𑁍┊what have you made ˎˊ˗

622 109 88
                                    

"Morning Mommy!" ucap Beomgyu dan Hyunjin serentak sebaik sahaja melihat Jennie keluar dari bilik lengkap berpakaian uniform nurse

Jennie mengerutkan dahinya hairan. 'Diaorang panggil aku Mommy? Tch..'

"Mommy jom la, jom la! Hantar kitaorang pergi sekolah. Nanti lambat pulak mommy sampai klinik" ucap Beomgyu dengan lagak seperti budak 6 tahun

"Sabarlah. Korang dah sarapan belum?"

"Dah!"

"Okay, pergi masuk keretaㅡ" Jennie memandang sekeliling. "ㅡmana Jaemin?"

"Entah, cirit birit kot"

Jennie mengangguk, kemudian dia duduk disofa manakala dua beradik itu sudahpon masuk kedalam kereta.

Sementara duduk menunggu Jaemin, dia mengeluarkan telefon pintarnya. Dia tersenyum kecil membaca pesanan dari 'kekasih' nya itu

"Dah puas chat dengan pakwe?" sergah seseorang dari belakang, membuatkan Jennie terkejut. Wajah Jaemin ditatapnya tajam

"Mana ada pakwe. Ka-kawan je"

Jaemin tersenyum sinis. "Aku bukan budak 6 tahun untuk kau tipu"

"Oh really? Jadi apa plan kau untuk jatuhkan aku? Mengadu kat daddy kau? Tch, kau ingat daddy kau percaya. Adik beradik kau yang lain elok je dengan aku, siap panggil aku 'mommy' lagi. Jadi aku rasa sia sia. Tak ada sesiapa yang peduli"

Jaemin ketawa membuatkan kening Jennie berkerut. "Kenapa kau ketawa?"

Jaemin berhenti ketawa, dia mendekati Jennie dan berbisik

"Tak, aku cuma terhibur tengok kebodohan kau"

─────── ·𖥸· ───────

"Yow Jaem, macam mana? Lancar?" Hyunjin terus merangkul bahu Jaemin sebaik sahaja kereta Jennie pergi dari kawasan sekolah

"Hm lancar. Tapi kau tak rasa ke plan korang ni macam kejam sangat"

"Kejam?! Wei, kau lupa ke dia nak bunuh daddy kita, pastu jadikan kita pengemis!! Plan siapa yang lagi kejam sekarang ni?!" Ucap Beomgyu geram

"Pengemis wei, muka handsome macam ni dia nak jadikan pengemis?" Tambah Hyunjin. Jaemin memusingkan bola matanya menyampah, walaupun dia tak suka perempuan tu, dia tetap ada sifat kemanusiaan

"Dah kira untung kita biarkan dia hidup"

Pelajar pelajar lain yang lalu disitu, hanya memandang mereka pelik. Diorang buat drama apa depan pagar sekolah ni?

"Kau rasa daddy marah tak? "

"Soalan apa kau tanya ni, mestilah marah. Marah giler. Tapi jangan risau, apapun yang jadi nanti. Kita hadapi sama sama okay?"

─────── ·𖥸· ───────

"Kita putus"

Jennie menatap wajah kekasihnya itu dengan tatapan pelik. "Ta-tapi kenapa? Tak ada angin tak ada ribut, Tiba tiba awak datang klinik cakap nak putus. Awak ni kenapa?!"

"Kenapa, awak tanya?! Iniㅡ" Kai, kekasihnya itu membaling beberapa keping gambar tepat dihadapan Jennie

"ㅡsiapa dia? Siapa lelaki lelaki ni?! "

a woman for daddy √Where stories live. Discover now