gril itu menoleh.

" Eh kejap, aku nak bagi something. Duduk ah dekat kerusi tu dulu, nak ajak masuk tak elok pulak. " Kash menganggukkan kepala, payung yang sudah dikuncupkan itu disandar pada rak kasut diluar. Kash melabuhkan duduk di bangku besi panjang berwarna hitam di sebelah pintu masuk. Hujan semakin lebat, Kash pula masih memandang keretanya takut-takut kalau Yaya terjaga.

" Weh, nah. " bekas Tupperware biru turquoise itu dihulurkan di hadapan wajah Kash, lelaki itu mengerutkan dahi.

" Apa ni? " bekas itu ditelek sekilas, memandang isi Tupperware yang tak dapat dikenalpasti oleh retina matanya.

" Before kau datang petang tadi, aku dengan Yaya sempat buat eksperimen. Dalam tu ada kek batik, tak mati kot kalau makan. Kalau mati, nasib ah. " senang sahaja Batrisha berkata, dia memperbetulkan tudung instant yang dipakai bagi menggantikan tudung bawal yang dipakainya tadi.

" Kalau mati, aku jadi hantu datang cari kau. " balas Kash, ketawa kecil. SERIUSLAH DIA GELAK?

" Rilek ah, tak mati punya. Dahlah pi balik, aku mengantuk ni. Kiss Yaya untuk aku. " halau Batrisha, wajahnya masih bersahaja walaupun sebenarnya dia agak kekok dengan papa Yaya ni lepas Kash selamba bagi ceramah dekat dia dalam kereta tadi.

" Okey, kunci pintu. Assalamualaikum. " Kash bangun, payung transparent itu dikembangkan lalu dia berjalan perlahan namun belum pun lagi Batrisha sempat masuk ke dalam suara Kash kedengaran memanggilnya.

" Batrisha. "

" Asal? "

" Thanks, good night. " lelaki itu senyum tipis sebelum berlari meredah hujan yang semakin lebat menimpa bumi. Batrisha hanya menghantar pemergian Kash dengan ekor mata. Seketika baru dia teringat tubuhnya yang berbalut sweater Kash.

Love , Cik BabysitterDonde viven las historias. Descúbrelo ahora