𑁍┊Janji tak buat lagi ! ˎˊ˗

727 121 74
                                    

Bekal makanan yang diberi Jennie pagi tadi, dibuka perlahan. Nasi goreng kimchi! Kemudian mata Taehyung tertumpu kearah sekeping sticky note yang diletakkan didalam bekal

"Nombor Telefon Jennie? Huh-" Okay, Taehyung akui dia memang playboy dan ramai peminat waktu zaman sekolah dulu. Tapi dia dah berubah sejak berkahwin.

Tapi sekarang, tak sangka dia masih ada peminat. Maksudnya dia masih laku la ni an walaupun dah tua?

"Amboi Doktor Kim, Jarang jarang bawa bekal. Siapa masak? Jaemin?" sindir Jimin sebaik saja masuk kedalam ruangan Taehyung. Selera makan Taehyung terus terbantut lepas tengok muka Jimin

"Well, bukan nak belagak tapi aku masih ada peminat tau sekarang"

Jimin mengangkat kening kirinya. "Peminat? Seriusly? Haha Kau tahu tak ni semua kerja anak anak kau?"

Taehyung terdiam. "Maksud kau?"

"Wei! Tak kan kau tak tahu? Anak anak kau tu siap edarkan borang pencalonan kat semua perempuan yang dia jumpa. Benda ni pon dah kecoh kat instagram. Guess what, benda ni dapat sambutan baik. Ramai yang calonkan diri nak jadi isteri kau"

"WHAT?!"

"Tak percaya? Tengok niㅡ" Jimin terus mengeluarkan telefon pintarnya dan menyerahkannya kepada Taehyung. Taehyung membaca artikel tentang dirinya sendiri itu dengan raut wajah tak percaya

Taehyung terus menyandarkan tubuhnya kekerusi, lalu memicit kepalanya yang berdenyut pening. Patutlah, dari pagi tadi dia dilayan macam putera raja

"Aku tak tahu la apa masalah keluarga kau sekarang ni. Tapi aku nak pesan, jangan marah marah dekat anak kau. Tanya dia baik baik. Diaorang mesti ada sebab kenapa diaorang buat benda ni"

─────── ·𖥸· ───────

Disebabkan berita yang sangat memalukan itu, Taehyung putuskan untuk pulang kerumah lebih awal. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia dapati kasut kasut sekolah anaknya sudah berterabur dihadapan pintu rumah.

Bagus, maksudnya diaorang dah balik dari sekolah. Taehyung nak minta penjelasan mengenai kerja gila yang diaorang dah buat harini

Clek..

Pintu dibuka, dan ketiga tiga anaknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terus menoleh kearahnya

"Eh daddy? Awalnya balik" soal Beomgyu pelik. Selalunya tengah malam baru sampai rumah

Taehyung tak menjawab, dia berjalan mendekati anaknya dan terus mematikan televisyen

"Yah daddy! Asal tutup?! kiss scene dah nak dekat dah tuu" protes Hyunjin. Taehyung menarik nafasnya dalam, sebelum menatap satu persatu anaknya dengan tajam

Mereka bertiga serentak menelan air liur gugup

"Korang tahu apa salah korang?" soal Taehyung datar

"No no, bukan salah abang. Abang tak terlibat" bantah Jaemin yang tahu kemana arah perbincangan ini. Taehyung terus menatap Jaemin dengan dahi berkerut

"Abang, kenapa hidung berkapas?"

"Ahhh.. A-ani" Jaemin terus menyembunyikan hidungnya yang disumbat kapas dengan bantal. Taehyung menggeleng kecil

"Hyung? Adik?"

Beomgyu melihat kearah Hyunjin lalu memberi isyarat, mengarah hyungnya untuk menjawab soalan Taehyung. Hyunjin mengeluh pasrah

a woman for daddy √Where stories live. Discover now