𑁍┊seseorang bergelar ibu ˎˊ˗

879 134 109
                                    

"Dia ni dah melampau cikgu. Anak saya balik rumah nangis nangis mengadu lipbalm dia kena curi"

Im Nayeon, guru kelas 4A hanya mengangguk lemah, sesekali dia melirik kearah Beomgyu yang kelihatan tenang seolah olah tak peduli dengan kekecohan yang berlaku. Padahal itu semua berpunca darinya

"Tahu tak saya belikan lipbalm tu mahal. Kat paris tau! Awak pernah pergi paris? Tak pernah kan mrs Im?"

"Maafkan saya. Saya janji akan lebih bertanggungjawab untuk pastikan pelajar pelajar sekolah ni bebas dari sebarang kes buli"

Nayeon membongkokkan badannya beberapa kali tanda minta maaf. Wanita itu mendengus kecil, kemudian matanya tertumpu kearah Beomgyu

"Hei budak. Kalau makcik dengar lagi awak buli anak makcik. Siap awak. Makcik nak jumpa ayah awak"

Kemudian dia memandang kearah anak tunggal kesayangannya.

"Okay, babe daehwi. Belajar elok elok okay? Mama sayang daehwi. Muah muah" kedua dua pipi anaknya dicium lembut

"Maafkan saya sekali lagi" ucap Nayeon. Wanita itu mengangguk. "Jaga anak saya baik baik. Saya tak nak benda ni berulang lagi"

─────── ·𖥸· ───────

Jaemin mengelap peluh yang membasahi kulit putihnya. Harini perlawanan bola sepak antara pasukan nct dan straykids agak sengit. Mata untuk perlawanan kali ini adalah seri iaitu 1-1.

Jaemin menggengam sapu tangannya geram. Dia tak boleh kalah dengan geng skz tu, lagi lagi Hyunjin tu. Musuh abadi nya dari zaman sperma lagi

"tch, dia ingat dia handsome sangat la tu" gumamnya tak puas hati apabila melihat Hyunjin memberikan flying kiss kearah pelajar yang menonton perlawanan bola sepak mereka dan disambut dengan teriakan histeria para gadis

"Oi Jaemin" Jaemin menoleh dan refleks menangkap botol air yang dibaling Mark. "Jangan la stress sangat. Perlawanan ni untuk suka suka je"

Jaemin mendengus

"Bagi kau ya suka suka, tapi bagi aku tak. Perlawanan ni segala galanya bagi aku. Kalau kalah, habis maruah aku dipijak pijak dengan si bibir tu" kata Jaemin berapi api. Mark ketawa

Jaemin semakin geram apabila melihat Hyunjin mendekati crushnya, Elmyra

"Sunbae!"

Jaemin menoleh dan kelihatan 2 orang pelajar lelaki berlari kearah nya dengan tergesa gesa.  Jaemin memasang wajah datarnya

"Beomgyu, dia .. dia kena rasuk!"

"Huh?! Kau biar betul!"

ini bukan Jaemin, melainkan Hyunjin yang entah macam mana boleh tedengar perbualan mereka. Jaemin memusingkan bola matanya- tch, sibuk je

"Be-betul sunbae. Kalau sunbae tak percaya, Jom ikut kitaorang pergi kelas!"

Hyunjin dan Jaemin saling melirik dengan raut wajah hairan

─────── ·𖥸· ───────

"Lepas keluar dari ruangan disiplin, dia terus jadi macam ni" terang salah satu classmate Beomgyu. Jaemin dan Hyunjin hanya memandang adiknya dari pintu kelas

a woman for daddy √Where stories live. Discover now