𑁍┊Daddy's diary ˎˊ˗

510 92 74
                                    

Jaemin menghempaskan tubuhnya keatas katil, buku yang sudah lusuh itu ditenung lama

"Jadi daddy tulis diari? Huh, comelnya" Jaemin tersenyum kecil. Tak dapat dinafikan, dia memang sangat excited untuk membaca satu persatu isi didalam buku itu

Terdapat sekeping gambar yang tertampal di belakang kulit buku. Ada 7 orang lelaki membuatkan Jaemin yakin ini gambar kawan kawan daddynya semasa zaman sekolah.

Helaian seterusnya diselak. Jaemin mula membaca. Kadang kadang dia akan tersengih sendiri apabila membaca luahan hati daddynya mengenai mommynya

23.4.2003
No chats, no calls, no meets

But still i see u in my dreams every night

Hana Lee❤️❤️

"Pfftㅡ boleh tahan jiwang" Jaemin mengigit bibir bawahnya menahan gelak. Entah kenapa, pipi dia yang tiba tiba memanas baca ayat ni.

Dia membuka helaian seterusnya, kemudian dia tersedar tarikh terakhir daddynya menulis diari ialah pada akhir tahun 2003, dan kemudian bersambung lagi pada tahun 2020

Maksudnya, daddynya sudah lama meninggalkan diari ini. Mungkin sibuk kerana menguruskan keluarga serta kerjayanya. Tetapi tiba tiba daddynya  kembali pada kegiatan menulis diari pada tahun 2020

Dahi Jaemin berkerut hairan. Kenapa pulak?

6.8.2020
Sayang, anak anak kita rindukan awak. Saya pon rindukan awak

24.8.2020
Beomgyu nak mommy baru. Apa patut saya buat? Saya pernah berjanji dengan awak, mungkin awak bukan yang pertama tapi saya janji awaklah yang terakhir untuk saya

Saya takut saya tak dapat tepati janji tu. Maafkan saya

4.9.2020
Saya buzy sangat sampai tak tahu apa yang anak anak kita buat kat rumah. Saya bukan setakat suami yang teruk, saya pon ayah yang teruk jugak

10.9.2020
Sayang, kenapa awak tinggalkan saya? Sepatutnya biar saya yang minum air tu. Biar saya yang mati

Kalau saya yang mati, mesti diaorang tak merungut sebab dah dapat cukup kasih sayang daripada awak

11.9.2020
Saya ayah yang tak guna

15.9.2020
Kalau diberi perluang, saya nak tukar posisi dengan awak Hana. Biar saya yang mati, dan awak yang jaga anak anak kita

Biarlah awak nak kata saya pengecut. Saya gagal gembirakan anak anak kita

17.9.2020
Saya penat Hana. Saya nak ikut awak

Tapi kalau saya ikut awak, siapa nak jaga anak anak kita? Walaupun diaorang benci saya, saya tetap sayangkan diaorang

a woman for daddy √Where stories live. Discover now