𑁍┊SPECIAL CHAPTER ˎˊ˗

647 93 57
                                    

"Beomgyu, get ready okay? Turn awak lepas ni"

Beomgyu mengangguk sekilas. Sebaik sahaja kelibat Cikgu Nayeon hilang dari pandangan, dia terus berjalan mundar mandir dengan gugup. Kertas lirik digigitnya tanpa sedar

Dia mengintai dari belakang pentas, dan mendapati Bang Si Hyuk, selaku pengetua sekolah tengah berucap panjang lebar di hadapan semua tetamu.

Beomgyu semakin nervous dan berpeluh peluh

"Goodluck Beomgyu. Kau boleh buat" ucapnya cuba untuk meyakinkan diri sendiri

Entah atas sebab apa, Cikgu Nayeon memilihnya untuk membuat persembahan dihadapan semua orang. Ada pelajar, guru dan ibubapa..

Dia dah lah tak pernah melibatkan diri dari acara acara sebegini, tiba tiba disuruh menyanyi di atas pentas

"ARHH!" Jeritnya frustasi. Dengar suara Bang Si Hyuk berucap membuatkan dia semakin terketar-ketar di belakang pentas

"Jangan la risau, kau boleh buat. Kitaorang ada ni hah support kau kat belakang pentas" celah Hyunjin setelah lama mendiamkan diri. Jaemin hanya sekadar mengangguk

"Belakang pentas buat apa! Naik la pentas sama sama dengan akuㅡ tak boleh nyanyi.. Pergilah rap ke, dance ke"

"Okay, Beomgyu. Giliran awak sekarang" celah Nayeon membuatkan Beomgyu semakin gelabah

"WEI WEI AKU TAK READY WEIㅡ"

Hyunjin dan Jaemin hanya memekakkan telinganya, mereka terus menolak Beomgyu naik ke atas pentas

Beomgyu terkaku, dia menoleh kebelakang dan kelihatan kedua dua abangnya sedang memberikan semangat kepadanya. Dia menarik nafas lemah

"A-annyeong na-nama saya Beomgyuㅡ"

kaki Beomgyu terketar ketar apabila melihat ratusan mata sedang menatap kearahnya tanpa kedip. Tahulah dia handsome, tapi jangan lah pandang dia macam tu

Nak terkencing rasanya

"Sa-saya akan menyanyikan sebuah lagu, khas untuk seseorang. Seseorang yang sangat special dalam hidup sayaㅡ" ditengah tengah ketakutan, Beomgyu masih cuba mencari satu sosok yang menjadi sebab kenapa Beomgyu sudi memalukan diri di atas pentas

Alunan muzik mula dimainkan tetapi mata Beomgyu masih bergerak mencari kelibat daddynya sehingga ke sudut dewan

Kemudian dia menyedari, Kim Taehyung sebenarnya tiada disitu

─────── ·𖥸· ───────

Taehyung bergegas keluar dari hospital. Kaki jenjangnya melangkah ke tempat keretanya ter parking.

Raut wajahnya berubah cemas sebaik sahaja menyedari waktu sudah menunjukkan pukul 9 pagi

Menandakan dia sudah terlambat untuk menghadiri majlis yang diadakan di sekolah anak anaknya.

"Maafkan daddy" Taehyung yakin, anak anaknya pasti akan memarahinya nanti kerana terlampau larut dengan pekerjaan sehingga lupa dengan janji yang telah dibuat

Taehyung tidak tenang ditempatnya, jalan yang dilaluinya yang biasanya lenggang tiba tiba berubah menjadi sesak

Seolah olah sengaja membuatkan dia semakin terlambat

Dia risau, Beomgyu mesti sedih kerana dia tidak ada disana untuk menonton persembahan pertamanya. Padahal Taehyung dah berjanji semalam.

Akhirnya, Taehyung boleh bernafas lega sebaik sahaja jalan mula lenggang. Dia melajukan keretanya dengan kecepatan tinggi menuju ke Seoul High School

─────── ·𖥸· ───────

Taehyung melangkah masuk kedalam bangunan sekolah itu dengan santai, cool dan terkesan elegant

Dia tersenyum dan menyapa para ibu yang juga menghadiri majlis itu dengan ramah, membuatkan para ibu malu malu membalas senyuman itu 

Sesaat kemudian, baru Taehyung menyedari sesuatuㅡ dia adalah satu satunya lelaki dewasa yang berada disitu. Tetapi Taehyung hanya terkekeh kecil, tak peduli dengan semua itu

Para ibu yang berada disitu mula memandang kagum kearah Taehyung yang sedang tersenyum sangat menggoda dan menawan. Seketika, mereka lupa dengan suami di rumah

"Mana isteri dia?"

"Walaupun dah berumur, tetap nampak handsome! Kyaa~"

Taehyung tersenyum tipis mendengar gosip gosip yang keluar dari bibir mereka. Patut ke dia berasa bangga? Mestilah

"Daddy!"

Taehyung menoleh, dan tiba tiba tubuhnya didekap seseorang. Dia hanya tersenyum ketika mendapati anak bongsunya sedang memeluknya erat sambil menenggelamkan wajahnya didada Taehyung

"Adik ingat daddy tak datangㅡ"

"Maaf sayang, daddy tak dapat tengok persembahan adik. Semuanya lancar?"

Beomgyu melepaskan pelukan, kemudian mengangguk. Sesaat kemudian, Jaemin dan Hyunjin juga tiba, membuatkan Taehyung dengan cepat menarik mereka berdua mendekatinya dan mencium lembut kepala anak anaknya

Ibu ibu yang dari tadi menjadi penonton kemesraan mereka sekeluarga, mula tersenyum lembut. Pada awalnya, mereka sempat terkejut kerana mendapati Taehyung sudah memiliki tiga anak lelaki yang sudah besar bahkan sudah hampir sama tinggi dengannya.

Isterinya pasti sangat beruntung, fikir mereka

"Maafkan daddy"

"Tak pe, kitaorang faham" jawab Hyunjin sambil tersenyum lembut. Jaemin terus mengeluarkan cameranya

"Tengok dad, Adik nyanyi sambil nangis nangisㅡ"

Ejek Jaemin sambil menujukkan video rakaman kepada Taehyung. Beomgyu memuncungkan bibirnya malu. Bukan dia sahaja yang menangis tadi, malah penonton yang hadir juga menangis kerana tersentuh melihat ketulusan Beomgyu menyampaikan makna lagu tersebut. Cikgu cikgu juga memujinya tadi kerana berjaya membuat persembahan dengan baik

Cuma Hyunjin dan Jaemin sahaja yang mentertawakan nya

"Rugi lah daddy sebab tak dapat tengok live" ucap Taehyung dengan nada yang dibuat sedih

"Tak pe, nanti kat rumah adik nyanyi lagu ni lagi. Khas untuk daddy. Kalau daddy nak dengar hari hari pon, adik boleh nyanyikan"

Taehyung terkekeh geli. "Okay sayang"

"Daddyㅡ"

"Ya, apa lagi sayang?"

"Selamat hari ibu, daddy. we love you"

END

Yey! Author nak ucapkan terima kasih pada readers yang sudi support story ni.

Tahu tak, tanpa support dari korang semua mungkin buku ni dah lama di delete, senasib dengan story author yang lain haha

I love you ❤️❤️❤️

a woman for daddy √Where stories live. Discover now