𑁍┊menjadi lebih teruk ˎˊ˗

465 87 50
                                    

Gyumin melangkah masuk kedalam sebuah kedai dengan senyuman. Penjaga kedai itu hanya tersenyum dan membongkokkan badannya tanda hormat dengan kehadiran wanita itu

Gyumin tersenyum kecil melihat seorang wanita yang sedang ralit memilih makanan untuk dibeli. Dia terus mendekati wanita itu

 Dia terus mendekati wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Chrissa"

Chrissa tersentak. Dia terus menoleh, dan seketika dahinya berkerut. Mungkin cuba mengingat semula nama wanita yang kelihatan agak familiar di matanya ini

"H-hai.. Unnie, yang datang dengan Jimin oppa haritu kan?" soal Chrissa. Rasanya dia pernah nampak perempuan ni semasa majlis perkahwinan nya haritu

Gyumin tersenyum. "Betul la tu. Nama Unnie, Gyumin"

"Ah Gyumin Unnie" gumam Chrissa. Betul la, Jungkook memang pernah sebut nama ni. "Sorang je ke Unnie? Mana Jimin oppa?"

"Kerja" Jawabnya sepatah. Kemudian dia tersenyum. "Berapa bulan?"

"Huh? Bu-bulan apa?" Gyumin terus memandang tepat kearah perut Chrissa, membuatkan Chrissa faham. "Ba-baru 3 minggu. Tak sampai berbulan lagi, Kitaorang kan baru kahwin" Jawabnya malu

"Boleh jadi, awak pregnant sebelum nikah"

"T-tak lah. Macam mana unnie tahu saya pregnant?"

"Kebetulan saya nampak awak keluar dari klinik kandungan tadi. Jungkook tahu?" Gyumin masih tersenyum membuat Chrissa agak ketakutan. Kenapa aura perempuan ni sangat menyeramkan?

"Mestilah. Dia kan ayahnya"

Mendengar itu, wajah Gyumin tiba tiba murung. Chrissa yang perasaan perubahan wajah wanita itu serta merta bertukar panik. "Ke-kenapa Unnie?"

"Hm untunglah awak kan, baru kahwin tak sampai sebulan dah dapat anak. Tengok unnie ni dah kahwin 15 tahun, still tak dapat anak"

Chrissa tersenyum lembut mendengar luahan Gyumin. Dia terus meraih dan mengenggam tangan wanita itu

"Belum ada rezeki unnie. Jangan putus asa. Jimin oppa kan doktor, dia mesti tahu apa yang nak dibuat. Saya yakin yang dia pon teringin nak ada anak"

Gyumin mengeluh. "Itulah masalahnya. Dia yang tak nak anak. Dia kata, dia tak sudi ada anak dari rahim perempuan kolot macam unnie ni"

Chrissa sedikit terkejut. "Ta-tak kan lah.."

"Awak tak percaya? Saya sihat dan dia pon sihat. Tapi kenapa kitaorang tak ada anak lagi? Kalau awak nak tahu, Jimin sebenarnya dah ada perempuan simpanan"

"Sa-saya tak sangka dia macam tu. Sabar ye Unnie" Chrissa mengelus lembut bahu Gyumin. Gyumin hanya mengangguk lemah

"Cuba awak bayangkan awak berada di tempat saya. Awak suka Jungkook dan kawan baik awak tahu benda tu. Tapi, sialnya kawan baik awak rampas Jungkook dari awak"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now