𑁍┊Just Need You ˎˊ˗

606 93 122
                                    

"CERAIKAN AKU! BODOH!"

Jimin hanya diam memerhati bagaimana isterinya memberontak tatkala melihatnya. Beberapa orang jururawat dengan segera menghampiri Gyumin dan cuba untuk menenangkan wanita itu.

Sudah tiga bulan, Gyumin dihantar ke hospital gila, dan selama itu jugalah Jimin tidak pernah bosan menjenguknya.

Bodoh? Ya, Jimin akui dia memang bodoh sebab masih cuba bertahan dengan wanita yang tidak pernah mencintainya. Tetapi, ini amanah.

Amanah dari orang yang pernah disukainya dahulu

"Jimin, jaga kawan aku baik baik okay? Aku tahu kau lelaki baik. Aku percayakan kau"

Jimin tersenyum kecil ketika bayangan Hana Lee terlintas di otaknya. Dia memang pernah menyukai Hana dahulu, tapi terpaksa dikuburkan demi Taehyung.

"Jimin-shi, saya rasa mrs park tak nak diganggu buat masa sekarang. Tuan boleh datang semula, bila mrs park dah tenang" celah salah seorang jururawat itu membuatkan lamunan Jimin terhenti. Cepat cepat dia menggeleng

"Ani, saya tak lama. Saya cuma nak serahkan iniㅡ"

Jimin mendekati Gyumin yang masih memberontak di atas katil. Gyumin yang perasan Jimin berdiri di sebelah katilnya, terus berhenti. Dia menatap Jimin tajam

"KAU NAK APA?!"

Jimin tersenyum, mengamati wajah cantik isterinya buat kali terakhir.

"Choiㅡ ani, Park Gyumin. Saya sebenarnya masih berharap. Berharap untuk bina keluarga bahagia dengan awak. Ada anak anak, ada isteri yang akan tersenyum kat saya bila saya bangun tidur atau lepas saya penat bekerjaㅡ"

Jimin mengeluh kecil. "ㅡsaya minta maaf, tak dapat jadi suami seperti mana yang awak inginkan. Saya dah cuba yang terbaik... dan setelah saya fikir lama, saya rasa ini pon jalan yang terbaik untuk kita berdua"

Jimin menyerahkan fail kertas kepada Gyumin. Dengan ragu, Gyumin menerima dan membukanya. Dahinya berkerut sebaik sahaja melihat isi didalam fail itu

"Itu surat cerai. Saya dah tandatangan, sama macam yang awak minta"

"ㅡjadi kalau tak ada apa apa masalah, saya akan uruskan semua urusan penceraian kita dalam masa yang terdekat ni"

"Saya minta maaf dan, terima kasih untuk 15 tahun ni. Saya hargai"

Jimin membongkokkan badannya sedikit kearah Gyumin, lalu berjalan pergi sebelum sempat wanita itu mengeluarkan suara.

Jimin masuk kedalam keretanya dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tanpa sedar air mata jatuh membasahi pipinya. Kalau boleh, dia tak nak akhiri pernikahan mereka yang sudah berlangsung selama 15 tahun ini. Tetapi dia terpaksa, memandangkan wanita itu langsung tak bahagia apabila bersamanya

"Maaf Hana, aku gagal pertahankan rumahtangga aku"

─────── ·𖥸· ───────


Dah 3 bulan lebih, tapi daddy langsung tak menunjukkan sebarang tanda yang daddy akan sedar dalam waktu yang terdekat ni.

Daddy jangan lah risau pasal kitaorang. Kitaorang sihat je. Ada nenek yang jaga

Kitaorang rindu daddy. Tapi kalau daddy penat, tak pe daddy rehat la dulu. Kitaorang faham. Tapi kalau dah puas berehat, jangan lupa bukak mata pulak

a woman for daddy √Where stories live. Discover now