𑁍┊Get Better ˎˊ˗

478 90 48
                                    

"ㅡbukan tu sahaja. Prestasi mereka dah mula merosot. Dalam kelas pon diaorang dah mula tak fokus bila saya mengajar kat depan"

Taehyung mengeluh, wajah cikgu dihadapan nya ditatap lama. Entahlah, Taehyung tak tahu nak respons apa. Yang pasti, dia kecewa. Kecewa dengan diri sendiri kerana gagal mendidik anak anaknya

Cikgu Irene tersenyum lembut. "Saya tahu, doktor. Jadi single parent ni memang mencabar kan?"

Taehyung ketawa miris mendengar kata kata Irene. "Hakikatnya memang macam tu, cikgu. Tapi saya berusaha untuk nampak kuat kat depan anak anak saya. Walaupun saya pernah terfikir untuk mengalahㅡ"

Irene hanya mengangguk dan menatap doktor dihadapannya ini dengan tatapan iba

"Apapun, saya harap kalau keluarga doktor ada masalah. Tolong jangan bawa masalah tu sampai ke sekolah. Selesaikan masalah tu baik baik"

Taehyung mengangguk. "Maafkan saya"

─────── ·𖥸· ───────

"PREET!" Wisel dituapkan menandakan latihan bola sepak bermula. Pemain daripada pasukan A, Han Jisung terus menyepak bola kearah Jeno. Sebaik sahaja bola itu diterima, Jeno terus membawa bola itu ke gawang gol.

"Jaemin!" bola dipas kepada Jaemin. Jaemin ingin menyepak bola itu kearah gol, tetapi Felix yang berada di pasukan B seboleh boleh cuba menghalangnya dari menjaringkan gol. Jaemin mendengus geram

"Bagi bola tu dekat Hyunjin! Dia kosong!"

Dengar nama tu lagilah buat Jaemin menyampah. Dia memandang sekeliling, dan kemudian mata mereka bertembung. Hyunjin menjeling tajam

"Jaemin, bagi dekat Hyunjin!!!"

Disebabkan terlalu lama membuat keputusan, Felix dengan cepat merampas bola itu dan membawanya kepada pasukan B

Latihan kedua bermula, benda yang lebih kurang sama berulang kembali. Tetapi Kali ini Haechan yang menghalang pergerakan Jaemin dan sialnya, semua pemain dari pasukan A menyuruhnya menyepak bola itu kepada Hyunjin yang kebetulan kosong

Hyunjin Hyunjin Hyunjin

Jaemin pelik. Kenapa Hyunjin tak ada orang yang jaga? Adakah ni semua rancangan diaorang agar mereka berdua berbaik? Dia mendengus, sia sia je usaha tu

Ego tetap ego. Malas dia nak berbaik dengan manusia macam tu

Tapi disebabkan semua orang sudah memaksanya, nak tak nak dia terpaksa menyepak bola itu kearah Hyunjin

Pap!

Bola disepak. Hyunjin tak menyambut bola itu, malah dia hanya melihat bola itu bergolek melepasinya

"YAH!" Jaemin mula naik angin, dia mendekati Hyunjin dengan perasaan marah yang memuncak. Hyunjin berpeluk tubuh, dia memandang Jaemin dengan tatapan sinis

"BOLEH TAK SEHARI JE KAU TAK SAKITKAN HATI AKU?! "

"TCH, TENGOK MUKA KAU JE DAH BUAT AKU MENYAMPAH TAHU TAK?!"

Semua pemain bola sepak yang berada dipadang itu berlari menghampiri mereka dan menahan mereka berdua dari menghentam antara satu sama lain

"PREETTT!" Wisel ditiupkan sekali lagi

Cikgu Mingyu, guru yang ditugaskan untuk melatih pemain bola sepak sekolah, terus berjalan menghampiri mereka. Jaemin dan Hyunjin automatik terdiam melihat wajah bengis Mingyu

a woman for daddy √Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon