𑁍┊daddy with his 3 sons ˎˊ˗

1.3K 140 136
                                    

"Okei, jadi apa alasan korang bertiga kali ni?"

Taehyung berpeluk tubuh, matanya tajam menatap ketiga tiga anaknya yang kini hanya mampu tertunduk takut

"Hyung, boleh jelaskan?" kini mata Taehyung menatap kearah anak sulungnya. Hyunjin yang terasa dipanggil, terus tersentak. Lengan Jaemin yang berdiri di sebelahnya, disiku perlahan

Jaemin yang terasa terusik terus melirik kearah Hyunjin tajam

'Tolong la aku, gile'

'Arh, daddy tanya kau. Pandai pandai la kau jawab'

'Kita kan sama sama buat. Sama sama la tanggung. Kau sanggup ke tengok kembar kau kena marah?'

Hyunjin sengaja menggunakan perkataan 'kembar' sebagai senjata melemahkan Jaemin, manakala Jaemin memusingkan bola matanya malas.

Sekarang baru nak mengaku kembar, tadi habis semua penghuni zoo negara Hyunjin panggil dia

Taehyung mengerutkan dahinya melihat kedua dua anaknya yang seolah olah berkomunikasi secara diam. Telepati ke apa ni?

"Jadi abang, what's your problem?" soalan yang lebih kurang sama diulang, tapi kini soalannya dituju kepada anaknya yang lain. Jaemin menggigit bibir bawahnya.

"Abang" panggil Taehyung lagi sebaik sahaja tidak mendapat respons dari anaknya itu. Taehyung memang sengaja buatkan panggilan untuk anak anaknya agar hubungan mereka lebih erat. Contohnya, hyung untuk Hyunjin. Abang untuk Jaemin, dan adik untuk Beomgyu

Dia tak tahu kalau sebenarnya panggilan itu hanya digunakan ketika berada dihadapannya

"Abang, suka dia" lirih Jaemin perlahan membuatkan dahi Taehyung berkerut hairan. Suka? Suka apa?

"Tak! Adik yang suka dia dulu!" Beomgyu yang dari tadi mendiamkan diri, tiba tiba menyampuk.

"Tapi hyung yang confess kat dia dulu, okay? Siapa suruh korang pengecut"

"Confess dulu, tapi kena reject kan?"

"Awek hyung dah berlambak hyung. Apa yang hyung nak lagi? Jadi kan dia awek yang ke 6? Lepastu ex yang ke 175? Langkah mayat abang dulu, kalau hyung nak buat dia macam tu"

"Yah! Apa salahnya. Lagipon dia bukannya ada apa apa hubungan dengan korang! "

"Ada! Dia classmate adik!"

"She's my first love! "

"CUKUP!" Taehyung memicit dahinya, pening dengan kelakuan anak anaknya. Jadi, diaorang bergaduh hanya disebabkan seorang perempuan?

Dia masih ingat lagi dengan jelas, bagaimana sebilah kapak terpacak sempurna di sebelahnya sebaik sahaja dia membuka pintu rumah tadi

Satu inci lagi boleh terbelah dua muka Taehyung

Taehyung tiba tiba jatuh terduduk diatas sofa sambil memegang kepalanya yang berdenyut sakit dan serentak ketiga tiga anaknya menjerit dan berlari mendekati Taehyung

"Daddy, adik minta maaf. Adik janji tak buat lagi" rayu Beomgyu sambil memeluk tubuh ayahnya dari kiri dengan air mata yang mengalir membasahi pipi

"Abang pon, abang janji abang tak baling kapak tu lagi" Jaemin pula memeluk Taehyung dari kanan. Hyunjin mengambil keputusan untuk membodek ayahnya dengan memicit kaki

"Korang dah tak sayang daddy lagi ke? Kalau tak, biar daddy pergi. Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, makanlahㅡ "

"Mestilah sayang! Daddy janganlah pergi"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now