𑁍┊serumah dengan crush ˎˊ˗

563 99 67
                                    

"Wei, first time aku datang rumah kau. Besar jugak"

Han Jisung memandang sekeliling rumah itu dengan tatapan kagum. Hyunjin tersenyum bangga, sekali sekala riak tak pe kan?

"Korang duduk la dulu. Aku buat air jap. Korang nak air apa?"

"Apa apa je" Jawab Lee Know singkat. matanya sibuk dengan screen handphone. Macam biasa, mesti tengah main pubg

"Ha ye la, tunggu jap. Korang makan la dulu kuih yang ada atas meja tu"

Hyunjin terus berlari ke dapur dan dia hampir terkena serangan jantung sebaik sahaja bertembung dengan seorang gadis yang tiba tiba keluar dari dapur. Nasib baik Hyunjin sempat brek, kalau tak habis perempuan tu kena rempuh

"Awak ni kenapa?" soal Myra yang baru selesai minum air. Mana tak nya, muka Hyunjin pucat macam baru lepas nampak hantu

"T-tak. Kawan kawan saya datang nak buat study group. Saya nak buatkan air untuk diaorang"

Myra mengangguk faham. "Tak pelah, awak pergi je la belajar. Biar saya yang buat kan, lepastu nanti saya hantar"

"Oh serius? Terima kasih Myra" Baru sahaja Hyunjin ingin menoleh kebelakang dan menghampiri kawan kawannya, tiba tiba dia teringat sesuatu. Hyunjin terus membesarkan bola matanya

"JANGAN!"

"huh?" Myra yang baru berjalan setapak, terus terhenti sebaik sahaja mendengar jeritan dari lelaki itu

"Hyunjinㅡ" Hyunjin semakin panik apabila mendengar suara garau milik Felix dan bunyi tapak kaki yang semakin dekat menghampiri dapur

Disebabkan panik yang melampau, otak Hyunjin tidak dapat berfikiran dengan jernih. Dia terus mendekap mulut Myra dan menarik paksa tubuh gadis itu untuk masuk kedalam toilet. Pintu dikunci dari dalam

Dia duduk diatas penutup mangkuk jamban dengan Myra yang berada di atas ribanya

"ㅡmpphhh lepas" Myra terus menarik tangan besar Hyunjin untuk melepaskan mulutnya.

"-awak ni kenapa?!" Marah Myra tapi Hyunjin cepat cepat meletakkan jari telunjuknya dibibir gadis itu. Myra terdiam

"Hyunjin kau kat mana? Lamanya kau buat air?" suara Felix kedengaran. Hyunjin yang berada didalam tandas menahan nafasnya

"Ha, aku ada ni kat dalam tandas. Sakit perut pulak hehehehe"

"Oh jangan lupa pam lepas membuang tu. Tak pasal pasal nanti bau sampai depan"

Hyunjin mendengus manakala Myra menahan tawa. "Tahulah, yang kau ni kenapa sampai masuk dapur aku?"

Kali ni suara lain kedengaran, Seo Changbin. "Aku lapar la. Kuih tadi tu, Seungmin habiskan. Tak guna betul dia tu. Kau ada makanan lain tak?"

Dengan muka tak malu, Changbin membuka peti ais membuatkan Hyunjin yang berada didalam tandas semakin gelabah. "eh ada coklat"

"OI OI jangan! Tu coklat adik aku, mengamuk dia nanti! Keluar dari dapur sekarang, nanti biar aku yang cari makanan untuk kau"

Changbin memuncungkan bibirnya merajuk selepas dimarah Hyunjin. "Yela, selama ni kau buat macam tu kat rumah aku boleh. Bila aku, tak boleh pulak"

Hyunjin mengeluh berat. "Ya, tapiㅡ"

"Kenapa ni?" soal seseorang dengan nada datar. Dia menatap Felix dan Changbin yang berada di dapur dengan pandangan tak suka

"JAEMIN! Huaa, bagus kau datang. Tolong buatkan air dengan makanan untuk kawan kawan aku? Boleh?"

Jaemin yang kebetulan masuk ke dapur untuk mengambil segelas air, hanya mengeluh berat. "Kau punya tetamu, kau layan sendiri"

"Jaemin!"

