𑁍┊Jangan tinggalkan kami ˎˊ˗

463 91 68
                                    

"Jaemin, daddy accident"

Suara Jimin masih kedengaran jelas di telinga Jaemin. Jaemin menggigit bibirnya resah, menahan air mata dari keluar. Uncle Jimin menghubunginya tadi untuk memberitahu bahawa Taehyung sudah dikejarkan ke hospital Seoul dan akan segera menerima rawatan di wad kecemasan.

Mereka berdua sekarang dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki kereta polis yang memeriksa rumah mereka tadi.

"Jaemin.. Da-daddy akan tinggalkan kita ke?"

"ㅡsama macam mommy?" Mata Beomgyu berkaca kaca. Perjalanan ke hospital tiba tiba terasa panjang. Jaemin menoleh untuk memandang adiknya. Melihat adiknya menangis, membuatkan dia sudah tidak dapat lagi menahan air matanya

Jaemin menggelengkan kepalanya lemah. "A-aku tak tahu" lirihnya. Dia terus menarik kepala Beomgyu untuk bersandar di dadanya, membuatkan adiknya itu terus menangis terisak isak membasahi bajunya.

Jaemin tersenyum tipis melihat bagaimana Beomgyu menggenggam dan meremas lengan bajunya, menyalurkan segala kesedihan yang dirasai

"Apapun yang terjadinya nanti, abang akan sentiasa ada kat sisi adik"

─────── ·𖥸· ───────

"Myra!"

Hyunjin berlari mendapatkan gadis yang sedang menangis di depan pintu wad itu. Myra menoleh dan automatik Hyunjin memasang wajah ngeri melihat kulit Myra yang penuh dengan kesan luka dan kepalanya yang dibalut dengan perban. Tak lupa juga bajunya yang mempunyai tompokan merah darah

"Hyunjin hiks, daddyㅡ" tangis gadis itu pecah, membuatkan dengan cepat Hyunjin memeluk gadis yang sudah berpangkat sebagai ibu saudaranya itu dengan perlahan lahan.

Hyunjin menatap sendu kearah pintu wad daddynya yang masih tertutup rapat. Selama ni Taehyung hadir ke hospital untuk merawat orang, tapi kali ini daddynya ke hospital untuk dirawat

Dari apa yang Hyunjin dengar, Gyumin yang merempuh kereta Taehyung dari simpang yang berada di sebelah kanan sehingga menghentam bahagian pintu kereta tempat duduk pemandu. Kalau lihat dari gambar yang diberi polis tadi, memang jelas kelihatan bahagian pintu sebelah pemandu remuk teruk

Disebabkan itulah Taehyung mengalami kecederaan yang sangat serius berbanding dengan Myra yang duduk di tempat duduk kiri penumpang.

"Nenek dah tahu ke?" soal Hyunjin membuatkan Myra menggeleng didalam pelukan Hyunjin. Dia tak tahu nak bagitahu Puan Lee macam mana, memandangkan dia keluar dengan Taehyung secara senyap senyap. Jadi dia biarkan polis sahaja yang uruskan benda tu

Mesti puan lee kena heart attack lepas dapat berita ni

"Myra awak dah dapat rawatan? Apa kata, awak bersihkan diri dulu" mana tak nya, baju dan tubuh gadis itu penuh dengan darah kering. Malah perban di kepala yang awalnya berwarna putih sudahpon menjadi merah

Hyunjin juga yakin Myra hanya mendapatkan pertolongan cemas semasa didalam ambulans dan belum mendapatkan rawatan yang sebenar.

"Saya nak tengok daddy!"

"Risaukan diri awak dulu. Nurse!" Hyunjin terus memanggil seorang jururawat yang berada disitu. "ㅡtolong bawa dia. Dia perlukan rawatan"

Jururawat itu tersenyum, kemudian dia mendekati Myra. "Awak yang larikan diri dari katil tu kan?"

Soalan jururawat itu membuatkan Myra menunduk malu. Dia memang sudah dimasukkan kedalam wad tadi, tapi dia terus melarikan diri gara gara ingin melihat keadaan Taehyung

a woman for daddy √Where stories live. Discover now