𑁍┊Calon Mommy Ketiga ˎˊ˗

571 104 96
                                    

"APAAA?!"

Ketiga tiga beradik itu terkejut mendengar pengakuan dari daddynya. Bukan mereka sahaja, Myra yang dari tadi mendiamkan diri juga terkejut

"Ha-hana tu kakak saya?"

Myra terdiam. Puan Lee atau lebih mesra dipanggil eomma memang pernah bercerita pasal Hana Lee, kakak kandungnya. Dia cerita yang kakaknya mati dibunuh, tapi eomma tak pernah pulak cerita yang arwah kakaknya sudah pernah berumah tangga

Semasa kematian kakak dan ayahnya, dia masih berusia 2 tahun, sebaya dengan Beomgyu. Sebab tu dia tak ingat apa apa

"Jadi, kiranya Elmyra Lee aunty kitaorang?!" Jerit Jaemin tak terima. Macam mana dia boleh crush dengan makcik sendiri selama ni

"Tapi awak kata awak anak tunggal" gumam Beomgyu, Myra cepat cepat menggeleng. "Saya memang ada kakak, tapi saya dibesarkan tanpa dia. Sebab tu saya dah anggap macam saya ni anak tunggal"

Taehyung memegang bahu gadis itu lembut, membuatkan Myra mendongakan kepala untuk menatap lelaki yang lebih tinggi darinya itu

"Tak pe, uncle tahu. Myra mesti terkejut dengan berita ni. Ambil masa untuk hadam dulu"

Myra mengangguk

"Macam mana dengan Puan Lee?" soal Taehyung yang sudah lama berputus contact dengan bekas mak mertuanya itu semenjak kematian isterinya. Myra sekali lagi mengangguk

"Dia sihat. Tapi itulah, disebabkan kemalangan tu. Dia dah tak boleh berjalan"

Taehyung mengangguk faham, manakala mata Hyunjin sudah berkaca kaca menahan tangis

"Dengar dad. Dia bekerja untuk sara hidup dia. Kesian Myra dadㅡ" Hyunjin tiba tiba melutut dan memeluk kaki daddynya membuatkan Taehyung terkejut. Jaemin dan Beomgyu menatap Hyunjin dengan tatapan jijik

"Hyung, kenapa ni?" soal Taehyung panik

"Daddy kena tolong dia hiksㅡ"

Mendengar kata Hyunjin, Taehyung terus ketawa. Dia menarik lengan anaknya itu untuk berdiri. Air mata dikesat menggunakan hujung lengan bajunya

"Memang pon. Sebab tu daddy terfikir untuk kahwin dengan dia"

"APAAAA?!"

Ketiga tiga beradik itu tercengang. Beomgyu ternganga, tak percaya dengan perkataan yang baru sahaja dia dengar

"Dad, jangan bergurau! Tak lawak pon"

"Daddy tak bergurau"

"Dadㅡ" Jaemin meremas rambutnya geram. Tak tahu nak respons apa. Yang pasti, dia sangat sangat kecewa sekarang

"Dia adik kepada mommy korang. Muka ada iras iras, perangai pon tak jauh beza. Jadi daddy rasa, dia calon yang sesuai" terang Taehyung dengan tenang. Myra menunduk takut, tak berani memandang wajah ketiga tiga beradik itu. Sejujurnya dia pon terkejut dengan perkataan Taehyung tadi

"Tapi bukan dia daddy" Protes Hyunjin. "Umur Daddy 36, dia 16. Beza 20 tahun, dad! Bukan 2 tahun"

"Ya, daddy tahu. Jadi kenapa?"

"Daddy bukan pedofil kan?" soal Beomgyu tiba tiba. Taehyung ketawa. "Mestilah bukan, sayang"

"Dad, abang tak suka dengan idea ni! Gila! Okay, abang dah tak kisah kalau daddy nak kahwin dengan aunty Jennie ataupun aunty Sunmi sekalipun. But please, bukan Myra" rayu Jaemin

Taehyung terdiam. Kemudian matanya menatap si sulung

"Betul tu dad, Hyung tak boleh imagine panggil orang yang lebih muda dari hyung dengan sebutan 'mommy'. Mustahil daddy!"

