𑁍┊Tolong adik saya! ˎˊ˗

461 89 35
                                    

"ㅡ tadi dia kata nak pergi sekolah. Tapi lepastu dah tak balik balik. Risau eomma"

Mendengar itu, Myra jadi gelisah. Berkemungkinan besar Beomgyu kesekolah untuk menjemputnya, tapi malah dia pulang bersama Jaemin

"Mana dia ni" langit sudah gelap, jam pula sudah menunjukkan 11 malam tapi langsung tak ada tanda tanda kalau lelaki itu akan pulang kerumah.

Telefon pintar dikeluarkan, contact dengan nama Soobin dicarinya. Mungkin juga dia bersama rakan rakannya sekarang

"Hello?"

"He-hello Soobin. Beomgyu ada dengan awak tak?"

"Beomgyu? Dari pagi tadi tak nampak dia. Kenapa?"

"Dia tak balik rumah dari pagi tadi. Mungkin dia ada kat rumah Yeonjun? Atau mungkin Taehyun? Kai?"

"Err kebetulan diaorang semua ada kat rumah saya. Saya ada ajak juga dia datang sini, petang tadi. Tapi dia tak sampai sampai, jadi saya ingat dia tak boleh datang"

"Oh kalau macam tu, Terima kasih" pip! Panggilan dimatikan. Myra bertambah gelisah. Kemudian satu nama terlintas diotaknya

"Daehwi? Tak kan lah Beomgyu ada dengan dia. Mustahil" gumam Myra. Mana taknya mereka berdua sudah bermusuh dari tingkatan satu lagi

"Tapi mungkin jugaㅡ" kali ni contact Daehwi pula dicarinya

"Hello Daehwi?" sapa Myra sebaik sahaja panggilannya diangkat

"Myra? Ada apa call malam malam?" soalnya dengan suara mamai. Jadi dapat agaklah kalau lelaki diseberang talian itu baru sahaja bangun dari tidur

"Beomgyu ada dengan awak tak?"

"BEOMGYU? WHAT THE HELL, AWAK INGAT DIA TU SUAMI SAYA KE NAK TANYA YANG DIA TU ADA DENGAN SAYA KE TIDAK? ERH MEMANG TAK LAH. MUSTAHIL, TAK KAN TERJADI. JIJIK BETUL"

Terus segar mata Daehwi sebaik sahaja mendengar nama itu. Myra mendekatkan semula telefon ke telinga. Takut pekak

"Te-terima kasih. Maaf menganggu tidur awak" pip!

Sekali lagi panggilan dimatikan, dia semakin gelisah. Kalau ikutan hati, nak je dia keluar malam malam ni cari Beomgyu berseorangan. Tapi disebabkan dia ikut otak, dia tak berani nak keluar

"Hyunjin.. Mungkin dia balik rumah" fikirnya. Itulah, kenapa la dia tak terfikir benda tu dari awal

Tut.. Tut.. Tut..

Panggilan tidak diangkat. Myra tidak mengalah, dia mencari pulak contact Jaemin

"Myra?" suara Jaemin kedengaran. Myra menarik nafas lega

"Saya call Hyunjin, kenapa dia tak angkat?!

"Dah tidur rasanya" Jawabnya dengan suara khas baru bangun tidur. Myra rasa bersalah lagi, dah berapa kali dia kacau orang tidur malam ni

"Beomgyu ada tak kat sana?"

Kemudian diam, Jaemin tak menjawab. Dalam 15 saat barulah Jaemin kembali bersuara. "Tak" jawabnya singkat

a woman for daddy √Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