𑁍┊hide something ˎˊ˗

443 85 43
                                    

"Myra, sorry~" Beomgyu tak mengalah, dia tetap berusaha untuk mengambil perhatian gadis itu. Semenjak kejadian dia hilang di malam haritu, Myra langsung tak bertegur dengannya.

Merajuk mungkin

"Hum" jawab Myra malas. Beomgyu mengeluh "kalau awak maafkan saya, kenapa awak tak bercakap dengan saya. Awak marahkan saya lagi kan?"

Myra sedikit mendengus tak suka, apabila Beomgyu tak henti henti mengacaunya membaca buku. Beomgyu tersenyum nakal

Pap!

"YAH BEOMGYU, BAGI BALIK BUKU TU!"

"TAK NAK. AWAK KENA MAAFKAN SAYA DULU"

"IYALAH IYALAH.. SAYA MAAFKAN" Beomgyu tersenyum puas, dia terus menyerahkan kembali buku itu kepada Myra. Beomgyu hanya diam melihat bertapa tekunnya gadis itu mengulang kaji pelajaran

"Exam dah nak dekat. Awak kata awak nak ajar saya?"

"Awak yang malas" jawab Myra tanpa mengalihkan mata dari buku. Beomgyu mencebik

"Jom belajar kat perpustakaan seoul! Taehyun kata perpustakaan tu besarrr. Saya tak pernah pergi lagi. Jom lah, Myra!!" Beomgyu terus menggoyangkan tangan Myra ganas.

"Iya iya, jom pergi"

"Yes!" Beomgyu dengan semangatnya berlari menuju ke bilik untuk mengganti pakaian. Setelah meminta izin kepada Puan Lee, mereka berdua pon keluar dari rumah dan berjalan bersama sama menuju ke perpustakaan

"Awak tahu pasal daddy saya?" kata Beomgyu tiba tiba membuatkan Myra tersenyum tipis.

"Tahu. Benda tu dah viral. Cepat betul aunty Gyumin buat kerja hahaha" Myra ketawa hambar, sebenarnya dia kesiankan Taehyung. Dia yakin yang Taehyung tak bersalah

"Kenapa awak nampak tenang je? Padahal lelaki tu dah bunuh kakak awak?"

"Kita tak tahu cerita sebenar, Beomgyu. Lagipon awak tak boleh percayakan orang luar seratus peratus"

Beomgyu menatap Myra tajam. "Awak nak cakap yang awak percayakan daddy saya?"

"Hm tak jugak. Tapi saya rasa Aunty Gyumin tu pelik la"

"Dia kawan baik mommy, dia dah kenal mommy lama daripada daddy"

Myra mengeluh lemah. "Biar saya bagitahu awak sesuatu, berita pasal saya akan jadi mak tiri baru korang tu sebenarnya... palsu. Daddy sengaja palsukan berita tu. Sebab apa? Saya rasa tu sebagai umpan. Umpan untuk tarik perhatian pembunuh sebenar kakak saya"

Beomgyu sedikit terkejut. "Ja-jadi awak tak kan kahwin dengan daddy?"

"Tak la. Dia pon tak ada apa apa perasaan kat saya"

Beomgyu terdiam. "Ma-maksud awak pasal pembunuh tu? Si-siapa?"

"Saya tak pasti" Myra menunduk, sebenarnya dia sangat mencurigai Gyumin. Walaupun Hana dan Gyumin merupakan kawan baik. Tapi tak mustahil kan? Lagipon dah banyak kes kawan makan kawan

"Okay Beomgyu. Kita dah sampai!" Suara Myra membuatkan Beomgyu berhenti mengelamun, dan sesaat kemudian wajahnya bertukar kagum

"Besarnya!" Beomgyu ternganga, maklumlah walaupun perpustakaan seoul ni dah lama beroperasi, dia tetap tak pernah menjejakkan kaki di tempat yang pernah dianggapnya sebagai tempat paling membosankan didunia ini

"Jom masuk!" Myra terus menarik tangan Beomgyu menuju ke pintu utama

─────── ·𖥸· ───────

"

Jiminㅡ" Jimin terkejut ketika melihat sahabatnya sudah berdiri dihadapan pintu keretanya sebaik sahaja dia tiba di hospital. Seolah olah lelaki itu sedang menunggunya

a woman for daddy √On viuen les histories. Descobreix ara