"Err sorry ya Jaemin. Kalau kitaorang biadab kat rumah kau. Kitaorang pergi dulu" Felix membongkokkan badannya segan. Dia terus menarik lengan Changbin untuk keluar dari dapur

"Korang nak air apa?" soal Jaemin tiba tiba, membuatkan dua orang lelaki itu berhenti melangkah. Changbin tersengih malu

"Eh? Apa apa je la. Tapi kalau boleh nak jus oren hehehe"

Pltak! Felix terus memukul kepala Changbin. Tak reti malu betul mamat ni. "Hum" balas Jaemin singkat

"WAAA THANK YOU JAEMIN! I LOVE YOU! SARANGHAE MUAH MUAH MUAH!!" jerit seseorang dari dalam tandas membuatkan Jaemin, Felix dan Changbin menatap pintu tandas itu dengan tatapan yang sangat sulit diertikan.

Myra pula menutup telinganya. Tak pasal pasal telinga dia pekak dengar jeritan Hyunjin

"Yang kat dalam tandas tu, boleh diam tak? Nak berak pon bercakap. Pengotor" sindir Jaemin

"YAH!"

Felix dan Changbin ketawa terbahak bahak. Mereka terus berlari ke ruang tamu untuk membahan Hyunjin dengan member yang lain.

Hyunjin memasang wajah datar. Dia menatap gadis dihadapannya. "Awak jangan keluar dari tandas ni sampai kawan kawan saya balik" bisik Hyunjin

"Eah kenapa pulak?"

"Sebab kawan kawan saya semua tahu yang saya suka awak. Mestilah diaorang terkejut kalau nampak awak kat dalam rumah saya. Sebagai calon mak tiri pulak tu. Malu la saya nanti. Diaorang tu dah la kuat membahan orang"

Myra menatap Hyunjin tak percaya. "Jadi, awak nak suruh saya tunggu dalam tandas ni selama 3 jam?!"

"Shhh, slow sikit suara tuㅡ Okay, Thanks sebab memahami" Hyunjin terus berdiri dia membuka pintu dan terkejut ketika mendapati Jaemin berdiri betul betul dihadapan tandas dengan tatapan datar

Jaemin kemudian beralih menatap Myra yang masih duduk diatas penutup mangkuk jamban. "Oh syukurlah. Aku ingatkan, abang aku dah gila bercakap dengan taikㅡ"

"Tch, sudahlah" Hyunjin keluar dari tandas lalu merampas dulang berisi air dan makanan dari tangan Jaemin. Sempat juga dia merempuh bahu Jaemin membuatkan kembarnya itu sedikit terhuyung kebelakang. Hyunjin terus keluar dari dapur dan menghampiri kawan kawannya di ruang tamu

"Jae-jaemin. Awak jangan salah faham, saya dengan dia tak buat apa apa pon. Kitaorangㅡ"

"Tak pe saya faham. Hyunjin tu memang tak betul sikit. Jadi awak kena tunggu sini sampai diaorang semua balik?"

Myra ketawa membayangkan nasibnya selama 3 jam terkurung dalam jamban. Nasib baik tandas ni boleh tahan bersih

"Nampaknya macam tu la"

"Nak saya temankan awak? Berdua dalam tandas lepastu kitaㅡ" belum sempat Jaemin habiskan ayat, Myra terus membaling sabun kearah lelaki itu. "Eeee gatal!!" Jaemin terus ketawa melihat wajah Myra yang menahan malu

Manakala Straykids di ruang tamu..

"Adik kau bercakap dengan siapa tu, Hyunjin?" soal Bang Chan. Pelik juga tiba tiba dengar Jaemin ketawa sorang sorang kat dapur. Gila ke apa?

"Dia memang macam tu. Abaikan orang gila tu. Jom study"

"Err Hyunjin. Perut aku tiba tiba sakit. Tumpang tandas boleh?" kata Jeongin tiba tiba sambil menekan perutnya yang tiba tiba meragam. Hyunjin mengangguk

"Hm pergilah. Tandas kat dapur"

Jeongin mengangguk, kemudian dia terus berlari ke dapur dan sedetik kemudian baru Hyunjin teringatkan sesuatu

"WEI JANGAN WOIII. GUNA TANDAS ATAS! JANGAN KAT SITU!! JEONGINNNN"

║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║

𝙨𝙘𝙖𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙘𝙤𝙙𝙚...

━━━━━━━━━━━━━━━━━TBC━

a woman for daddy √Where stories live. Discover now