𑁍┊Twin's birthday ˎˊ˗

533 96 68
                                    

"Happy Birthday Hyunjin! Jaemin!"

Mereka semua menepuk tangan heboh sebaik sahaja Hyunjin dan Jaemin meniup lilin kek hari jadi sehingga terpadam. Tahun ini, mereka menyambut birthday si kembar secara kecil kecilan. Cuma ada Beomgyu, Myra dan Puan Lee sahaja

"Hmpph sedapㅡ" puji Jaemin sebaik sahaja menelan kek coklat buatan nenek nya itu.

Puan Lee tersenyum kecil. "Biasa je. Tak lah sesedap macam beli kat kedai"

"Serius sedap, abang tak tipu. Nenek boleh bukak bakery sendiri" puji Jaemin lagi dan tiba tiba, Beomgyu mengangakan mulutnya dihadapan Jaemin, minta di suap. Jaemin menjeling malas

"Mengada" walau pon begitu, Jaemin tetap menyuapkan kek itu kepada Beomgyu membuatkan lelaki itu tersenyum puas

"Ehe cenk yu abang" ucap Beomgyu dengan mulut yang penuh

"Oh ya!" Beomgyu teringatkan sesuatu. Dia terus mengeluarkan sesuatu dari poket hoodienya. "ㅡtada! Special gift untuk korang berdua"

 "ㅡtada! Special gift untuk korang berdua"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunjin mengerutkan dahinya. "Ini je?"

Beomgyu yang awalnya tengah semangat, terus berubah sedih. "Lepas aku beli benda ni, aku kena culik tau. Sekurang-kurangnya hargai la apa yang aku beli" ucapnya sambil menundukkan wajahnya sedih

"Kalau macam tu, patutnya aku biarkan je kau kena dagang sampai ke Thailand. Sia sia je aku korbankan kepala aku kena pukul dengan kayu besbol. Last last benda ni je yang aku dapat?"

Beomgyu mencebik. Matanya sudah berkaca kaca. "Hiks sampai hati hiks, hyung tak sayang adik hiks"

Hyunjin menjeling menyampah. "Aku gurau je lah. Gedik"

"Jadi kau suka?" air mata dikesat. "Sukalah"

"Yey!" Beomgyu terus memeluk Hyunjin lalu mencium manja pipi kanan abangnya itu. Dahi Hyunjin berkerut. Dia bukan tak suka dicium, tapi perangai adik bongsunya ini tiba tiba berubah sejak kebelakangan ni

"Tapi.. Kenapa M dengan J?" soal Jaemin tiba tiba membuatkan Beomgyu melepaskan pelukan. Dia geli juga tengok Beomgyu jadi manja ni

"Oh itu sebab jaeMIN dengan hyunJIN. Jadilah min ♡ jin"

Jaemin mengerutkan keningnya tak terima mendengar penjelasan Beomgyu. "Menjijikkan. Tapi tak pe, aku akan anggap M dengan J tu sebagai Myra ♡ Jaemin" kata Jaemin selamba sambil memasangkan bracelet itu di lengannya

Myra ketawa manakala Hyunjin menatap Jaemin tajam. "Kau jangan buat buat lupa.. kita dah pernah ber 'ai lob yu' tau harituㅡ"

"Bila? Tak ingat pon" soal Jaemin dengan muka yang acah acah innocent, membuatkan Hyunjin menahan diri dari menghadiahkan penyepak kat wajah kembarnya itu

"Oh ya, saya ada sesuatu istimewa untuk awak berdua" potong Myra sebelum terjadinya pergaduhan antara dua lelaki itu. Hyunjin dan Jaemin terdiam sebaik sahaja Myra menghulurkan masing masing sebuah kotak yang berbeza saiz.

a woman for daddy √Where stories live. Discover now