𑁍┊BONUS CHAPTER ˎˊ˗

574 94 92
                                    

Hari yang indah tapi cukup membosankan. Hyunjin, Jaemin dan Beomgyu dari tadi hanya melepak di ruang tamu dengan bosan. Hyunjin meniarap di atas karpet. Matanya menatap kearah televisyen sambil tangannya tak henti henti menekan remote TV untuk menukar siaran

Jaemin pula hanya baring dengan menjadikan punggung Hyunjin sebagai bantal sambil bermain telefon pintarnya manakala Beomgyu baring di atas perut Jaemin sambil memejamkan matanya tidur.

Boleh bayangkan posisinya? ㅋㅋㅋ

Nenek dan Myra pula tiada di rumah kerana sibuk menguruskan cafe yang baru sahaja di buka. Ya, selepas Puan Lee dan Taehyung berbaik, daddynya itu terus memaksa Puan Lee untuk tinggal bersamanya. Taehyung juga membeli sebuah cafe untuk Puan Lee supaya wanita tua itu dapat membakar roti dan menjualkannya kepada orang ramai.

Tapi kenapa tiga tenuk itu tidak membantu neneknya di cafe?

Kata Hyunjin, 'nenek, nak berjaya kena ada usaha. Mana aci kalau nenek nak gunakan muka handsome kitaorang sebagai umpan pelanggan'

Jadi disinilah mereka bertiga sekarang, mereput didalam rumah ketika musim panas. Taehyung pula seperti biasalah, mesti sibuk dengan hal hospital

"Ah benci lah aku, semua cerita asyik ulang ulang je. Naik muak aku" protes Hyunjin membuatkan Beomgyu yang sudah terlelap terus membuka matanya terkejut.

Hyunjin  melirik sekilas kearah Jaemin yang masih sibuk bermain handphone tanpa memperdulikan punggungnya yang mula kebas.

'Amboi, dia ingat bontot aku ni bantal ke? Kentut sekali baru dia tahu, wangi ke busuk'

"Jaemin, laparrrrr~" rengek Beomgyu sambil menggosok-gosok matanya ngantuk.

"Makan. Tak payah luah perasaan kat aku" jawab Jaemin tanpa mengalihkan pandangannya daripada screen handphone.

"Ish kau ni!" geram Beomgyu lalu mencampak bantal kearah Jaemin. Tapi abangnya itu langsung tidak melayannya.

Hyunjin tiba tiba teringatkan seseorang. "Sekarang dah tengah hari. Kau rasa daddy dah makan?" soalnya. Dia kenal sangat dengan perangai daddynya yang selalu sibuk dengan hal pekerjaan sehingga lupa untuk mengurus diri

"Aku bet, mesti belum. So jom hantar makanan kat daddy!" ajak Beomgyu yang sememangnya sudah bosan terperap dalam rumah. Hyunjin mengangguk setuju lalu berdiri secara tiba tiba membuatkan kepala Jaemin terus terhantuk ke lantai

"Woi!"

"Jadi kita nak masak apa?" soal Beomgyu semangat, mengabaikan Jaemin yang sedang memaki Hyunjin dalam diam.

"Memandangkan kita ni tak ada la pro mana, so Nasi goreng kimchi!" cadang Hyunjin dan diangguk setuju oleh Beomgyu. Jaemin hanya mengeluh pasrah, dia baru nak bermalas malasan harini

─────── ·𖥸· ───────


"Daddy!!!"

Taehyung mengangkat kepalanya dari menunduk membaca laporan pesakit. Dia tersenyum tipis ketika melihat anak anaknya melangkah masuk kedalam ruangannya.

"Korang buat apa kat sini? Naik apa?" soal Taehyung, kemudian dahinya berkerut ketika melihat pipi anak sulungnya yang kelihatan membengkak. "ㅡhyung kenapa pipi tu?"

"Jaemin tumbuk"

"Apa?! Salah sendiri, siapa suruh kentut dalam kereta!"

Taehyung menggelengkan kepalanya. Berbeza dengan Beomgyu yang sudah menghela nafas malu apabila mengingat semula kejadian tadi.

a woman for daddy √Where stories live. Discover now