𑁍┊BONUS CHAPTER 2 ˎˊ˗

654 90 103
                                    

"Apa Jungwon?" soal Hyunjin malas apabila Jungwon merangkak naik ke atas tubuhnya. Ketika itu dia sedang baring terlentang di depan televisyen.

Jungwon tersenyum sehingga mulutnya terbuka luas menampakkan gusinya yang masih belum ditumbuhi gigi. "YUNG AAHH" tangan kecil itu menampar nampar pipi Hyunjin perlahan. Yang ditampar hanya pasrah.

Bukannya sakit pon, rasa macam kat spa adalah

"Jungwon, hyung dah penat lah" rengek Hyunjin. Dia dah kepenatan dari pagi tadi menemani sang bayi bermain, tapi Jungwon masih bertenaga dan bersemangat.

Jungkook dan Chrissa mempunyai urusan yang penting di Incheon untuk diselesaikan, jadi dia mengirim anaknya kepada Puan Lee untuk dijaga.

Mata Jungwon sudah berkaca kaca apabila Hyunjin tidak mahu melayannya, tunggu masa sahaja tangisnya akan pecah dan itu merupakan satu petaka buat seisi rumah.

"Jungwon~ dah dah, Hyunjin Hyung dah penat. Main dengan uncle jom" belum sempat Jungwon menangis, tubuh kecilnya itu diangkat seseorang. Serta merta senyuman bayi itu mengembang. Hyunjin menarik nafas lega.

Dan dari jauh Hyunjin boleh nampak yang Jimin sedang seronok memasang lego bersama Jungwon sehingga sebuah istana besar terbentuk, walaupun akhirnya Jungwon sendirilah yang akan meruntuhkan istana tersebut.

Semenjak Jimin bercerai dengan Gyumin, lelaki itu memang selalu datang ke rumahnya untuk makan siang bersama.

"Yah Jungwon! Asal runtuhkan? Penat uncle buat"

"DA DA DA DA" Jungwon menepuk tangannya gembira, memandang wajah Jimin dengan senyuman tidak bersalah membuatkan Jimin tak tahan untuk mencium pipi gebu bayi itu.

Lama Hyunjin perhatikan mereka, sebelum dia tiba tiba mendapat satu idea yang bernas. Dia bangun dan terus berlari menaiki tangga menuju ke bilik Jaemin.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, dia dapat melihat Jaemin dan Beomgyu yang sedang sibuk bermain game online di telefon pintar

Tanpa banyak kata, Hyunjin terus merampas telefon pintar dari tangan mereka membuatkan kedua dua adiknya itu terus menatapnya tajam.

"Pulangkan, sebelum aku smackdown kau kat sini" ancam Jaemin

"Okay okay, sabar. Dengar dulu apa yang aku nak cakap.... Korang tak kesian ke kat uncle Jimin?"

Beomgyu dan Jaemin terus mengerutkan dahi. "Kesian untuk?"

"Uncle Jimin tu dari dulu lagi nak anak. Tapi tak dapat dapat sebab aunty Gyumin... Jadi...." Hyunjin menghentikan ayatnya, wajah adik beradiknya itu dipandangnya lama dengan satu senyuman yang sulit diertikan.

"Jadi?"

Hyunjin berdecak. "Ah c'mon! Aku tahu kau faham apa yang aku cuba nak bagitahu ni. Tak payah acah acah innocent"

Mereka bertiga saling berpandangan sebelum mereka sama sama tersenyum jahat. "hehehehehe"

─────── ·𖥸· ───────

"Morning Doktor Park" sapa salah seorang jururawat disitu sebaik sahaja Jimin berjalan melintasinya. Jimin hanya mengangguk sebagai balasan, matanya masih tak lepas dari melihat fail pesakit di tangannya.

"Selamat pagi, oppa. Oppa nampak muda harini, nampak macam baru 17 tahun" sapa Jururawat lain membuatkan Jimin terkekeh. "Thank you"

Dia melangkah lagi sehingga bertembung dengan jururawat lain. "Morning Jiminie, dah breakfast?" Jimin tersenyum kecil, "Dah. Terima kasih tanya" balasnya ramah.

a woman for daddy √Where stories live. Discover now