𑁍┊Kawan Kepada Mommy ˎˊ˗

529 94 80
                                    

"Dadㅡ eh aunty?"

Dahi Beomgyu sedikit berkerut melihat Gyumin, isteri kepada Park Jimin berada di hadapan rumahnya. Awalnya, dia ingat Taehyung yang balik.

"Hai Beomgyu. Abang abang ada?" Beomgyu mengangguk kecil, membuatkan Gyumin tersenyum.

"Baguslah! Ni aunty, bawakan nasi untuk korang bertiga. Aunty tahu mesti korang lapar kan?" Gyumin menghulurkan plastik berisi 3 bungkus makanan kepada Beomgyu.

"Terima Kasih, Aunty! Aunty masuk la dulu. Dah malam ni" pelawa Beomgyu, tanpa membuang masa Gyumin pon melangkah masuk kedalam rumah yang sudah kemas dan rapi itu.

"Eh aunty? Mana Uncle?" soal Hyunjin yang baru sahaja lepas membersihkan diri. Tangannya sibuk mengeringkan rambut menggunakan tuala. Manakala Jaemin yang duduk di sofa sambil menonton movie hanya melirik kearah wanita itu sekilas

"Macam biasalah, sibuk. Doktor kan?"

Hyunjin ketawa. "Samalah dengan daddy"

"Duduk la dulu, aunty. Kita makan sama sama" Beomgyu menarik tangan Gyumin kearah sofa dan mempersilakan wanita itu duduk.

Tanpa segan silu, Gyumin pon melabuhkan punggungnya disebelah Jaemin. Jaemin tak terlalu peduli, dia hanya fokus menonton televisyen

"Hm, macam mana sedap tak?" soal Gyumin apabila melihat Hyunjin dan Beomgyu makan makanan yang dibelinya dengan lahap. Nampak macam kebulur sangat. Padahal diaorang dah makan masakan Jaemin tadi

Dengan mulut yang penuh, mereka berdua mengangguk laju membuatkan Gyumin ketawa melihat tingkah laku mereka

"Hm yela, aunty nak tanya sesuatuㅡ"

"Apa?"

"ㅡapa hubungan daddy korang dengan Elmyra Lee tu?"

Beomgyu tersedak, cepat cepat dia meneguk air. "Dia.. Err kekasih daddy? Hmm, entahlah. Saya pon tak tahu"

Gyumin terdiam. Jadi betul apa yang dia dengar masa kat majlis perkahwinan Jungkook haritu?
"Err bukan ke, Myra tu terlampau muda untuk Taehyung"

"Sepatutnya memang macam tu. Tapi orang tua tu degil sangat. Dia ingat dia muda lagi agaknya" kutuk Hyunjin. Gyumin ketawa

"Oh by the way, korang nak dengar satu kisah tak?" soal Gyumin tiba tiba dengan ceria membuatkan mereka bertiga mengerutkan dahinya hairan. "Kisah apa?"

"Aunty kenal dengan mommy korang"

"HUH?!" Bukan Hyunjin dan Beomgyu sahaja yang terkejut, malah Jaemin yang dari tadi mendiamkan diri juga ikut tertarik. "Mommy kitaorang?"

"Haah, bukan setakat kenal. Kitaorang dulu bestfriend tau! " Cerita Gyumin dengan nada seperti guru tadika, membuatkan mereka bertiga semakin teruja

"Tipu! Kalau betul kenapa baru sekarang nak cerita?" soal Jaemin. Padahal sebelum ni, diaorang dah banyak kali berjumpa

"Itulah. Daddy korang yang tak kasi bagitahu. Tapi sekarang, lepas dengar berita yang daddy korang nak kahwin lagi. Aunty rasa ni adalah masa yang sangat sesuai untuk cerita kat korangㅡ"

Jaemin terdiam. Dia meremas hujung baju tidurnya. Kenapa dia rasa macam daddynya itu menyorokkan sesuatu daripada mereka

"Kalau tak percaya jugak, tengok niㅡ" Gyumin terus mengeluarkan telefon pintarnya

"Kalau tak percaya jugak, tengok niㅡ" Gyumin terus mengeluarkan telefon pintarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
a woman for daddy √Where stories live. Discover now