𑁍┊siapa yang khianat? ˎˊ˗

446 86 74
                                    

Hyunjin berhenti tepat di bilik Jaemin. Dia mengeluh. Tak dapat dinafikan lagi, jantungnya memang tengah berdisko sekarang ni. Dia punya nervous nak minta maaf, macam nak confess perasaan dekat Jaemin

Kebetulan, pintu bilik Jaemin tidak tertutup rapat. Jadi masih ada celah untuk Hyunjin melihat kedalam

"Ya, Mark Hyung.. Aku dah fikir masak masak, aku nak pergi dari rumah ni"

Hyunjin tersentak. Dia dapat melihat dengan jelas Jaemin sedang mengemas bajunya dan tangan kirinya sedang memegang telefon pintar. Hyunjin yakin Jaemin tengah berbual dengan Mark melalui panggilan telefon

"ㅡTak ada apa yang boleh diperbaiki. Semuanya hancur" lirih Jaemin. dari nada suaranya, dia kedengaran sangat kecewa

Krekk..

Hyunjin tertolak pintu bilik Jaemin, membuatkan Jaemin sedikit tersentak. Dia terus menjeling tajam kearah pintu. "Kejap Mark. Ada babi kat sini" pip!

Beg berisi baju dan barang peribadinya itu dizip dengan cepat. Kemudian Jaemin berdiri, dan menghampiri pintu

"Kau buat apa kat sini?" soal Jaemin datar sebaik sahaja melihat Hyunjin di depan pintu biliknya. Hyunjin mendengus

"Kau nak keluar dari rumah ni? Baguslah. Kau dialu alukan untuk pergi. Bila kau nak berambus? Aku cadangkan lebih baik kau berambus sekarang, sebab aku dah muak tengok kau dalam rumah ni"

Hilang terus kata 'maaf' yang ingin diucapkan Hyunjin tadi, entah kenapa ego nya lebih tinggi

Jaemin memandang Hyunjin dengan tatapan sinis. "Kalau kau datang cuma nak buat aku naik angin, lebih baik kau blah sebelum nazak aku kerjakan kau kat sini"

"Huh. CEPATLAH, KALAU BERANI! AKU TAK TAKUT LA SIAL!"

Brak! Jaemin terus menolak Hyunjin hingga lelaki itu tersandar ke dinding, kolar baju ditarik ganas. Mereka berdua bertentang mata dengan penuh aura permusuhan

"Kalau tak disebabkan tangan kau sakit. Dah lama aku belasah kau" bisik Jaemin.

Ya, tangan kiri Hyunjin masih berbalut disebabkan tragedi latihan bola sepak haritu. Hyunjin mendengus. "Alasan. Cakap je la, kalau kau memang pengecut"

Buk! Satu tumbukan dilayangkan kewajah Jaemin membuatkan lelaki itu berundur kebelakang. Jaemin memegang sudut bibirnya geram. "TAK GUNA KAU!"

Baru sahaja Jaemin ingin membalas, tiba tiba ada bunyi bising di luar rumah. Jaemin berhenti, membuatkan Hyunjin mengambil kesempatan menolak Jaemin sehingga lelaki itu jatuh terduduk

"Huh lemah" sindir Hyunjin kemudian dia terus berjalan menuruni tangga untuk menuju ke ruang tamu. Jaemin menatap tubuh Hyunjin geram.

Rasa macam nak tetak kepala lelaki tu guna kapak. Biar mampus

─────── ·𖥸· ───────

"Taehyung!"

Taehyung mula rimas. Dia tak tahu pulak perempuan ni nekad nak ikut dia sampai ke rumah.

"Apa lagi yang awak nak?!"

"Awak. Saya nak awak" Gyumin menarik lengan Taehyung manja. Taehyung mendengus. "Kita ni bukan muda lagi tau Gyumin. Cukup cukup la dengan obsesi awak tu. Kesian Jimin, 15 tahun dia tunggu awak. Awak tak kesian kat dia ke?" Taehyung cuba untuk tetap berlembut, walaupun sebenarnya dia rasa macam nak lenyek perempuan ni guna treler

a woman for daddy √Where stories live. Discover now