𑁍┊Adik tak buat ! ˎˊ˗

587 107 92
                                    

Beomgyu menatap bubur dihadapannya dengan tatapan tak percaya

"Ini bubur ke muntah kucing?"

"Makan je la. Jangan banyak cekadak." marah Sunmi berbisik. Maklumlah dia kena control sikit suara dia takut Taehyung dengar

"Tak nak lah! Kalau rupa macam ni, siapa je yang selera nak makan?"

Beomgyu memalingkan wajah nya, membuatkan Sunmi mendengus geram. Tiba tiba dia mendapat satu idea bernas. Dia tersenyum sinis

Mangkuk bubur yang dipegang tadi terus dilepaskan sehingga jatuh ke lantai.

PRANG!

─────── ·𖥸· ───────

"Anak kau demam?"

"Hum. Suhu badan dia 38.5°c, pastu batuk batuk. Risau jugak takut kena corona"

Jimin memandang Taehyung dengan tatapan tak percaya. Kalau corona dia pon tak sanggup nak check

"Aku gurau je la. Pergilah cepat! Mampus anak aku nanti" Taehyung terus menolak Jimin untuk masuk kedalam rumahnya sebelum sempat lelaki itu ingin membuka kasut

"Yah yah, sabarlah! Kau ni ponㅡ"

Prang!

Bunyi pecahan kaca dari arah bilik Beomgyu kedengaran. Serentak dengan itu, tiba tiba suara Sunmi pon menjerit nyaring

Jimin terkejut kemudian menatap Taehyung seolah olah meminta penjelasan. Bukannya menjawab, Taehyung terus berlari menaiki anak tangga dengan raut wajah panik. Jadi nak tak nak, Jimin pon terpaksa ikut

"Tae-Taehyung" panggil Sunmi sebaik sahaja melihat Taehyung masuk kedalam bilik dengan tergesa gesa

"Apa yang jadi?" Dia dapat lihat dengan jelas mangkuk bubur yang pecah dihadapannya. Begitu juga dengan bubur yang mengotori lantai.

Mata Sunmi berkaca kaca seolah olah menahan tangisan dan Beomgyu yang duduk di pinggir katil dengan tatapan terkejut

"A-anak awak. Dia tiba tiba tepis tangan saya hiks" air mata jatuh membasahi pipi nya

"ㅡdia kata, masakan saya tak sedap. Tak sama macam masakan mommy dia"

Beomgyu tercengang. Dah pahal perempuan ni? Dia tak ingat pon dia ada cakap macam tu

"Beomgyu!" Jeritan Taehyung membuatkan Beomgyu tersentak. Untuk pertama kali dia melihat wajah daddynya bertukar merah kerana marah

"Tapi daddyㅡ"

"Daddy tak pernah ajar anak daddy kurang hajar dengan orang tua! "

"Tae" Panggil Jimin untuk menenangkan hati sahabatnya. Taehyung mengeluh, tanpa banyak kata dia terus keluar dari bilik meninggalkan mereka bertiga disitu

─────── ·𖥸· ───────

"Eh Jimin awak tak payah la kutip kaca tu" Sunmi menahan tangan Jimin, membuatkan tangan lelaki itu berhenti bergerak

Jimin hanya tersenyum tipis sebagai balasan. "Kaca tu kalau terpijak bahaya. Lebih baik noona bersihkan"

Sunmi mendengus. "Biar la budak tu bersihkan sendiri. Dia punya kerja"

a woman for daddy √Where stories live. Discover now