𑁍┊because I love you ˎˊ˗

457 90 74
                                    

"Mana Beomgyu? Tak balik lagi?"

Myra hanya menggigit bibirnya resah. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 1 petang. Mana pulak budak ni? Tadi kata lapar sangat

Makanan yang sudah dihidang diatas meja makan ditenung lama. Myra mengeluh, dia terus berdiri membuatkan Puan Lee terkejut.

"Kamu nak pergi mana?"

"Cari Beomgyu. Eomma makan jelah dulu, jangan tunggu kitaorang"

─────── ·𖥸· ───────

"Mpphhhㅡ" Beomgyu meronta ronta ingin dilepaskan. Matanya menatap tajam kearah sekumpulan lelaki yang terdiri lebih dari 10 orang itu dengan tatapan tajam

"Boss, budak ni lah yang cari pasal dengan kitaorang haritu. Teruk kitaorang kena belasah dengan orang awam waktu tu" adu salah seorang dari mereka.

Lelaki yang dipanggil boss itu, terus mendekati Beomgyu. Dia tersenyum sinis

"Handsome dan hmm manis. Boleh hantar kat gay club, biar dia kena ratah dengan pedofil" lelaki tua itu mengelus lembut rahang Beomgyu, Beomgyu menatap lelaki itu dengan tatapan ngeri. Lelaki itu terus membuka ikatan pada mulut Beomgyu agar dia boleh bercakap

"BANGSAT, BODOH, SIAL, BABI, KAU TUNGGU NANTI HIKS ABANG ABANG AKU DATANG HIKS, MATI KORANG SEMUA!"

Semua lelaki lelaki itu terdiam, beberapa saat kemudian mereka semua tergelak besar. "Wah takut nya~"

Lelaki tua itu menatap Beomgyu sinis. "Mulut tak semanis wajah rupanya. Tak pe, nanti biar uncle ajar macam mana nak guna mulut ni dengan betul"

"JIJIK BODOH! LEPASKAN AKU SETANㅡ"

Wajah lelaki itu bertukar datar. Dia memandang anak anak buahnya "Belasah dia. Biar dia tahu siapa kita"

─────── ·𖥸· ───────


DING DONG DING DONG DING DONG!

Myra menekan loceng rumah dengan tak sabar, membuatkan Jaemin yang tengah bermalas malasan kat depan televisyen, terpaksa bangun untuk membuka pintu

"Myㅡ"

"Hyunjin .. mana Hyunjin?" soal myra cemas sebaik sahaja pintu dibuka. Hyunjin yang kebetulan baru keluar dari dapur, terus mendekati Myra sebaik sahaja mendengar namanya disebut

"Kenapa ni?"

Jaemin mendengus. Baru setapak dia ingin melangkah pergi, lengannya ditahan oleh Myra

"Saya perlukan bantuan korang berdua. Penting! Penting sangat! Sa-saya rasa Beomgyu kena culik"

"Ala, tak adanya kena culik. Lepak rumah Soobin la tu. Paling tak pon, cari pasal dengan Daehwi"

Myra cepat cepat menggeleng. "Saya jumpa ni.. kasut kat lorong dekat dekat sekolah tu. Ni kasut Beomgyu kan? Tak kan lah dia berjalan pakai kasut sebelah je?"

Myra terus mengeluarkan kasut berwarna putih sebelah kiri. Jaemin memandang kasut itu lama, tu memang kasut Beomgyu

"Mungkin dia kena kejar dengan anjing. Lepastu dia baling la kasut tu. Sebab tu tinggal sebelah je"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now