𑁍┊Because of her ˎˊ˗

527 95 82
                                    

"Morning Myra"

Myra mendongak, dia terus tersenyum sebaik sahaja mendapati Beomgyu berdiri dihadapan meja. Buku yang sempat diambilnya dari rak buku perpustakaan tadi ditutup.

"Morning~"

Beomgyu melabuhkan punggungnya dihadapan Myra. Dia nampak kekok, matanya dari tadi memerhati sekeliling perpustakaan sekolah yang hanya diisi oleh beberapa orang pelajar nerd

Ya lah, mana ada yang sudi duduk perpustakaan masa rehat. Membosankan

"Saya dah lama tak masuk sini. Rasanya tiga tahun lepas, perpustakaan ni lain sikit"

Myra sedikit terhibur. "Tiga tahun lepas? Awak biar betul"

"Betul lah, tak kan awak tak tahu setiap kali Cikgu Nayeon suruh masuk library, saya ponteng"

Myra ketawa. "Jadi, untuk class pertama kita ni. Awak nak belajar subjek apa? Subjek apa yang awak paling lemah?"

"Subjek dalam mengejar cinta awak"

Pltak!

"Yah!"

Pen dibaling tepat kearah dahi Beomgyu. "Saya ni makcik awak Beomgyu!"

"SHHHㅡ" Pengawas perpustakaan yang bertugas sudah pon menjeling mereka berdua tajam, membuatkan mereka menunduk menahan tawa.

Beomgyu memuncungkan bibirnya merajuk. Dahi diusap perlahan. "Saya tahu. Saya gurau je tadi. Yang awak panik sangat kenapa?"

"Sudahlah! Bukak buku physics" Myra cepat cepat menukar topik, membuatkan Beomgyu tersenyum mengejek

"Myra, awakㅡ"

"BEOMGYU BEOMGYU BEOMGYU OI!! " Hampir runtuh rak buku sebaik sahaja Choi Yeonjun berlari masuk kedalam perpustakaan sambil terpekik pekik macam orang gila

Disebabkan itu, mereka bertiga menjadi pusat perhatian oleh semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan. Choi San, pengawas perpustakaan yang bertugas itu sudah menjeling kearah mereka.

"Kau ni kenapa?" soal Beomgyu berbisik, malu la dia jadi pusat perhatian

"AKU CARI KAU KAT KANTIN, STOR, TOILET, PADANG SEMUA KAU TAK ADA. RUPANYA KAU DEKAT LIBRARY, LIKE WHAT THE HECK?! KAU DEMAM KE SYAITON??!" ucap Yeonjun tak rilek

"WOI WOI DIAM. ADA YANG MAKAN SELIPAR KEJAP LAGI NI KANG"

Amaran San diabaikan, nafas Yeonjun tercungap-cungap. Peluh mengalir membasahi kulitnya. "Awak ni kenapa?" Soal Myra pula pelik dengan kehadiran lelaki ini

Yeonjun terus menatap Myra, wajah lelaki itu bertambah panik. "JAEMIN DENGAN HYUNJINㅡ"

PLTAK!

"DIAM! NI LIBRARY BUKAN PADANG. BESAR KECIK BESAR KECIK AKU TENGOK KAU NI. KALAU NAK MEMEKAK, BOLEH BERAMBUS. MENGACAU KETENTERAMAN ORANG JE"

Sebuah buku mendarat sempurna mengenai kepala Yeonjun membuatkan lelaki itu terdiam. Yeonjun terus memusingkan tubuhnya, menatap pengawas perpustakaan itu dengan tatapan membunuh

"YAH KAU, TANGAN KOSONG KALAU BERANI!"

"SINI LA! SATU LAWAN SATU"

Beomgyu menepuk dahinya malu. Kenapa la Mamat ni kawan dia. Dia menarik Yeonjun untuk menjauhi San lalu dia membongkokkan badannya tanda minta maaf.

"Sorry ya, kawan saya lupa makan ubat"

San sekadar mengangguk. Dia kembali duduk dan membaca buku. "Awas, kalau korang bertiga bising lagi. Aku campak korang kat taman buaya nanti"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now