Taehyung mengeluh. "Tak ada yang mustahil. Nanti korang terbiasa jugak"

Entah kenapa, air mata Beomgyu tiba tiba mengalir jatuh. Disebabkan dia tak nak orang lain nampak dia menangis, dia terus berlari menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik

BAM!

Pintu bilik dihempas. Taehyung menarik nafasnya dalam. Kemudian dia menatap anak kembarnya. "Kalau korang nak benci daddy. Bencilah. Daddy tak kan ubah fikiran daddy"

Tak perlu tunggu lama, kali ini Jaemin pula yang berlari masuk kedalam bilik meninggalkan yang lain di ruang tamu. Hyunjin masih diam, dia menatap gadis yang dari tadi menunduk itu dengan satu pandangan yang sulit diertikan

"Dad, hyung nak jumpa Yeji jap" Kemudian Hyunjin terus keluar dari rumah, tersisa la Taehyung dan Myra berdua di ruang tamu

Taehyung terus menggenggam tangan gadis itu lembut membuatkan tubuh Myra sedikit tersentak. Dia menatap suami kepada arwah kakaknya itu dengan mata yang berkaca kaca

"Un-uncle, saya tak nak kahwin. Saya muda lagi"

Taehyung tersenyum, kemudian dia mengesat lembut air mata Myra

"Uncle tahu. Macam mana uncle boleh nak kahwin dengan perempuan yang uncle dah anggap macam anak sendiri?"

Myra menatap Taehyung dengan kerutan didahi. "Maksudnya?"

"Myra cuma kena ikut rancangan yang uncle dah buat. Senang kan?"

Myra mengangguk, walaupun sedikit ragu. "Tapi di-diaorang macam mana?"

"Diaorang akan okay, trust me. Um lagi satu, call me 'daddy' okay?"

─────── ·𖥸· ───────

"Kau nak kahwin dengan Myra, kau gila? Dia tu sebaya dengan anak kau tahu tak?! "

Suara Jimin naik seoktaf, membuatkan Taehyung menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Tak pasal pasal pekak nanti.

"Aku tahu, tapi cinta tu tak kenal usia kan?"

Mendengar jawapan Taehyung, membuatkan Jimin diseberang talian sana mengeluh nafas berat

"Sebelum ni kau kata kau nak cari dia sebab nak tebus kesalahan kau. Tapi sekarang kenapa tiba tiba nak kahwin pulak? Dah tak laku ke sampai dengan budak sekolah pon jadi?"

Taehyung terdiam seketika. "Entahlah, mungkin sebab lepas aku tengok dia. Aku terus teringat isteri aku. Diaorang sama"

"Alasan tu tak cukup kukuh. Aku dah kenal kau lama, mesti ada benda lain yang kau nyorokkan dari aku"

Taehyung ketawa paksa. "Tak, mana ada. Okay la, bye Jimin. Jumpa dekat wedding Jungkook nanti"

"Kejap Taehyung, kau-" pip!

Taehyung mengeluh berat, kemudian pandangannya teralih kearah gambar perkahwinan nya yang tergantung di dinding bilik. Dia menatap wajah isterinya lama, dia tersenyum

"14 tahun, sayang. Dan semua tu akan berakhir tak lama lagi"

Dan senyuman itu serta merta hilang sebaik sahaja satu nama muncul di benak fikiran nya

"Park Gyumin... "

║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║

𝙨𝙘𝙖𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙘𝙤𝙙𝙚...

━━━━━━━━━━━━━━━━━TBC━

Bab ni hambar? Tahu dah:) rasanya lepas ni dah start konflik kot

a woman for daddy √Where stories live. Discover now