𑁍┊Good or Bad news? ˎˊ˗

452 89 43
                                    

"Tak percaya? Contohnya Hana. Memang aku yang bunuh dia! Sebab apa? Dia penghalang hubungan aku dengan Taehyung! Disebabkan dia aku gagal dapat Taehyung. Pengkhianat! Kalau kau nak tahu, aku lah yang letak racun tu dalam air diaㅡ"

Jungkook terkejut mendengar pengakuan secara tidak langsung dari Gyumin. "Jadi memang kau?!"

"ㅡpagi tu kami jumpa kat cafe. Waktu tu la aku letak racun dalam botol air dia. Dia balik rumah, dia minum. Lepastu mati HAHAHAHA. KORANG SEMUA BODOH SEBAB TAK DAPAT SELESAIKAN BENDA MUDAH MACAM TU!!"

Jungkook akui, agak sukar sebenarnya nak mencari perlakunya memandangkan hari sebelum kematiannya , Hana sudah berjumpa dengan ramai orang di tempat kerjanya. Jadi pihak polis tak dapat mengenal pasti pembunuh sebenar yang memasukan racun kedalam minuman Hana. Tambahan lagi, mereka tidak mempunyai bukti cctv. Sebab itulah, kes itu ditutup dan dianggap sebagai kes bunuh diri

"Lepas Hana mati, aku ingat aku boleh dapat Taehyung. Tapi Taehyung tengah sedih, jadi aku bagi dia masa untuk jernihkan fikiran dan dalam masa yang sama cuba untuk fikirkan macam mana nak suruh Park Jimin tandatangan surat ceraiㅡ" Gyumin sedikit mendengus apabila mengingat semula bertapa keras kepalanya Jimin untuk melepaskannya

"ㅡtapi tiba tiba, datang pulak Myra" Gyumin semakin geram, dia memandang pisau yang berada di leher Chrissa dengan sinis. "Should I kill her too?"

"Auntyㅡ"

Gyumin menoleh, kemudian tersenyum tanpa rasa bersalah. "Hyunjin? Sejak bila ada kat sini hum?"

Hyunjin mendiamkan diri. Dari tadi sebenarnya dia menyorok di belakang dinding dan mendengar segala pengakuan Gyumin. Tanpa sedar, mata Hyunjin berkaca kaca

"ㅡsampai hati aunty buat kitaorang macam ni"

"Aww Hyunjin, jangan nangis. Aunty boleh jadi mommy yang baik untuk korang semua nanti. Aunty bukan gold digger macam aunty Jennie. Aunty pon bukan perempuan pemalas dan suka membuli macam aunty Sunmi. Jadi apa yang kurang? Aunty calon paling perfect untuk daddy Hyunjin"

Hyunjin menggelengkan kepalanya. Dia memandang Gyumin tajam

"YANG KURANGNYA, AUNTY NI PSYCHO! HYUNJIN TAK NAK ADA MAK YANG GILA!!"

Gyumin tersentak, tiba tiba dia tersenyum sinis

"Hyunjin cuba nak jadi penghalang aunty ke?"

Pisau dijauhkan dari leher Chrissa, kali ni dia cuba mendekati Hyunjin. Tetapi Jungkook lebih cepat menarik Hyunjin agar bersembunyi dibelakangnya

"Letak pisau tu, Gyumin"

"DIA KATA AKU GILA! BIAR AKU TUNJUK APA MAKNA GILA YANG SEBENAR!!"

"H-hyunjin dah rakam semua pengakuan Aunty tadi. Jadi bersiap sedialah mereput dalam penjara" ucap Hyunjin yang masih menyorok dibelakang Jungkook

Gyumin tiba tiba terdiam, sesaat kemudian dia menjerit histeria dan terus berlari keluar dari rumah

"AUNTY!"

Gyumin masuk kedalam kereta Jungkook yang kebetulan tidak berkunci disebabkan Jungkook tergesa gesa masuk kedalam rumah tadi. Kunci kereta juga tidak ditanggalkan, membuatkan Gyumin dengan lebih mudah melarikan diri

Hyunjin terus berlari menghampiri Chrissa dan membantu melepaskan tali yang mengikat wanita itu dikerusi manakala Jungkook menghubungi sahabat sahabat polisnya untuk mendapatkan Gyumin.

─────── ·𖥸· ───────

"Kita kena balik cepat. Nanti eomma risau pulak tengok anak dara dia tak ada dalam bilik" kata Taehyung separuh bergurau sebaik sahaja masuk kedalam kereta

a woman for daddy √حيث تعيش القصص. اكتشف الآن