𑁍┊Perempuan ni lagi ˎˊ˗

465 90 74
                                    

Taehyung terkejut sebaik sahaja mendengar berita ketiga tiga anaknya dalam perjalanan ke hospital tempat dia bekerja dengan menaiki ambulans.

Lebih mengejutkan apabila diberitahu si sulung kehilangan banyak darah yang berpunca dari kepalanya yang bocor

Taehyung dengan cemas keluar dari ruangannya, menghampiri pintu utama hospital. Ambulans baru sahaja tiba, dan pihak hospital terus menolak katil yang terdapat Hyunjin menuju ke ruang operasi

Kemudian matanya tertumpu kearah dua orang anaknya yang sudah lebam dan cedera teruk, terutama Beomgyu. Mata mereka juga kelihatan sembab, mungkin tak henti henti menangis

Kaki Taehyung terasa amat berat untuk melangkah mendekati anak anaknya. Jadi dia hanya memerhati anaknya dari jauh

Mana ada ayah yang tak sayang anak. Tapi entah kenapa, disebabkan masalah yang berlaku diantara dia dengan Gyumin, membuatkan dia berasa malu sekadar untuk menunjukkan wajahnya didepan anak anaknya

"Taeㅡ"

Taehyung menoleh, dan melihat kearah Jungkook sekilas. Jungkook tersenyum tipis

"Beomgyu terlibat dalam kes culik dan si kembar tu pulak, kes perkelahian. Anak anak kau tak apa apa dan penjenayah tu dah pon ditangkap" Jungkook menatap kearah Taehyung iba. Mata Taehyung tak lepas dari melihat anak anaknya

Jungkook seorang polis, sebab tu dia tahu apa yang terjadi

"Betul orang kata, aku ni ayah yang teruk. Anak aku kena culik pon aku tak tahu" Taehyung tersenyum miris

"ㅡkenapa Hana tinggalkan aku? Kenapa bukan aku je yang tinggalkan diaorang? Aku hidup atau mati, langsung tak mendatangkan kesan untuk diaorang. Kalau hidup pon asyik sibuk sampai tak ada masa untuk anak anak, lebih baik aku yang mati"

"Jangan lah cakap macam tu"

Taehyung terus melangkah pergi, meninggalkan Jungkook sendiri disitu

─────── ·𖥸· ───────

"Doktor, dia dah sedar!"

Perlahan lahan matanya terbuka, benda pertama yang dia nampak ialah siling putih milik hospital. Hyunjin masih blur, dia memandang sekeliling ruangan itu

Ada Myra, nenek,ㅡ Jaemin dan Beomgyu?

Hm pelik

"A-aku kat mana ni?" Hyunjin memegang kepalanya yang mula berdenyut sakit. Baru dia perasan, kepalanya berbalut macam pocong sekarang ni. Dia terus menyandarkan tubuhnya ke kepala katil walaupun dilarang oleh Puan Lee

"A-aku kat syurga ke?" kemudian dia menatap kearah Jaemin dan Beomgyu

"ㅡTapi kalau syurga, kenapa ada setan kat sini?"

"YAH KALAU MACAM NI LEBIH BAIK KAU MAMPUS!"

Hyunjin hanya ketawa melihat wajah marah Jaemin. Gurau pon tak boleh, asyik marah je. Tahu lah period

"Hyunjin, sakit lagi tak?" Beomgyu tiba tiba memeluknya dari kiri membuatkan Hyunjin tersenyum tipis. Rambut adiknya diusap lembut

"Untuk Beomgyu, semuanya tak sakit"

"Tch menyampah. Geli aku" potong Jaemin tiba tiba. Dia menatap Hyunjin dengan tatapan jijik. Hyunjin terus menatap Jaemin sinis

a woman for daddy √Where stories live. Discover now