𑁍┊ you'll know who we are ˎˊ˗

643 110 88
                                    

Esok paginya, Hyunjin tiba di rumahnya dengan perasaan geram. Semalam, lepas dating and minta putus dengan Minju. Dia terus tak balik rumah. Jangan fikir bukan bukan, dia cuma tumpang tidur rumah Felix je

Bukan apa, dia sebenarnya merajuk dengan Jaemin

Jadi dia ingat, kalau dia tak balik rumah malam semalam. Jaemin akan risaukan dia, cari dia macam orang gile, lepastu melutut menangis minta maaf

Rupanya, jangan cakap nak cari dia, mesej dia pon tak ada

Sekurang-kurangnya mesej la 'Hyunjin, kau kat mana? Dah makan belum? Aku risau kat kau. Balik la rumah'

Hampeh betul

Dia baru nak bukak pintu, tapi dia terperasan ada sesuatu yang aneh pagi ni. Ada kasut tumit tinggi kat depan pintu

Pelik, setahu dia penghuni dalam rumah ni semuanya lelaki. Mungkin Daddy bawa balik perempuan, tapi kereta Daddy tak ada

Atau jangan jangan perogㅡ

"Oi MANA KAU BETINA SUNDAL?! JANGAN KAU SENTUH ADIK ADIK AKU, HAYYYAH"

Hyunjin menendang pintu rumah, acah acah Bruce lee

"Benda kau memekak sial pagi pagi ni" kata Jaemin yang sedang duduk dihadapan televisyen

"KASUT TUMIT SIAPA TU? MANA BEOMGYU OI!" Hyunjin mendekati Jaemin lalu menggoncang kuat tubuh kembarnya itu.

Wajah Hyunjin jelas kelihatan panik. Macam mana kalau ada jalang yang datang mengemis untuk di puaskan.

Dah lah, Beomgyu tu inonsen lagi. Kalau dia yang kena, tak pelah. Dia on jee

"I-itu.... "

"Kasut aku. Pahal?"

Hyunjin terdiam, kemudian pandangannya teralih kearah seseorang yang sedang bercekak pinggang di pintu dapur

"Oh.. I-iyeke? Hai awak"

Jennie menjeling malas, dia kembali masuk kedalam dapur untuk menyiapkan sarapan

"Bidadari syurga mana kau bawak balik ni Jaem" gumam Hyunjin angau. Jaemin terus meluku kepala Hyunjin sehinga lelaki itu jatuh tertonggeng di bawah sofa

"Berambus la kau, jangan kacau aku nak tengok Dora The Explore ni"

─────── ·𖥸· ───────


Beomgyu menguap selepas bangun dari tidurnya. Kemudian dia melihat jam, 1201 pm

Hm awal lagi

Tiba tiba bahagian bawahnya terasa ngilu. Alah bodoh, nak terkencing pulak. Kacau je orang nak tidur

Jadi, dengan terpaksa dia keluar dari bilik dan menuju ke Toilet. Ketika dia lalu dihadapan bilik tetamu, dia terdengar suara seorang perempuan yang sedang berbual dengan seseorang melalui Telefon

Lantak la, dia dah tahan sangat ni

"Ye la awak, saya tahu. Saya tak suka dia pon, saya cuma nak duit dia je"

Langkah Beomgyu terhenti. Siapa yang Jennie maksudkan 'dia' tu. Daddy dia ke?

"Saya dah ada plan, Nanti lepas saya kahwin dengan dia, saya akan pastikan dia mati. Biar dia jumpa bini dia kat sana. Lepastu harta dia kita ambil. Lepastu kita boleh hidup sama sama kat rumah ni"

"Oh anak dia? Ala bukan susah pon nak uruskan diaorang. Nanti lepas bapak dia dah mati, kita paksa diaorang jadi pengemis"

Beomgyu mengenggam penumbuknya geram. Dia mesti mengadu hal ni kat abang abang dia

Jadi Beomgyu berlari menuruni anak tangga, dan kelihatan kedua dua abangnya sedang makan di dapur

"Oi Beomgyu, morning" sindir Jaemin. Padahal dah tengah hari

"Morni-urg whatever! Aku ada benda penting nak bagitahu korang ni! "

"Wei, kau ni mengigau ke apa? Bangun tidur terus lari masuk dapur. Dengan muka bantal nya" soal Hyunjin

"Argh, lantaklah. Aunty Jennie tu sebenarnya jahat. Dia cuma nak harta daddy je. Aku dengar dia cakap tadi! "

Jaemin dan Hyunjin terdiam. "Huh aku dah Agak. Patutlah dia asyik mention pasal harta semalam"

"Tapi masakan dia sedap. Muka dia pon lawa" gumam Hyunjin

"Ala setakat masakan sedap, aku masak lagi sedap"

"Tapi kau tak lawa"

"Dah dah dah, aku tak nak dia jadi mak kita. Macam mana ni?" soal Beomgyu

"Benda senang, daddy kata report je kat daddy kalau dia ada buat hal. Biar daddy sendiri yang halau dia keluar dari rumah ni"

"No no no no-" potong Hyunjin membuatkan kedua beradik itu terdiam. "Kenapa?"

"-kita kena bagi dia buah tangan sebagai kenang kenangan sebelum dia blah dari rumah ni" Hyunjin tersenyum sinis

"Oh yes! Biar dia tahu, jangan sesekali cari pasal dengan anak Kim Taehyung" Beomgyu juga tersenyum sinis

Jaemin memusingkan bola matanya malas. "Korang buatlah apa yang korang nak buat. Aku tak nak"

"Ala Jaemin, kau ni tak Best la"

"WEI WEI WEI" pekik Beomgyu tiba tiba membuatkan kedua dua abangnya panik. "ASAL ASAL?"

"A-aku rasa ada yang keluar"

"Apa yang keluar? " soal Hyunjin hairan. Beomgyu melihat kebawah, Jaemin dan Hyunjin yang tak tahu apa apa, juga turut mengikut arah pandang Beomgyu

"YAH BEOMGYU! KAU NAK KENCING, PERGI MASUK TANDAS LA GILERR. JANGAN KENCING KAT DAPUR EWWWWWW"

"AKU TAK TAHAN BODOH. NI SEMUA GARA GARA PEREMPUAN TU! "

Hyunjin hanya ketawa terbahak bahak melihat Beomgyu yang sudah terkengkang kengkang berlari masuk kedalam tandas dan wajah Jaemin yang sudah bertukar merah kerana marah

Manakala Jennie yang berada di tingkat atas, mengerutkan keningnya hairan

"Apa benda la budak budak tu buat kat bawah"

║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║

𝙨𝙘𝙖𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙘𝙤𝙙𝙚...

━━━━━━━━━━━━━━━━━TBC━

a woman for daddy √Where stories live. Discover now